Thursday, 13 December 2018

Masuk Wad Day 4



Ko nampak kaki aku tu? Tu kaki orang yang nak kena buat endoscopy. Apa kaitan kaki dengan endoscopy? Mestilah takde.. muhuhahahahaha. Actually ini kali kedua aku buat endoscopy. The first time tu aku buat as outpatient tapi kali ni aku buat as in patient. Kalau sebelum ni pengalaman endoscopy aku agak seram walaupun cuma setakat sedar dalam tak sedar, kali ni aku langsung tak sedar. Tau-tau je dah balik ke wad balik.

Semalam juga aku dah buat sleep study. Macamana buat sleep study? Kena pakai alat yang dipanggil EEG monitor. Alat tu boleh disewa dari agent sebab hospital tak supply dengan harga RM240. Mesin ni akan dipasangkan di badan dan ada hos ke hidung. Aku buat untuk semalam je. Lepas test tu akan keluarlah report tidur ko lena ke idok, hear rate, breathing & reading oksigen sepanjang malam tu. Kalau ko ada sleep apnea, antara tandanya reading oksigen tu boleh turun ke 80% which is bahaya tuk kesihatan kita dimana sepatutnya pada 95% ke atas. Untuk aku, bacaan tak cantik tapi kadar oksigen acceptable so tak payah pakai CPAP machine. Apakah CPAP machine ni? Dalam bahasa ringkasnya mesin ni bantu pernafasan dan tingkatkan bacaan oksigen untuk orang yang ada sleep apnea. 

So inilah muka budak 20-an tu.. muhuhahahaha. Yeayyy hari ni aku keluar wad. Walaupun lambat discharge tapi takpe. As long keluar!