Hidup berumah tangga ni perlu diurus dengan baik. Kalau tidak, alamat sama2 ke laut. Kalau seorang2, semuanya lebih mudah sebab kita cuma perlu urus diri sendiri tapi bila dah kahwin kena urus pasangan dan anak2 bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah.
Husband aku seorang yang baik. Kalau mati hidup balik berkali2, berkali2 tu jugaklah aku minta dijodohkan dengan dia. Mana ada manusia yang sempurna, kan ? Kami pun macam tu juga. Antara perkara yang paling selalu berlakū antara kami yekla he misjudge apa yang aku marahkan.
For example, kitaorang balik kampung dia. Dia kata malam ni tak yah masak, we all makan di luar selepas maghrib. Ok. Before solat maghrib, aku tanyakan lagi jadi ke tidak nak keluar malam ni. He said jadi, lepas solat jemaah. Ok. Then aku siap2, siapkan anak dan tunggu dorang habis solat. Tunggu punya tunggu da jam 8.30, Hannah pun dah menggantuk. Tunggu tunggulagi, sampai jam 11 kot baru dia habis berborak2 n masuk bilik kelam kabut minta maaf while aku dan anak dah tidur.
Aku tahu dia balik sekali sekala, tahu dia rindu nak story mory dengan his family. Aku tak kesah pasal tu tapi aku jadi sakit hati sebab dia tak bagitau aku his plan. Kalau tak jadī, pandai lah aku buat hal sendiri. Ini tidak, tak langsung terfikir nak bagitau. At least, be aware sebab now bukan zaman masih sorang.
So, itu antaranya la yang dia buat bikin aku sakit hati tapi tang yang aku buat bikin dia sakit hati... tu dia jek yang tahu.. haha..