Sunday, 28 August 2016

Masuk UTM

Amacam,ada tak wajah2 ahkak ni kelihatan macam lepas SPM yang baru nak masuk U? miahahahaha... phuiii!!

Hari  ni adik bongsu ahkak masuk U, amik civil engineering. Lepas ni dah buli da kitaorang adik beradik sumer 5 orang bukak company kejuruteraan Awam dan MNE sebab 2 amik mekanikal, 2 lagi elektrik  & yang last amik sivil. Buh tajuk girl power ke sebab sumer pompuan... haha. Menantu mak aku pun semua budak engin, 2 mekanikal & sorang sivil. Bukan takat belajar jek engineering, pilih laki pun pilih yang amik course sama... muhuhahahahahaha..

Adik aku katanya mendaftar start 8 sampai 11. Rancangannya nak la singgah sarapan jap. Kitaorang singgah dekat kedai roti canai, melayu. Dengan harapan dapatlah merasa roti canai melayu sebab kat area umah aku option yang ada cuma mamak. Benar seperti yang aku sangka berdasarkan pengalaman  sebelum-sebelum ini, servisnya lembab amat. Setengah jam tak nampak bayang roti lagi, walhal pelanggan takde la ramai mana. Kalau dekat mamak tunggu kejap je. Sebab tulah orang lebih prefer mamak kot walaupun mahal dan takde la sedap mana. Reliable dan servis cepat adalah antara yang menjadi tarikan utama. Cuba g kedai local, servis lembab nak mampus & ada pulak hari kedai cuti. Makanya memang menyumpah la aku dibuatnya, langsung tak jamah.

Back to cerita adik aku masuk U, lepas da settle register semua we oll hantar la my sis ke bilik. Kalau kitaorang semua yang lain my dad sorang je hantar, tapi my sis yang bongsu ni semua orang hantar dia except sorang je kakak dia yang tengah praktikal tak join. Cam poyo like this is the first in the family yang masuk U kan... hahahaha.

Apart from hantar my sis, da jadik reunion gak tuk one of my sis yang dulu belajar dekat sini & 3 lagi menantu my mom yang juga dulu belajar di sini. Kasi chan la dorang mengenang.... ahakssss. Sampai dekat bilik my sis, ya ampun macam hostel murah ghupe biliknya sebab buruk... ahahahahahah.. Terusss aku bersyukur sebab tak layak diterima jadi warga UTM dulu & duduk dekat KuITTHO yang jauh lebih cantik bilik nya... hahahaha. Aku ngan adik aku yang belajar kat KuITTHO aka UTHM apa lagi, kasi kutuk kawa2 la apsal U korang buruk sangat kat geng yang 4 orang lagi. Hahahahaha. Terusss aku tanak suh si Hannah belajar dekat sini... hahaha


Pas cek in bilik, kitaorang kuar kejap g makan nasi beryani gam Shahab. Sedapppp!! then singgah Jusco beli kasut tuk my sis pastu drop my sis dekat kereta dorang yang tinggal dekat UTM.. pastu gerak balik ke KL. Kejadian sepanjang jalan... huntunggg la kau nakkk ble tido. Mamme tak dapek la nak lelap dek kerana adih ko ni kena di jaga. Kang tak pasal2 dia mengantuk lak..