Saturday 24 June 2017

Iphone 7 Si Gagah

Belum pernah sepanjang aku pakai handphone, hp aku jatuh banyak kali dan macam-macam style jatuh. Dari jatuh terhempas depan, belakang, atas, bawah.. jatuh freestyle dalam lubang jambat waktu berusia belum seminggu, jatuh terlepas kat asphalt dan kat lantai tiles, jatuh melambung masa keluar kereta sebab handphone kat riba baju kurung dan pelbagai lagi la kejatuhan yang aku buat. Alhamdulillah, iphone 7 aku agak gagah menghadapi kecuaian tuannya. Cuma calar teruk sebab tergaris kunci kot dalam handbag aku yang pack. Or maybe terduduk or something. Lain dari tu so far masih good. 

Kau tahu kan harga phone sekarang ni dah boleh bayar downpayment keta? Kau fahamkan sakitnya tuh di sini bila handphone kau jatuh!