Wednesday, 3 June 2020

Putus Cinta Kali Kedua

Semalam aku mimpi aku bechenta dengan retis K-Pop.. astaga.. hahahaha. Poyos kann..

Nak kata aku ni peminat tegar retis korea tidak la pun. Aku memang suka dengar lagu korea berbanding lagu lain tapi minat spesifik artist u tak la sangat pun. Dulu aku gila SuJu, pastu skarang Ikon. Tu je la dua.. tapi nak kata extreme tu biasa2 je. Aku suka SuJu sebab gila2. Yang Ikon ni pula aku start jadi fan tahun 2018 sebab si Hannah punya pengaruh.

Ikon ni aku biasa dengar lagu dorang tapi tak la sampai minat betagar. 1st time dengar the whole album, semua lagu best. Dengar lagi next album pun semua best.. lepas dengar lagu Goodbye Road aku terusss jadi peminat. Aku ni ketahuan sangat2 memilih kalau mendengar lagu. Even minat SuJu tapi x semua lagu dia best pada aku. Lagu orang putih ke, lagu melayu ke yang sekarang ni semua menyakitkan telinga je lebih. Lagu K-pop pun sama juga tapi better than the rest. Lagu cina pun da tak best, lagi2 sejak J-Chou da xde lagu best.  

Back to minat Ikon, lepas dengar lagu GR tu aku terus layan video-video lama dorang dari mula grup ditubuhkan masa dorang trainee. Time nak debut tu dorang masuk program reality lawan other group yang akhirnya debut as Winner. Time tu hadiah dia sapa menang boleh debut. Dari time tu pun aku rasa dorang memang sangat talented dan sangat berazam. Lepas tu layan pula Bobby, one of the rapper masuk pertandingan SMTM dan menang. Bukan calang2 idol boleh menang SMTM tu. Lepas kalah dengan Winner, dorang masuk lagi program reality. Kali ni untuk pilih member debut. Kesian gila, punya mencabar la perjalanan dorang nak debut. Tapi dorang ni memang talented la.. be it menyanyi ke menari ke. Lagu2 pun hampir semua compose sendiri. Lepas tu kena hantar pula ke China tuk compete dalam reality program di sana. 2018 dorang siap menang Song Of The Year dan Songwriter Of The Year.

Malangnya tahun lepas leader dia terpalit dengan kontroversi dadah dan leave the group. Masa tahu tu aku rasa cam, alahai sedihhhhh amat dalam hati macam masa kecewa bercinta dulu2. Thank god aku pernah rasa kecewa sekali je walaupun aku sendiri yang punya angkara.. Dengan yang lain tu xde perasaan.. hahahaha. Back to mimpi aku semalam, aku mimpi berchenta dengan one of the member.. padahal dalam grup tu yang aku paling minat orang lain. Bercinta ala2 cerita korea la kunu.. tapi towards the end tu kitaorang clash. Perasaan sedih tu terbawa-bawa sampai ke bangun tidur. Merasa la aku kembali teruknya perasaan putus cinta yang pernah aku alami dulu.. hahahahaha. Sakitnya tuh di sini!!!