Tuesday, 31 March 2009

Bengkel kaedah mengingat.

Soalan first yang aku tanya pada diri aku, aku dah kurang ingatan ker sampai nak hadir kursus ni... ha ha ha

Kursus ni biasa je, tapi yang best attend ramai-ramai dengan geng. Aku duduk sebelah ibu dan ayah. Member dua orang ni aku panggil ibu dan ayah sebab dorang berdua je yang dah kahwin antara kitaorang 6 orang yang baru masuk. Ibu dengan aku, yang empat lagi lelaki. Aku dengan ibu dan ayah ni sebaya, tapi aku tak kahwin lagi la.. hehe. Yang lagi tiga adik kitaorang la.

Geng yang masuk seangkatan dengan aku ni memang best & gila-gila. Ibu memang selamba dan ikut sukahati dia jer.. ibu ni kawan aku masa sekolah.Memang geng rapat, tapi lost contact time U. Dorang panggil dia Ezy, tapi aku sorang je panggil dia dengan nama timangan. Nasib ader dia...

Ayah plak, macam ayah & skema. Dia belum ada anak lagi, so, aku tolonglah jadi anak angkat dia sementara. Nanti anak dia aku boleh panggil cucu kot. Dia dengan ibu memang seswaii... skema tapi boleh main kejar-kejar tu dalam ofis. Kalau jalan dengan dorang dua ni, memang rasa teraniaya la aku. Ayah jalan laju gila, ibu pulak slow.. aku tersepitz dekat tengah2..

Paly.. mamat ni sangat kelakar. Imagine badan besar dan kepala botak. Ibu selalu kutuk kater dia muka mcm gengster tapi jiwang & dia pula kutuk ibu ketot sebab ibu rendah. Memang sakit perut la kalau dorang dua ni start sesi mari mengutuk sesama sendiri. Mamat ni sangat 'comel', bukan muka oke, tapi gaya dia... tak payah nak suruh dia buat lawak, teringat dia jer aku dah nak ketawa.

Dauz.. yang ni badan besar juga. Dia pun kelakar, tapi cool. Xla budak-budak sangat mcam adik yang lagi sorang tu. Dia ngam kalau kawan tu ader, kalau tak dia ni macam bersopan santun jugak.

ZA.. yang ni pendiam. kadang-kadang tak perasan pun dia ader sebab dia duduk terselindung dari yang lain.

Time kursus tu, aku rasa macam ibu dengan aku jer yang paling kesoh, esp ibu. Incik tu siap tahu nama kitaorang. Ayah duk kutuk adik yang dua orang tu bersopan santun gila masa kursus sebab duduk depan awek comel. Ha ha ha.. Nasib la kursus tu setengah hari jer. Aku rasa sama jer ingatan aku sebelum dan selepas kursus pun.