2nd, kat mana lagi nak jumpa tempat yang ramai doktor, op kos la sepital gomen kannnn. Semua pakar pun ada. Kalau g swasta pun, incase ada complication yang tak ble settle depa hantar p hospital gomen gak. Nama pun hospital pengajar, kompem2 la semua department ada. So biar ahkak review sket...
Wad
Wad bersalin ada 2 kot kalau x silap, kat tingkat 1. Each wad ada 28 katil, divided to cubicles yang ada 6 katil or 4 katil... Ada 1 isolation room. Wad takde kelas, so tak yah verangan la nak duk kelas2. Klau nak bilik, duk la isolation room yang dikhaskan untuk orang yang ada venyakit berjangkit or spesial kes. Saiz personal space dalam 5x4' ngan langsir. Lam wad tu ada kemudahan ruang rehat & water dispenser. Toilet pun adalah sangat dekat. Time makan kol 7 pagi, kol 12 tengahari, kol 3 petang ngan kol 6 petang. Kalau lapar malam, sila la bawak cekelat ke biskuit ke.. Pepandai laa ye. Yang tak best cuma part baju. Dorang bagi baju sehelai je tuk sehari.. Lantak le kalau ko berdarah2 ke, ko pakaiii je la baju tu. Lagi satu part makan... Memang tak sedap. Well, ada ke orang makan sedap ke shepital?!!!!
Kemudahan tuk pelawat
Waktu melawat, isnin to jemaat kol 12.30-2.00 pm & 4.30-7.30pm.. Sabtu ahad ble lawat dari kol 12.30 sampai kol 7.30. Nak tunggu memang tabley, tapi kat luar wad tu ada la kerusi kalau nak tidoh2. Koridor dia, umanggg ai bosa. So, bole kot tido kat situn. Surau & kedai2 dekat je.. Nak semayang jemaat pun kat situn je.
Labour room
Kalau bukaan da 4cm, depa hantar p waiting room. Dalam tu ada 4 katil kalau tak silap. So, ble la dengar member yang tengah contraction mengerang2 or ble la sama2 berduet mengerang. Labour kat tingkat 1 gak. Bila 7cm baru depa hantar p labour room.
Doktor
Standard la kalau ada doktor yang blur & ada yang ok. Ada yang tak reti nak explain sampai ahkak rasa nak ajar dia plak. Ahkak pun banyak apa baca buku perubatan! & ada plak jenis yang tak bother nak explain.. Yang pasti tiap pagi lam kol 7 ada pakar round. Time tu bolehla tengok free show doktor2 muda ni kena marah kaw2 oleh doktor senior depan pesakit.. Tertunduk2 le bila tak ble nak jawab soalan. Memang kesian lah. Klau pesakit tak puas hati kat doktor, time walkabout ni le ble tanya macam2 soklan macam member ahkak buat hari tu. Belum part nurse marah doktor... Yang ni pun ada. Bukan marah belakang2, marah kat depan2 oke! Seriau!!
Nurse
Nurse kat sinun suma baik2.. So far tak de yang kerek. Mana nurse kat wad or kat labour.. Memang suma baik. Time labour pun xde pun yang kasar2, siap sorak lagi ramai2.
Doktor pelatih
Memandangkan hospital ni teaching hospital.. Expect la ramai doktor pelatih. For those yang tanak jadi bahan eksperimen, ble p carik tempat lain. Ahkak tak kesah sangat sebab kalau bukan kita yang bagi peluang doktor muda ni berlatih, sapa lagi as long tak la melampau. So far ok je.. Spanjang kat wad tak de pulak ahkak nampak doktor pelatih ni berkeliaran menyusahkan ahkak.