Wednesday, 3 August 2016

Tulang Oh Tulang

Those yang g hospital kerajaan ni memang tabah la, tabah amat. Tadi appointment aku kol 9, kol 8.50 pagi aku sampai. Kol 9 lebih dapat nombor, ada 66 orang lagi hoke nombor depan aku! Dekat kol 1 baru dapat jumpa doktor, dekat kol 2 baru selesai urusan di farmasi.

Aduh! duh! duh!

Aku yekla pemegang kad perubatan, tapi tak pernah cuba nak g hospital/ klinik swasta sebab aku pesimis pada swasta. Kalau perkhidmatan kerajaan lebih kepada memberi tanpa mengharap balasan, perkhidmatan swasta pula memberi lebih dengan wang. Paling sedih, kalau apa2 last2 kena gak tolak semula ke kerajaan.

Oke, nak dikeshkan.. doktor kata ahkak punya sakit belakang ni more on musculoskeletal pain which is otot la kiranya. Kata si wiki "It is most often caused by an injury to the bones, joints, muscles, tendons, ligaments, or nerves. This can be caused by jerking movements, car accidents, falls, fractures, sprains, dislocations, and direct blows to the muscle". Menurut doktor, sakit ahkak ini yekla antara kesan lepas bersalin juga selain faktor berat badan dan postur.

Whats next? Doktor suh ahkak g fisio la op kos. Unit fisio HUKM ni terletak dekat basement. Masa ahkak turun tu masih lunch time so rilek kejap minum coffee Gloria Jean Cafe kat lobi pelawat. Best betul hospital sekarang ni, dah ada cafe bagai. Since hari ni rabu, unit fisio tak beroperasi. So, any session kena buat hari lain. Urusan nak dapat date temu janji pun lama gak tadi... almost kol 3 baru settle. Makanya esoklah ditetapkan date ahkak bersama fisio..