Sunday, 10 February 2013


Ini gara2 terklik website KLM la ni hari tu. Agak murah gak la tambang g London & balik dari Paris. Tak sampai 7 raban tuk dua orang dewasa + infant. Ahkak memang nak sangat da beli tiket hari rabu tu. Kebetulan kalau pegi 1hb 11, ble pegi seminggu. Cuma perlu amek cuti 3 hari je sebab kebetulan isnin ngan selasa cuti apa ntah. Taulah ahkak ni nimang tak gemar amek cuti lama2. Tapi bila dia mintak info infant tu yang ahkak lemah. Takut kang beli kemudian tambang dia je da separuh tambang ahkak. Tak kuasa la kalau mahal sangat cam MAS. Bukan ada seat pun..

Ahkak da siap study da nak g mana. Konon nak lepak London 3 malam, then g Paris 1 malam. Nak pitam gak tengok kos subway sehari. Kalau amek one day pass, mau dalam 40++ sehari. Pula tu dorang ada time & zon restriction. Kalau g enam2 zon, mahal la sikit. Ada satu lagi, Oyster card. Yang ni kad diskaun tapi still mahal oke!

Otel pun satu hal. Nak cari pet not-friendly payah gak. Nasib baik ada 4 Tune Hotel kat London.. Kira oke la. Kata nak tdo je kann.. Bole laa. Tu pun agak mahal gak, 200 GBP aka RM1000 untuk 3 malam tak termasuk nak acon, internet, tv n toiletries. Settel otel n transportation.. Expenses plak. Memang pitam la kat London sebab nak masuk mana2 mostly kena bayar. Tapi boleh opt beli travel pass.. Dalam 48GBP kot tuk sehari.. Ble g tempat2 yang covered dalam offer dorang, macam banyak gak. Tapi pada ahkak tak berbaloi plak sebab bukan semua tempat tu ahkak minat nak pegi pon. Ahkak paling nak g Madamme Taussads ngan naik London eye je. Yang ni tadak dalam pakej tu tapi ada combine pakej kos dalam 37GBP kot.. Hoho.. Dekat RM200 oke!

Next nak g Paris. Kalau cepat book, ble la dapat tiket dalam 39 euro one way naik Eurostar.. Dalam RM 170 la sorang. Paris nak g Eiffel je.. Tempat lain tak maw. Ahkak ni bukan gemar sangat tempat bersejarah ;p Apa2 pun tunggu la anak ahkak lahir dulu. Maybe next year la kot kalau ada rejeki. InshaAllah..