“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Thursday, 24 November 2016
Mid Valley Air Fryer
Apakah motip ahkak ni? A story about kuali kah? Yesss! Banarrrrr
Tadi ahkak gagahkan diri mengisi masa lunch ke MidValley demi nak mengambil air fryer hakak yang dah sampai dekat Harvey Norman. Lupa plak nak cerita, malam Sabtu lepas keinginan membeli air fryer hakak mencanak2 naik. Dah tak boleh dibendung2 lagi dah! Makanya lepas maghrib pergila kitaorang meronda dekat area umah cari air fryer. Dari Senheng ke Samsung ke kedai letrik... takde berkenan. Pastu hakak ajak laki hakak yang 70% keberatan ke Mid Valley. Namun sebab hakak dah buat sesi pekak dan bolayan sebab rajuk, makanya di bawak le juga si isteri ke Midvalley.
Langkah kanan la jugak sebab Harvey Norman tengh buat sale, secret sale katanya. Walaupun pada mulanya teragak2 nak beli ke tak, tambah pula stok takde & Khamis baru sampai, last2 hakak beli la satu Tefal Actifry model baru. Rega asal RM1299 tapi offer RM799 + dapat kuali. Memula tu tak nak beli, g tengok kat Aeon. Memang la memang reganya dekat Aeon RM1299. Makanya hakak kompom je la oder.
Akhirnya berjaya juga hakak memiliki airfryer setelah sekian lama duk mengidam n konpius nak beli yang mana setelah kali kedua percubaan nak masuk Mid Valley. Masa lunch tadi terpaksa patah balik sebab Mid Valley jem gila babas wa sakap lu. Semua parking penuh! Cipan tol. Rupanya ada baby fair.. orang mesia ni ari2 buat baby kot... adoiiii!!
Balik keja cuba lagi. Berjaya la dapat parking dekat P4 The Garden. Thank god! Laju2 ke Harvey Norman, tersinggah Acer (nnt hakak citer).. belaju2 collect actifry hakak. Balik umah belaju2 jugak hakak cuba try test power. Yang ni pun nnt hakak citer.
Belek2 tadi, tau dok berapa rega kuali sekecik itu? RM149 oke! Puhhhh!!! huntunggggg laaaa.