“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Monday, 30 December 2013
Demam Lebih 40c
My doter ni demam almost reaching 41c. Terkejutnya ahkak.. Rasa macam nak melayang jantung ni tengok dia lemah je. Time usap2 badan dia, dia bercakap2 seolah2 nak bagitahu dia sakit. Kesian anak mamme. Nasib baiklah dadde ada malam ni.
Hari khamis petang tu start demam sampai jumaat. Demam tak lah tinggi sangat & panas pun tak lah sepanjang malam. Tapi pagi tadi badan dia start panas balik. Makin lama main panas.. mintalah bapak dia bawa ke klinik kesihatan. Skalik masa kat klinik kesihatan tu temp dia reaching 39+ sampai misi kat situ saspen takut Hannah sawan. Letak ubat cucuk bontot baru turun sikit. Si Chemba kata kena amik darah, takut denggi. Masa cek darah tu ada 3 parameter yang dibaca untuk tentukan samada dia denggi atau tak. 2 ok, 1 fail sebab bacaan platlet darah dia rendah. Doktor kata bacaan platlet ni boleh rendah kalau tak cukup air dalam badan.. ahkak da saspen dah. Dahlah ahkak pun sama demam.
Orang kata ubat bontot tulah ubat yang paling kuat kalau nak turunkan panas badan, tapi si Hannah.. macam takde efek je. Dalam kol 3 or 4 kot dia kena cucuk ubat tu, kol 5 lebey cam tu sampai rumah temperature masih tinggi. Dah tu sepanjang malam temperature tak turun, maintain dalam 38.9 - 40.8. Manalah tak saspen. Dadde dah keletihan jaga dia & maknya dari hari jumaat tu.. alhamdulillah malam ni maknya masih ada kudrat tuk bangun tengok dia. Alhamdulillah walaupun nampak lemah sangat, Hannah taklah sampai sawan walaupun suhu memang tinggi gila. Sepanjang malam tu dia tidur tak berbaju & every 5 to 10 min mak & bapak dia bergilir2 ambil temperature ketiak & telinga
Sunday, 29 December 2013
Power Of A Mother
Sejak-sejak berkecimpung dengan dunia keibuan & menguruskan anak sorang2 disamping perlu bekerja, terasa lah sikit sebanyak betapa bersusah payahnya ibu2 tunggal yang membesarkan anak sendirian. Bayangkan kalau duduk sendirian, tiada mak ayah, adik beradik atau sedara mara yang membantu.. hanya orang yang tabah sahaja mampu hadapi. So bagi anak2 yang punya mak tunggal tu.. hargailah ibu anda. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa besar dugaan yang mereka tanggung.
Tengok sahajalah macam ahkak, tiap2 hari pukul 5.40 dah kena bangun. Sebelum 6.30 dah kena settle urusan hantar anak ke rumah pengasuh & kena bertolak ke pejabat. Kerja pejabat bukanlah sikit. Jam 4.30 balik, ambil anak. Di rumah, anak pula nak melekat 24/7, tinggal sikit menangis. Terpaksalah tahan lapar atau gendong je anak tu time masak or buat apa2 aktiviti. Time sembahyang je la terpaksa biar kalau dia nangis. Pukul 9 or 9.30 baru anak tidur, pukul 12 dia jaga lagi nak susu.. kalau dapat tidur balik alhamdulillah kalau tak, berjaga lah 2 3 jam lagi. 4.30 anak bangun lagi nak susu.. macam tulah rutin seharian.
Tapi sebagai seorang ibu, semua tu tak menjadi satu perkara sesukar yang disebut dan dibayangkan. Lepas ada anak, baru aku memahami betapa menjadi seorang ibu itu akan menjadikan seorang wanita terasa sangat kuat, in fact, sangat sangat kuat dan berani Kalau mengandung dan melahirkan anak seorang wanita mampu hadapi, tiada lagi perkara yang tidak mampu beliau lakukan.
Tengok sahajalah macam ahkak, tiap2 hari pukul 5.40 dah kena bangun. Sebelum 6.30 dah kena settle urusan hantar anak ke rumah pengasuh & kena bertolak ke pejabat. Kerja pejabat bukanlah sikit. Jam 4.30 balik, ambil anak. Di rumah, anak pula nak melekat 24/7, tinggal sikit menangis. Terpaksalah tahan lapar atau gendong je anak tu time masak or buat apa2 aktiviti. Time sembahyang je la terpaksa biar kalau dia nangis. Pukul 9 or 9.30 baru anak tidur, pukul 12 dia jaga lagi nak susu.. kalau dapat tidur balik alhamdulillah kalau tak, berjaga lah 2 3 jam lagi. 4.30 anak bangun lagi nak susu.. macam tulah rutin seharian.
Tapi sebagai seorang ibu, semua tu tak menjadi satu perkara sesukar yang disebut dan dibayangkan. Lepas ada anak, baru aku memahami betapa menjadi seorang ibu itu akan menjadikan seorang wanita terasa sangat kuat, in fact, sangat sangat kuat dan berani Kalau mengandung dan melahirkan anak seorang wanita mampu hadapi, tiada lagi perkara yang tidak mampu beliau lakukan.
Saturday, 28 December 2013
Hobi Menjilat Bayi 6 Bulan
Mentang2 dah start makan.. makanya semua barang pun nak dijilatnya sampaikan nak bawa hp masuk toilet pun dah tak boley sebab takut lak kuman kumin kat toilet berpindah masuk dalam perut si kecik yang suka sangat menjilat dan menggigit sekarang ni.
Risau dibuatnya kalau tengok gelagat si kecik yang dah makin lasak. Hari tu jatuh tilam.. nasib bukan katil. Terbongkang la anak ahkak menangis kesakitan tapi insafnya tak jugak. Tengok muka ni.. Muka baru baik demam. Silap2 demam gara2 menjilat macam2 kot anak ahkak ni.. Hannah! Hannah!
Friday, 27 December 2013
Kerentengnya Anakku
Antara pose kelakar my doter.. genetik bapak dia la ni.. rambut keteng. Kalau ikut mak idakle keteng cam ini. Kelakar tengok muka dia.
Thursday, 26 December 2013
Hari Yang Macam Harem
Lepas ambek Hannah dari rumah pengasuh tadi, terus la bawak ke klinik sebab kata akak tu Hannah demam. Memula
bawak g klinik area belakang rumah.. Skali takde parking. Ok, bawak la g
klinik kat area depan umah plak. Punyalah ingat dah lega skali doktor
plak takde.. Kena tunggu 1 hour. Time tu dah rasa cam harem. Dahla dalam
hujan. It was just the two of us dengan Hannahnya yang menangis2 duk
dalam car seater. Patah lagi balik g area belakang umah. Though i
mention depan and belakang rumah tu sounded macam dekat, it is quite a
distance la juga & dengan trafik lightnya. Try g another klinik,
skalik tutup. Nasib baik la kat area tu ada 3 buah klinik & one of
those ada doktor at that time, lega rasanya. Tapi memang rasa cam harem
betul hari ni.
Wednesday, 25 December 2013
Dadde Pokai Hannah Happy
Tengok apa Hannah paw dadde hari ni... A walker. Ahahahahaha. A 360 swivel walker that can be converted into rocker yang mungkin tidak akan dipakaikan dengan roda at all. Alkisahnya g kedai barang baby kat area belakang rumah. Try la dudukkan dia kat walker.. Punya lah gumbira si kawan tu. Siap senyum2 ala tanak balik rumah. Maka si dadde apa lagi.. Belikan lah 1.
Tuesday, 24 December 2013
Anak Angkat
Bila dah ada anak, macam ni lah jadinya. Baru seorang anak tapi dah ramai benor 'anggota keluarga' yang nak kena diangkut time berjalan2. All for the sake tuk lower the chances of crying.
Monday, 23 December 2013
My Two Lovers
Sama ke lain muka dua orang ni? Ahkak pun xsure.. Kejap2 sama kejap2 tak. Mostly orang kata muka mak nya tapi tang tu yang kompius, kat mana lah yang sama agaknya.
Friday, 20 December 2013
Hannah Dan Buaian
Macam ini lah reaksi anak ahkak bila neneknya masukkan dalam buai.. Gumbira sakan oke. Eksited sunggoh dia, siap main tendang2 lagi. Gara2 terlalu eksited, objektif masuk buai sebab nak tidurkan dia lambat tercapai. Lepas dah letih gelak2 & main tendang2 which is agak lama gak barulah si kecik ni tido. Hannah! Hannah!
Thursday, 19 December 2013
Wednesday, 18 December 2013
Tuesday, 17 December 2013
Cuti-cuti Sutera Harbour
Amacam.. lawa tak? op kos la lawa. Dah namanya otel 5 stars. Koman2 kena ada 500++ kalau nak duk sini semalam. Ahkak duk sini 5 hari, kau mampu? Ahahahah.. ahkak pun tak mampu oke! Mampu pun sebab ada bengkel. Pulak tu ahkak duk bilik sorang walaupun kelayakan ahkak tuk 2 orang. Ahahahahah lagi..
Semalam ahkak duk sini ngan my mom, sis, father & lil Hannah. Muat oke! Hari ni my mom tanak tunggu dah, terus cabut bawak cucu balik kampung. Semua ni gara2 arkitek yang design bilik ni ada mereng sket kot time design. Ada ke design bilik air dengan louvers wall yet solid door. Oke la romantik sebab ble mandi dalam tab sambil2 menengok pemandangan kat luar. Hello! kalau tuk pasangan seswai lah tapi kalau family? ada ke patut orang ble intai ko mandi seba bukaan louvers tu besar sangat. Sungguh tak patut.
Yang tu ble tahan lagi.. part yang paling annoying bila apa sahaja yang orang dalam bilik air tu buat orang kat luar ble agak or tahu. Mana tak, kalau dah dinding belobang.. op kos la noise travel tak ble control. Bunyi flush ngan water refill gila nyaring. Kena plak kitaorang ni jenis tido tak mati, sah2 la sakit telinga di buatnya. Ngong!
Monday, 16 December 2013
Single2 Bawak Baby Melalak
As early as 12 ahkak book teksi ke KLIA.. Sempat lak sesat driver teksi seround. Masuk2 teksi je anak ahkak dah meraung.. Alapak.. Nasib baik tak lama. Ko bayangkan ahkak sorang2 bawak baby 6 bulan dengan barang banyak.
Sampai2 airport mood si kecik tak ok sangat sebab dia tak dapat nak lelap. Then baru je dapat lelap skalik dah kena naik flight. Time ni lah bermulanya cabaran ahkak. Memula ok.. Skalik time flight da gerak, mula la meraung. Lama siut.. Sejam lebey kot ada. Bayangkan sampai ahkak lost track of time. Nasib baik abang kat sebla tu baik hati nak layan hannah. Dia siap dukung hannah sungguh2.. Orang ingat ahkak laki bini kot.. Kuang kuang kuang.
Rupanya sebab dia ada anak gak 4 bulan.. Kalau dulu asalkan kena jek duduk ngan baby lam flight.. Mesti stress sebab tahu dah akan menangis. Ini kalik rasain sendirik. Orang pandang ahkak cam ahkak ni pesalah oke! Cam pencolik anak lak.. Miahahahaha. Nasib la after sejam lebey melalak si Hannah cool down.. Walaupun it didnt end there. Sambung lagi menangis seround time landing.. Seround lagi dekat airport.. Seround lagi dalam keta... Seround lagi dalam hotel.
Bayangkan tabah ke tidak ahkak nih.. Huahuahua.. Camana ahkak kencing dengan barang & baby melalak. Time tu ahkak rasa nak lepuk je pala arkitek yang design KLIA tu. Kalau g Tokyo.. Dorang punya disable toilet multifunction.. Which bole digunakan tuk baby change so for those yang bawak baby tu bole la letak anak depa time cicing. Ada juga toilet yang memang been design tuk orang yang bawak baby.. Time mak dia cicing.. Anak tu ada seat kat depan mak dia. Walaupun ketahuan saiz toiler kat tokyo cinoet jek.. Muat jek. Toilet kat mesia ni besar jek lebih.. Tuk cater orang gumuks2 kah??!!! Geram ahkak. So macamana ahkak kencing hari tu??? Haaaa... Toksah la kome bayangkan oke!
Sunday, 15 December 2013
Hannah & TV
Anak ahkak tengah layan perasaan.. cam ni la kalau ada anak. Standard kemas tuh kena direndahkan samada mok pok dia suka atau tak.
Friday, 13 December 2013
Babai Opis, Hello Home!
Hari ni pengasuh ahkak cuti.. Makanya mahu tak mahu terpaqsa lah ahkak choti walaupun banyak hal kat opis nun. Tapi tak pe.. Yang penting ble main2 ngan si comey sambil2 kerja dari rumah.. Yehuuuu
Smalam ahkak tadak kerja sangat kot sampai rajin bebenor nak mengubah design umah yang dah ketahuan sekengkang kera nu hah. Dengan pinggang yang memang sedia sakit & ponggong yang terasa bagai ada barang nak terjojol kuar nih.. Gagah jugak ahkak menyusun. Tah kol brapa tah baru dapat tdo. Luckily si comey Hannah tdo awal, itu pun pas membebel sendirian sebab tak kena layan. Siyan anak ahkak..
Thursday, 12 December 2013
Hannah Belajar Berdiri
Wah! kaki my Hannah rupanya dah agak kuat that she could stand on her own bila ahkak lepaskan tangan. Rasa macam sekejap jek.. tetiba Hannah dah besar & dah almost half a year after she was born. Thank You God for the most precious gift in this life..
Wednesday, 11 December 2013
Tukar Susu Lagi
Hari ni Hannah star susu baru, Anmum Rumusan No.2. Hopefully tak lah berulang sejarah susu emas taik karas cam time dia minum S26 Gold dulu. Time dia consume Enfalac A+ memang tak de masalah. Kulit ok, yak ok & perut pun tak berangin even though mok pok dia malas nak sendawakan dia pas nyusu kadang2 tu. Op kos la elok, kata susu mahal. Rasanya antara yang paling mahal kot, 600g @ RM75 kottt. Seminggu sekotak.. kopak! Tapi worth sebab Hannah ok.
Masa minum S26 dulu, taik keras & muka dia penuh ruam.. huhuh. So, tengoklah macamana prestasi susu Anmum ni pada my doter
Sunday, 8 December 2013
Serigala Hitam Besar Jahat
Konon tahun ni tanak pegi sebab last year serigala dah makan duit kitaorang dalam 1k.. skalik tak tahan nak pegi jugak & op kos la serigala makan duit kitaorang lebih 600 hengget. Jahat!! Kalau dulu 2 round pusing pameran tu tuk ahkak ngan si Chemba tapi this year first round tuk ahkak.. 2nd round tuk buku Hannah.. tuk dadde tadak.. ahahahahah..
Sangat berbaloi sebab buku-buku baby yang ketahuan mahal ble dapat dalam 6-10 hengget jek..
Subscribe to:
Posts (Atom)