“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Monday, 5 December 2011
Saat aku berasa gembira bagaikan mahu melompat bintang macam ni.. aku terkenangkan seseorang. Bukan kerana masih berbaki perasaan yang tersimpan dalam hati ini.. cuma aku tiba-tiba terfikir.. rupanya bila kita temui orang yang betul, perasaan itu lebih indah dan kita sentiasa terasa dekat dengan kebahagiaan, seperti yang aku rasa sekarang. Percintaan lama membuatkan aku sentiasa berada dalam situasi "kasihan aku kerana dia, kasihan dia kerana aku". Percintaan yang seolah-oleh dua insan tersekat dilaluan yang sempit lalu cuba berlumba2 untuk keluar dan kedua2 insan tersebut sedar bahawa tiada siapa yang akan berjaya keluar dengan selamat tanpa mengorbankan salah seorang..