I love PD. I love kerang.
👻👻
Tadi lepas buat detail scan, hajat hati yang mengidam nak tengok laut masih tak padam. Lepas makan, baru decide nak ke mana.. PD or Morib. Last2 decide ke PD je la sebab lebih familiar. Kol 3.30 gerak, dalam pukul 5 lebih sampai PD. Plan asal cuma nak balik hari tapi ntah macamana terbook hotel.. hahaha. Nasib baik tak jem.. ada juga la kejap tadi. Kalau trip ke selatan, memang kena bertabah le tuk bertarung dengan orang ke belah N9. Lepas N9 inshaAllah jalan clear..
Since kitaorang datang sehelai sepinggang, kenala pegi mencari baju. Nasib jumpa kedai baju murah.. beli la apa yang patut. Konon nak singgah pantai skali sibuk pula shopping beli barang mandi dan skincare semua. Plan nak cari Watson tapi kat Teluk Kemang macam takde so decide ke bandar. Dari Telok Kemang ke bandar PD punyala lama rasanya.. sampai bandar boleh kata hampir semua kedai tutup. Aduii... meriah lagi kedai kat Teluk Kemang tadi. Lepas Watson, decide nak pegi makan. Macam biasa la, kedai makan Rezky menjadi pilihan semata-mata kerana kerang bakar. Ow I love kerang!!
Lepas kenyang baru la menuju ke hotel. Kali ni kitaorang decide tuk duduk di Klana Beach Resort. Maybe sebab booking lambat harga semalam dalam RM200+ lepas guna diskaun digi 8%. Kitaorang ambik bilik superior. Hotel ni hotel proper cumanya bilik dia guna tiles putih. Aku pun tak tahu tapi I have something against hotel yang guna tiles putih ni.. ahahaha..