Friday, 19 March 2010

Hari ni hari melancong. Since keje dah berjaya settle lebey awal, so kitaorang pun dihantar la meronda pulau pangkor nih beramai2. Naik 3 van. First pit, kat teluk nipah kot. Dengar konversasi bebudak nih dengan apek yang bawak van tu time kitaorang berhenti dekat situ.

Miss : Uncle, apa yang  best dekat sini?
Apek : Saya mana taw. Saya bawa saja. Semua pun sama.

Hahaha.. uncle ni memang fail la jadik pemandu pelancong. Nak kater best sangat Pangkor ni, tak lah pun. Tengok la kita melancong dengan saper. Team kitaorang yang datangkali ni jenis yang sporting, so.. memang enjoy. Jalan raya kat pulau ni, fuyooo.. mencabar amats. Selekoh dia bukan setakat sangat, tapi amat2 lah tajam. Ala2 zig zag gitew.

Paling best, part tangkap gambar. Kelakau. Ader sorang dak nih, dia tangkap gambar orang tapi dia pose lebih hebat lagi dari orang yang kena gambar. Sakit perut tengok gaya dia. Dia memang sporting giler la. Aku tak expect la jugak mamat ni macamni. Pas teluk nipah..kitaorang g kilang. Pastu g 'China' ngan 'Belanda'. Ahaha..