Lepas mesyuarat pagi tadi, kelam kabut aku ke Klinik Tanglin. Hari ni ada 2 appointment, 1 di Tanglin dan satu lagi di HUKM. Susah orang tua ni, sakit je manjang kan! Kol 12 sampai Tanglin, nasib ada parking. Maybe belom kol 12.30 kot so belum la ramai yang turun lunch nasi lemak or ikan bakar Tanglin yang popular tapi tak sedap langsung! Itu pendapat persendirian la...
Sampai klinik terus g bilik rawatan, tempat cucuk test Mantoux. Aku tanya misi kat bilik tu, saya ada review hari ni pastu dia tanya aku, mana kertas biru.. aku blur sebab tak nampak kertas hapa pun masa keluar dari klinik isnin tu so dia advice g tanya bilik 14. Bagitau je misi, then terus dia issue borang yang menunjukkan date tuk review & appointment doktor. Makanya aku kembali ke bilik rawatan tadi. Rasa macam diberitahu aku kena AIDS kot masa dia tulis dalam borang bacaan 10mm.
Aku lupa sangat masa aku buat previus test ada ke tidak tanda merah ni. Tapi kali ni ada. Walaupun tadak gelembung, still di kira ada tindakbalas. Kalau ada gelembung, possibiliti ada tibi memang tinggi la. Size reaction ni juga ada different bacaan, kalau 5mm tuk high risk person is positive, 10mm tuk yang moderate risk while 15mm untuk yang low risk. Tapi Mantoux test ni juga boleh beri result false positive or false negative due to certain condition. So kalau nak confirm, kena tengok result darah & kahak la kot.
Tapi yang aku pelik, kalau la aku ni tibi dari 18hb sampai nak nunggu review 29hb ni tah berapa ramai la kot yang aku jangkitkan! Pelik la jugak kenapa klinik kerajaan ni lambat sangat..penyakit berjangkit kot! Sebab tak urgent ke? or sebab kalau kena jangkitan pun dah ada ubat ke? aku pun tak paham.
Apa-apa pun kena tunggu sampai 29hb baru tahu apa status aku. At the mean time, rasa macam nak mati tunggu. Ada ke tak de.. sampaikan anak aku pun aku tak berani cium & dekat2 T_T
Dari Tanglin ke HUKM. Tapi sebelum tu aku singgah dulu kedai mamak area umah tuk beli mee goreng mamak. Aku bukan lah penggemar kedai mamak sebab mamak masak tak sedap langsung pun pada aku tapi this one kedai mee mamak dia memang sedap, ABC pun sedap. Lepas tapau, lepak kat parking HUKM sementera tunggu kol 2.30 g register kat kaunter.
Petang ni sesi fisio aku ada 3 senaman. Started dengan letak hot pack, pastu aku kena senaman angkat kaki sambil tiarap. Pastu ulit bola ke kiri ke kanan sambil terlentang..last sekali letak bola kat belakang badan & buat ala2 squat. Lenguh oiii kaki!