Sunday, 12 May 2013

Wasiat ke nih?

Lagi 20 days to expected due date. As this is my first baby, perasaan ahkak? Ntah la.. Nak kata takut tak tahu la nak cakap. Mungkin tak rasa lagi kot.. Mungkin nanti da masuk sepital la kot baru terasa. Orang kata bersalin ni seperti bersabung nyawal. Macam2 boleh jadi. Kadang2 terfikir juga.. Mungkin ini lah kali terakhir aku dapat melihat dunia. Bukan atas rasa rakut tapi sebaliknya atas rasa redha sebab aku sedar aku hanya manusia biasa. Semua yang berlaku atas izin dan ketetapan tuhan yang maha mengetahui segala-galanya. Seandainya sampai sini sahaja hayat aku, dan seandainya tuhan izinkan anak yang dalam kandungan ini selamat.. Aku yakin suami ku pasti akan menjaga dia dengan baik dan mendidik anak ini sebagaimana didikan yang telah dia terima dari mak dan abah.

Buat suamiku yang sangat aku cintai.. Terima kasih kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang tiada cacat celanya. Terima kasih atas segala cinta dan kasih sayang, atas semua kesabaran dalam menghadapi hidup berumah tangga, atas timbang rasa, keprihatinan dan perhatian yang tidak pernah berbelah bahagi, atas penjagaan.. Atas segala-segalanya yang telah kamu berikan pada aku. Selama 30 tahun menanti, terasa syukur sangat kerana tuhan hadiahkan aku dengan seorang suami yang sempurna seperti kamu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dalam cinta ini pada kamu. Dan anak ini.. Adalah hadiah kamu yang paling berharga buat aku....

Seandainya aku tiada.. Aku serahkan semuanya untuk kamu uruskan. Jaga dan bahagikanlah apa yang patut mengikut pertimbangan kamu kerana aku tahu kamu adalah seorang lelaki yang paling adil dan sangat bertimbang rasa.

Buat anakku yang aku sayangi.. Kamulah bukti cinta mamme dan dadde. Kalau mamme tiada, mamme sedikit pun tak risau sebab kamu ada seorang ayah yang sangat hebat. Sayangi dan kasihilah dia sebagaimana dia menyayangi dan mengasihi kedua ibu bapanya. Mamme tahu kamu juga akan jadi seorang anak yang hebat seperti dadde. Maafkan mamme seandainya tidak berkesempatan untuk menjaga kamu..

Buat kedua ibu dan bapaku yang sangat aku kasihi.. Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa dan kasih sayang tak berbelah bahagi yang sentiasa tercurah kepada ku. Aku bukan seorang anak yang sempurna.. Aku mohon ampun atas segala dosa pada kalian. Moga tuhan tempatkan kalian dalam syurga yang paling indah... Terima kasih mak dan bapak.. Terima kasih juga buat mak dan abah kerana melahirkan seorang anak yang hebat, yang atas izin Allah telah menjadi suamiku.. Mohon dimaafkan segala salah dan silap seandainya ada..

Buat seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan ku.. Aku mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki atas segala salah dan silap. Moga dimaafkan hendaknya..