Lihatlah gaya anak hakak selepas RM RM terbang sebab hakak nak juga belikan baju renang. Baju renang dia ni saiznya kecik je tapi reganya sama dengan baju renang hakak yang saiz xxl yang reganya RM99 henget oke! Tapi tak pe la, demi kerana kiutnya dia pakai baju tu hakak redho. Hakak ni jenis tak suka tengok anak hakak pakai baju tak cukup kain. Paling cekci pun hakak bloe bagi takde lengan, tapi kain mesti panjang. Nak g berenang lagila pula, kena panas habis terbakar la nanti badan dia so hakak pilih yang lengan panjang. Yang ni datang dengan skirt, seluar hakak pakaikan seluar biasa je. Biar sopan santun sket.
Hari ni family day kitaorang adik beradik sebab 2 orang adik hakak datang dari Johor lepak sini & lagi sorang adik hakak memang duk dekat2 umah hakak & dorang sekeluarga pun pemegang annual pass. As pemegang annual pas, since ini kali ke enam hakak sekeluarga datang maka kos tiket kami dah jadi RM30.30. Hakak cuma perlu tambah RM240 hengget je tuk membolehkan 2 adik hakak tu masuk. Kalau beli dekat 11 street or groupon actually ble dapat tiket dewasa rega RM90 sorang cumanya kena tunggu 3 4 hari kot untuk voucher issuance. Kalau xde voucher tu, tak ble redeem ticket. Hakak malas nak tunggu, beli je la dekat kaunter.
Hannah Love Adih |
Hannah & Adam |
Kol 6 kot kitaorang keluar dari Sunway Lagoo & gerak ke Klang umah auntie hakak. Nak tengok baby dia yang baru lahir. Dari Klang, kitaorang singgah makan dekat I-City jap. Lihat je la wajah si Hannah yang happy.
The scariest Ferris wheel I ever board! |