Tuesday 31 March 2009

Bengkel kaedah mengingat.

Soalan first yang aku tanya pada diri aku, aku dah kurang ingatan ker sampai nak hadir kursus ni... ha ha ha

Kursus ni biasa je, tapi yang best attend ramai-ramai dengan geng. Aku duduk sebelah ibu dan ayah. Member dua orang ni aku panggil ibu dan ayah sebab dorang berdua je yang dah kahwin antara kitaorang 6 orang yang baru masuk. Ibu dengan aku, yang empat lagi lelaki. Aku dengan ibu dan ayah ni sebaya, tapi aku tak kahwin lagi la.. hehe. Yang lagi tiga adik kitaorang la.

Geng yang masuk seangkatan dengan aku ni memang best & gila-gila. Ibu memang selamba dan ikut sukahati dia jer.. ibu ni kawan aku masa sekolah.Memang geng rapat, tapi lost contact time U. Dorang panggil dia Ezy, tapi aku sorang je panggil dia dengan nama timangan. Nasib ader dia...

Ayah plak, macam ayah & skema. Dia belum ada anak lagi, so, aku tolonglah jadi anak angkat dia sementara. Nanti anak dia aku boleh panggil cucu kot. Dia dengan ibu memang seswaii... skema tapi boleh main kejar-kejar tu dalam ofis. Kalau jalan dengan dorang dua ni, memang rasa teraniaya la aku. Ayah jalan laju gila, ibu pulak slow.. aku tersepitz dekat tengah2..

Paly.. mamat ni sangat kelakar. Imagine badan besar dan kepala botak. Ibu selalu kutuk kater dia muka mcm gengster tapi jiwang & dia pula kutuk ibu ketot sebab ibu rendah. Memang sakit perut la kalau dorang dua ni start sesi mari mengutuk sesama sendiri. Mamat ni sangat 'comel', bukan muka oke, tapi gaya dia... tak payah nak suruh dia buat lawak, teringat dia jer aku dah nak ketawa.

Dauz.. yang ni badan besar juga. Dia pun kelakar, tapi cool. Xla budak-budak sangat mcam adik yang lagi sorang tu. Dia ngam kalau kawan tu ader, kalau tak dia ni macam bersopan santun jugak.

ZA.. yang ni pendiam. kadang-kadang tak perasan pun dia ader sebab dia duduk terselindung dari yang lain.

Time kursus tu, aku rasa macam ibu dengan aku jer yang paling kesoh, esp ibu. Incik tu siap tahu nama kitaorang. Ayah duk kutuk adik yang dua orang tu bersopan santun gila masa kursus sebab duduk depan awek comel. Ha ha ha.. Nasib la kursus tu setengah hari jer. Aku rasa sama jer ingatan aku sebelum dan selepas kursus pun.

Monday 30 March 2009

Siapa ni?

Biasa aku pergi kerja dengan tudung jaring kaler hitam aku tu. Aku suka ikat tudung & pakai spek mata aku yang bingkai itam, tapi hari ni aku pakai baju kurung biasa & sarung tudung bawal kaler putih dengan spek mata pink aku ala2 gadis innocent. Dah lama aku tak pakai tudung bawal nih. Aku suker pakai tudung jaring sebab senang & tak payah iron.

Aku nampak ibu masuk office dari pintu belakang. Bila aku tegur, dia buat poyo jer & say hai dekat aku and terus je pergi dekat cubicle dia. Biasa dia pandai tu datang cari aku lepas letak barang-barang dia. Seperti yang aku jangka, dia datang meja aku.. Panjang bebenor laaa dia sebab dia almost tak dapat recognize aku tadi.. ha ha ha. Padan lah dia buat bolayan time aku tegur.

Nak turun breakfast, terserembak dengan 2nd bos aku. Ibu kenalkan dekat incik tu yang konon2nya aku ni staff baru. Dia sengih jek. Bila dia  da start pandang aku dengan penuh kompius, ibu terus gelak. Encik tu terkena sebab tak cam aku rupanya.

Lepas breakfast, aku duduk la dekat cubicle aku sambil baca paper. Tiba-tiba Paly masuk dari pintu seblah tepi. Dia tengok aku sekali pandang, pastu dia toleh lagi. Aku senyum la...Pastu baru di perasan itu aku. Gelak dia.

Dauz ngan koncho2 yang lain-lain pun sama gak terkompius. Mati2 ingat aku staff baru. Tu belum makcik cleaner yang selalu tegur2 aku. Dia kata kalau aku tak tegur dia tadi, memang dia tak kenal itu aku. Hahaha.. hari yang kelakar.

Wow! Ha ha ha.. Dorang kata aku macam cikgu, panggil aku cikgu Agnes. Ayah la ni..mentang-mentang wife dia cikgu. Ibu siap kata, ini bukan gaya engineer. Dia kata aku pakai macam ni lebih teruk lagi dari kerani. Kaw-kaw tu kutuk aku.. hampeh budak2 nih! Ibu la paling teruk, dia kata ko jangan jalan dengan aku kalau pakai macam ni lagi. Hampes!

Last sekali, bos aku pon terkena jugaks. Awal2 pagi tu dia dah panggil aku, da petang baru terbukak citer yang dia pon kompius. Padan la aku tengok muka dia blur time aku masuk bilik dia tadi.

Sunday 22 March 2009

Shuo Hao De Xing Fu Ne

Shuo Hao De Xing Fu Ne

你的回話凌亂著.
在這個時刻.
我想起噴泉旁的白鴿.
甜蜜散落了.

情緒莫名的拉扯.
我還愛你吶.
而你斷斷續續唱著歌.
假裝沒事了.

時間過了走了.
愛情面臨選擇.
你冷了倦了我哭了.
離開時的不快樂.
你用卡片手寫著.
有些愛只給到這真的痛了.

怎麽了.你累了.說好的.幸福吶
我懂了.不說了.愛淡了.夢遠了
開心與不開心.一一敘說著.你在不捨
那些愛過的感覺都太深刻.我都還記得

你不等了.說好的.幸福吶
我錯了.淚乾了.放手了後悔了
只是回憶的音樂盒還旋轉著.
要怎麼停呢

你的回話凌亂著.
在這個時刻.
我想起噴泉旁的白鴿.
甜蜜散落了.

情緒莫名的拉扯.
我還愛你吶.
而你斷斷續續唱著歌.
假裝沒事了.

時間過了走了.
愛情面臨選擇.
你冷了卻了我哭了.
離開時的不快樂.
你用卡片手寫著.
有些愛只給到這真的痛了.

怎麽了.你累了.說好的.幸福吶
我懂了.不說了.愛淡了.夢遠了
開心與不開心.一一敘說著.你在不捨
那些愛過的感覺都太深刻.我都還記得

你不等了.說好的.幸福吶
我錯了.淚乾了.放手了後悔了
只是回憶的音樂盒還旋轉著.
要怎麼停呢


your reply is in a mess
at this moment in time,
i thought of the pigeon beside the fountain,
the sweetness is scattered.

a mysterious tugging of my emotions
do i still love you?

but you continued singing
pretending that nothing has happened.

time has passed and left,
love is faced with a choice.
you've become cold and i've cried
the unhappiness you felt when you left,
you just wrote them down on a card.
sometimes love can only be like this and it's really painful.

what happened, you're tired, where is the happiness that we agreed on?
i understand, don't say anymore, love has weakened, my dreams have drifted.
being happy or not, narrating them one after another, you cant bear it.
those feelings of loving were way too deep, i can still remember them.

you're not waiting anymore, wheres the happiness that we agreed on?
i was wrong, tears have dried, we've let go, we've regretted.
only that musical box of memories still continue to turn,
how can it be stopped?

.... and there were tears....

Friday 20 March 2009

Red Box

Aku dengan ibu dah determine nak g Red Box hari ni. Time nak turun tu, senior kitaorang call, tanya macamana plan tengahari nih. Owh... ingat lagi rupanya dia pasal ni. Book la bilik untuk 4 orang.

Ibu la kelakar, siap berduet nyanyi satu lagu tu sampai dua kali ngan member tu. Yang best ni, makan dia sedap. Lagipun tempat ni open. Kitaorang dapat bilik besar, sofa sorang satu..heheh. Aku rasa lagi berbaloi g sini dari makan dekat luar. Makan dekat secret recipe, paling koman 15 ringgit gak habis. Duduk plak takkan nak lama2..

Dekat Red Box.. makan + minum + 3 hour baru cost RM17.25 je. Kalau makan dekat luar, belum campur kos shopping lagi sebab nampak barang2 ;D Nak datang sini sekadar nak makan jer pun tak per...

Wednesday 18 March 2009

Ntahapahapa

Pukul 3 baru bertolak g ministry tuk submit report. G naik komuter jer, malas nak panggil driver. Lagipun bukan jauh sangat. Turun2 je dekat station, komuter pun sampai. Taklah wasted my 20 minutes for waiting.

Sampai dekat stesen KL, aku panik ;) lalu turun lah aku dari train. Aku tengok pelik semacam je, then aku masuk balik dalam train. Tapi aku tukar gerabak la... pandai pulak aku malu. He he... nasib baik sempat.

Before pukul 4, urusan aku selesai. Aku nak balik office malas sebab aku balik kerja jam 4.30. Lagipun, tunggu train pun dah cukup buang masa aku. aku shopping la dekat Sogo tu. Hmm...

Monday 16 March 2009

Picture taking trip

Tadi aku berjaya minta tolong senior aku dapatkan driver tuk trip ambil gambar dekat HKL & bangunan dekat Jalan cenderasari. Aku pergi dengan adik & ibu.. Kejap je pun sebab dekat.

Aku masih tunggu gambar2 yang state akan email. Rabu aku dah kena submit dekat bahagian korporat, aku ada besok sahaja lagi untuk settle semua nih.

Thursday 12 March 2009

Aku dan ibu

Patutnya aku hadir kursus aircond semalam sampai khamis ni... Rugi i..

Tapi takpe lah... Hari senin tu went bowling with ibu, daus & ZA.. Ha ha.. kelakar gila la c ZA ni. Ada skill tu baling bola bowling. Aku siap rakam tu video dia, tapi malangnya time rakam tu skill dia x keluar plak. Daus targert 100 poibts, dia juara la hari ni. Aku 2nd.. ha ha ha. Hari tu aku main dengan ibu, baling bola bowling ala2 baling bola baling.

Da puas kitaorang main bowling, aku dengan ibu race pulak. Yang dua worang tuh lapar, so dorang g makan. Hari ni ibu kalahkan aku level beginner, tapi aku plak kalahkan ibu time level advance :D

Biasa aku memang tak pernah menang sebab aku aku bawak auto.. he he he. Buat malu jerr...

Inilah kerja aku dengan ibu dekat midvalley ni. Tahu saja mana nak habiskan duit. Aku rasa ni nak cover almost 10 years yang kitaorang hilang sebab lost contact. Ibu pun dah ada anak satu.. Aku juga yang ada anak tekak je..ahah.

Tuesday 10 March 2009

Naushore...

We left for Temerloh at 8 am. My boss driving skills made me nausea.. naushore ker kalau mabuk darat? *blur*

Singgah makan jap... time tu dah rasa lain macam... Sampai2 hospital jer, terus cari bilik air untuk mengeluarkan segala isi perut. Silap2 bukan aku melawat hospital, tapi orang datang melawat aku dekat hospital. Huhu..

Tadi before bertolak dah makan ubat gastrik. Selalu kalau travel memang aku makan ubat gastrik. Bukan sebab gastrik, tapi perut aku memnag problem. Kadang-kadang tengok mcaman drive tu bawak kereta gak. Bukan salah driver tu sebenarnya... heh.

Seram plak time masuk wad psikiatrik tadi... wad tu jer ada orang karaoke. Kuat pulak tu... Adala makcik tu datang dekat aku ngan ibu sambil kat tangan dia bawa air sambil senyum-senyum & puji-puji kitaorang. Supspen gila aku, mana la tahu kot2 dia simbah kitaorang dengan air tu... bukan-bukan jer aku nih ;D

Sunday 8 March 2009

My Beloved The Rock

Adik kata nak datang hari ni. Adik ni aku kenal dari dia form 3 lagi. Dulu kecik, sekarang pun masih kecik.. he he he...

Aku g tengok my beloved The Rock dengan adik. Cerita dia macam bosan juga... tapi takpe la demi kasih ku kepada The Rock. Yang paling aku suka tentang The rock ni senyuman dia. Aku ingatkan dia ni dah tua sangat, rupanya baru 36 tahun. Mmm... boleh lagi nih.. ;)

Balik2... adik nak kuar lagi g jumpa member. Tiba-tiba member yang nak ajak aku g kenduri khawin besok sms aku. Dia tanya, jadi tak aku nak ikut dia g Gemas *edit - ke Gemencih? * besok. Aku kata kalau dia takde bawak member, aku g la dengan dia. So, besok dia akan datang ambik aku la. Supspen juga, dahla tak pernah jumpa. Ok kot... dia ni member kawan skolah aku dulu. Yang kelakar, dia siap bagi no telefon member aku tu kot2 aku takut nak g ngan dia. Member tu pun g gak besok.

Tengah2 aku lena, member tu call pula. Kata dia ada member dia nak ikut last minute. Aku kata takpe lah, better dia g ngan member dia je. Nanti kekok pula, dahlah kitaorang kenal, nanti nak jawab apa pula dekat member dia kalau kena querie.

Friday 6 March 2009

Karaoke

Dekat jam 10 malam... adik sms aku ajak makan sate dekat depan. Dia kata nanti dia ambik ngan keta. Aik mamat ni nak g makan kat maner sampe nak collect aku ngan keta.. ha ha ha.

Dlm kol 1o aku tunggu dia kat depan... eh.. member dia yang come tu pun ada. Aku suka budak ni, nak kata comel sangat tak la pun, nak kata handsome pun tidak tapi dia come, macam adik adik.. aha.

Makan sate dekat bistro dengan sorang lagi housemate adik aku sambil tengok final Raja Lawak. Budak ni semua elok-elok perangai, tu yang aku berkenan tu dan terasa pula aku muda kembali ;) Habis makan, adik aku bising nak pergi... aku pun tak tahu mana budak ni nak pegi. Aku pun ikut saja... naik kat satu tempat ni... aaahh.. karaoke!

Aku tak pernah pula pegi karaoke sepanjang aku hidup ni.. ni la malam first. Karaoke dekat sini bersih, tak de binatang ayam macam dekat tempat aku dulu. Itu yang member aku yang ala-ala ustaz terasa dirinya tercemar. Aku gelak bagai nak rak dengar kawan tu mengadu.

Berbalik kisah aku. Budak-budak ni menyanyi macam tak ingat donia dah. Tapi budak yang come tu nyanyi tone suara dia sedap, macam penyanyi Indonesia. Dah la masa makan tadi dia bole tersedak. Bila dia perasan aku ternampak, boleh dia tutup mulut dengan muka yang merah. Budak ini... adik perempuan aku lagi macho tau!

Adik aku suara pun bole tahan juga, aku lupa nak puji. Ha ha ha.. Adik aku ni baik orangnya. Member aku kat ofis tu kata dia macam moody. Aku tak pula perasan lagi. Tapi member aku tu pun sejak kebelakangan ni asyik merajuk je.. ha ha ha.. Kenapa pula la. .

Thursday 5 March 2009

Trip to Seremban

Hari ni aku bertolak dari rumah lewat dari biasa. Train ke Seremban tiba lebih kurang jam 7 suku. Rasanya dah dekat 10 tahun aku tak menjejakkan kaki ke Seremban lepas tamat sekolah menengah. Seremban bagi aku masih sama walaupun banyak yang berubah. Tapi aku jauh lebih rindukan Batu Pahat..

Aku ke Seremban untuk meeting di Tampin. Nasib bos aku bagi aku pergi dengan member ni. Kebetulan dia duduk Seremban dan sesat adalah perkara yang paling menarik berlaku kepada kami hari ni. Tampin tak lah besar sangat, yang pelik tu kitaorang boleh sesat nak cari tempat meeting. Hu Hu...

Meeting start jam 10.30 tapi kitaorang sampai dalam jam 11 lebih... ha ha ha. Sampai-sampai, meeting pun dah nak habis. Habis meeting, singgah dekat gerai cendol. Pokcik kat kedai tu memang sangat suka sejarah. Bila orang bagitahu dia asal dari negeri mana, dia mulalah buka cerita sejarah negeri tu time zaman jipun... glemer ni pokcik tu... masuk tv... ha ha. Kat gerai tu yang bestnya, bayar singgit or 2 henggit... boleh tambah berapa banyak yang kita nak. Minum sampai muak..

Lepas makan cendol..singgah dekat Lukut lawat site. Besar gila AHU dia. Padanlah tak boleh nak gantung.. hu hu