Takat nak g seoul, takyah le pakai pakage pelancongan. Tak berbaloi langsung! p sendirik la. Moh ahkak kongsi tips p melancong under sendirik punya planning. Murah lagi memudahkan sebab tak terikat dengan jadual orang & bole skip2 tempat yang kome tak gemar cam temple ke hapa ke.. kannn!! Ngeri tau tengok yang ikut pakage pelancongan tu. Before pemandu pelancong lepas kan kome dari bas tuk p merewang, siap2 da depa bagi time kol berapa nak kena kumpul balik. Ahkak kalau cam itu, cukup le idok gemar. Sukati la nak p lama mana kan! Dia ingat orang ni kambing ke hapa ke. So, ini la serba sikit tips again & again yang ahkak nak share
1. Tarikh
Ok. Mula2 op kos la kena tahu tarikh kan! Kalau mesia ni 1 musim jek, tapi ketahuan Seoul ada 4 musim. Dec-Feb musim sejok aka winter sonata, Mac-Mei musim bunga2 aka spring, Jun-Ogos panas aka summer & Sept-Nov musim luruh aka autumn in my heart.
Ahkak da merasa autumn & late winter. Ahkak g berautumn tengah bulan 9. Time tu ahkak g sorang. Kalau da namanya autumn, op kos la romatik sebab sejuk2 panas gitu. Tapi kalau g winter, umang aiii.. sojuk nak arwah. 3 lapis seluar pun still sejuk mejuk lagi padahal ahkak pegi tu pertengahan bulan Februari, almost the end of winter. Ahkak rekemen pegilah masa musim bonga or musim panas sebab waktu matahari terbit & tenggelam ala2 sama kat mesia.. somewhere around bulan 4 ke awal bulan 9. Kalau idak 5.30 or 6.30 da golap. Kalau golap apo pon xdo! So, before pegi cek2 la website macam http://www.timeanddate.com/ ka tuk tengok jadual.
P autumn pon best jugak, sejuk + dapatlah view autumn kaler yang very ceria & kalau nak pegi merasa main ais.. pon rekemended jugak. Tapi pilih le otel yang ada heated floor cam hotel yang pernah ahkak duduk http://hoegicoopresidence-seoul.h-rez.com/ Hoegi Coop Residence. Lantai panas memang la sangat membantu dan menyamankan di saat gigil!
2. Tiket Flight
Tang ni tak yah cakap banyak. P mai p mai.. naik je le AirAsia. Kalau takat RM1500++ return sekepala tiket g Korea tu kira murah la tu kalau compare airline lain. Ahkak pernah dapat yang RM600+ return & ahkak percaya ada yang pernah dapat murah lagi dari tu kot.
3. Hotel
Pilih la dari Agoda ka, Booking ka.. tak pun AirasiaGo. Yang ni ahkak biasa guna le. Kalau nak book tanak bayar dulu.. kat Agoda & Booking boleh buat cengitu. Book je banyak2.. make sure kalau x jadik nak duduk kena tekan la button cancel kat web depa before due date supaya tak kena charge. Kalau tak silap kat Booking.com you can book for free tapi kalau Agoda cam dia da siap2 cas kat kredit kad.. kiranya cam deposit la tapi kalau xjadi duduk otel tu.. depa akan kreditkan balik duit tu dalam kredit kad kita.
Ada banyak jenis otel, kalau nak ala2 rumah.. pilih le apartment yang ble masak & cuci kain. Yang ni senang idup! Pastu location.. pepandai le kome. Kalau suka area yang happening sket.. pilih le kat myeongdong ke or iteawon ke kalau nak international.. or kalau suka pasar & sopping.. area Namdaemun or Dongdaemun memang on! Tapi bole gak pilih yang jauh sket tapi easy acsess ke tempat2 yang hot yang kome da list dalam itinerary. Dan kalau p musim sojuk.. heated floor is a must. Baru ble tdo nyaman2.
Pastu, jangan main pilih suka suki jek. Ini tipis fenting ni oke! Otel depa bukan macam otel kita.. no pet allowed. Ada setengah otel depa bagi kalau nak ajak binatang peliharaan tidur bersama. So, pilih la otel yang tak ble bawak pet. At least tau le kita bilik yang kita duduk tu free from nate haram ye!
3. Pengangkutan
1st, toksah pikir2 sangat. Konfemkan je le subway a.k.a ketapi bawah tanah laju-tak-le-selaju-shinkasen adalah pengangkutan utama kalau nak melancong kat Seoul. Rasanya hampir semua tempat pelancongan ble di akses dengan subway. Orang kat seoul ni suka jalan bawah tanah oke! So, sebab itu le ahkak suh kome carik otel sebla subway kalau boleh! Apa yang penting kena belajor le baca subway map depa. Walaupun idak le se berselirat cam Tokyo.. still! kompiusing.
Tambang? No worry. Kome beli jek Oyster card.. eh! Itu kat London. Beli T-Money card. Kad ni ala2 taouch and go & rasanya kat bas pon bole guna kot. Touch2 then go go lah. Kalau duit habis, sila top-up je. Kalau kome dekut takut banyak baki kat kad tapi kome dah nak kena balik mesia.. toksah le ghisau. Nanti kome return jek kat apot dapat le balik duit bakinya. Rega? Yang ni ikut distance. Dia akan cas rega dari point A ke point B je.. so kalau kena tukar 8 kali train pun.. as long as kome follow laluan yang ada sign "transfer to line" sekian2 dia tak amek kesah. Rega tetap kena cas tambang standard antara dua point tu je. Janji jangan exit dari station or gegatai tangan swipe kad T-Money kome kat exit gate.
Kalau tanak guna T-Money? takdak sapa kesah aih! Boleh je. Kome beli la tiket kat machine tiket everytime nak travel. Macamana nak beli? 1st p belajar bahasa Inngeris dulu sebab bahasa yang satu ni depa ada as option tapi bahsa melayu tadak ye tuan puan. Rega tiket pon sama juga cam cas guna T-Money, as long kome tak kuar dari station or punch the tiket dekat exit gate untuk bertukar dari train ke train, tambang tetap banyak itu jugak & tiket yang kome beli tu valid la lagi.
Lagi skali, beware of nate haram. Kekadang ada gak depa hangkut anjing kiut2 dalam train. So.. p duduk jejauh. Tapi anjing depa ni idak le depa main lepas je. Biasanya depa ikat or letak dalam handbag cam Paris Hilton ngan anjing dia.. hahahaha. tetiba lak nama ahkak Paris naik.
4. Food
Ala. Kalau kome tak de duit berguni2 cam ahkak yang miskin comey ni.. hmm! Tak yah le p makan kat restoran. Buat susah2 aje! Beli jek nasik pre-cooked depa. 2 minit masuk microwave da ble makan. Then beli le sayur2 or buah2. Lauk pauk tu bawak le makanan tin dari mesia. Kalau kome banyak duit.. sila kan le google halal restoran kat Seoul. Banyak gak yang halal especially kat Itaewon & dekat2 area masjid kat situ.
5. Solat
Kalau nak seribu daya, tanak banyak dalih. Kat Itaewon ada masjid besar. Musollah pun ada tapi kena google la. Kalau idak, padang pon boleh. Cari le tempat2 yang diyakini bersih. Yang penting kita dengan tuhan. Kalau tak pun, balik otel je kejap.
So.. inilah contoh itinerary masa ahkak g berwinter ngan c Chemba & Hannah yang baru 5 bulan jadik lam perut ahkak.. ahaks!