Alhamdulillah urusan kenduri 7 malam berturut-turut dah selesai walaupun aku agak kecewa sebenarnya. Tatkala kami adik beradik sepatutnya mengirimkan bacaan2 al quran dan tahlil buat arwah, sebaliknya kami sibuk dengan urusan kenduri. Bayangkan, pagi sebelum pengebumian.. jasad arwah masih belum dikebumi kami dah sibuk ke kedai membeli barang untuk dibuat pemasakan bagi menjamu saudara mara sekembalinya dari kubur. Jenazah masih belum dikebumi dah sibuk memasak.
Aku kecewa sangat sangat sangat tapi tak mahu bertentang dengan my mom yang pastinya jauh lebih sedih dari kami anak-anak.
Aku lagi kecewa bila ada pulak advisor my mom suh buat jelah tahlil dan kenduri 7 malam berturut-turut. Idea bukan main hebat tapi takde pula hantar orang untuk tolong kami berterusan sepanjang 7 hari tu. Mak aku pula setuju, padahal pada awalnya dia kata nak buat hati pertama, ketiga dan ke tujuh je sebenarnya. Sudahnya 3 hari tu je orang datang tolong, yang lainnya kitaorang adik beradik yang masing-masing beranak kecil ni la yang sebok membeli belah, sibuk memasak, mengemas, menyuci periuk belanga bagai sampai anak pun ntah ke mana. Sakit hati kitaorang adik beradik. Siap boleh demand pula nak makan hidangan nasi je oke, yang lain cam bubur or mee goreng tanak. Kalau bagi idea cukup dengan bantuan dan duit, tak kisah la. Ini bagi air liur je. Bayangkan kalau bapa aku tu takde simpanan bagai, nak mati pun tak senang.
Aku lagi sakit hati bila sepatutnya mak aku sibuk uruskan hal pencen, pemilikan harta etc sementara anak2 yang duduk jauh ni masih ada tapi dia sibuk nak kenduri. Sampai ada satu hari tu aku memang hot sangat. Kitaorang semua duduk jauh. By jauh i mean nak balik kampūng kena naik flight 2 jam setengah, nghabis beribu duit dan berjam perjalanan tapi mak aku cuma risaukan nak bagi makan. Kami ni kematian bapa, sedih. Tapi kami seolah2 berpesta pula meraikan kematian dia, siap order khemah bagai. Aku memang sakit hati sangatlah. Lusa aku ni dah nak balik, satu hapa urusan tak selesai. Nasib baik ada dua adik aku tinggal lagi. Dapatlah urus mana yang patut. Padahal kalau tak sebok nak sediakan makan minum bagai, dah selesai dah semua urusan.
Ada one night tu pula, ada VIP datang. So ada la mulut2 yang bagi arahan itu ini. Suh pasang itu ini. Aku adik beradik buat bodoh je. Bapa aku mati, apa ada hal aku kisah VIP Menteri Sultan ke nak datang pun. Masuk kandang kambing sila mengembek. Selalu kalau macam tu, yang VIP tu takdak apa pun.. yang side kick ni je lebih2. Dah la tu, air liur je dibaginya!!
Pastu, baru je bapak aku di kebumi 3 hari. Ada pula yang pandai suh g pejabat tanah urus cepat2 tanah bapa aku supaya tak jatuh ke tangan adik beradik my dad. Memang aku buat bodoh juga, layan pun tidak. Yang aku sakit hati mak ikut je. Esoknya kelam kabut ke pejabat tanah. Hari tu la aku memang hot gila. Ingat harta ni suka2 ke urusan dia, takde hukum agama nak ikut ke. Lantak la pun kalau jatuh pada adik beradik my dad, kami anak2 takde hal apa pun ko kelam kabut apa hal. Ko ingat nak buh semua harta pada my mom & pastu tuntut hak sebab kitaorang ni semua perempuan.
Kitaorang ni cukup tahu, my dad punya intention clear sangat. Dia tingalkan harta pencarian dia untuk isteri dan anak2. Isteri dan anak2 sahaja, bukan orang selainnya. Tapi kalau cuma kata dimulut takde bertulis maka ikut je lah hukum dan peraturan yang berkuatkuasa. Kalau ada hak adik beradik my dad pada harta dia, so be it la. Takat harta je, biar beribu berjuta bukan boleh di bawa mati pun. Macam aku ni paling lama 20 or 30 tahun je, mati juga akhirnya. Kitaorang yang anak pun tak kesah, ada pula yang nak jadi lebih sudu dari kuah.
Dah banyak kali aku taip perkataan sakit hati dalam entry ni kan. Memang. Memang la sebab aku memang sangat sakit hati.