Lepas solat jumaat kami bertolak ke destinasi percutian kali ni which is Pulau Pinang. While on the way singgah kejap dekat hentian RTC Perak tuk lunch dan beli apa yang patut. Dalam jam 8.30 kami sampai ke hotel. Actually bukan hotel, kami menginap di apartment orang je di Arte Serviced Apartment yang terletak di Gelugor.
Masa nak check in guard tak bagi masuk. Yelah, residen kan. Mana boleh simply-simply bagi masuk. So kena pula tunggu dekat luar while si Chemba urus. Aku actually memang tak gemar sewa atas orang ni sebab leceh nak berhubung bagai. Kalau sewa hotel terus ke kaunter je. Hati da panas tapi terubat jugak la bila tengok apartment cantik. Kat sini ada lift direct ke kediaman masing-masing. Meaning ko cuma share lift tu dengan orang lain tingkat, tapi yang sama tingkat tak. Best kan!
The best part is kami duduk satu leve dengan pool so keluar je terus sampai pool. Dan pool dia sangat cantek! Kat sini juga ada area tuk BBQ bagai. Terbaikk la!