Sunday, 29 December 2013

Power Of A Mother

Sejak-sejak berkecimpung dengan dunia keibuan & menguruskan anak sorang2 disamping perlu bekerja, terasa lah sikit sebanyak betapa bersusah payahnya ibu2 tunggal yang membesarkan anak sendirian. Bayangkan kalau duduk sendirian, tiada mak ayah, adik beradik atau sedara mara yang membantu.. hanya orang yang tabah sahaja mampu hadapi. So bagi anak2 yang punya mak tunggal tu.. hargailah ibu anda. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa besar dugaan yang mereka tanggung.

Tengok sahajalah macam ahkak, tiap2 hari pukul 5.40 dah kena bangun. Sebelum 6.30 dah kena settle urusan hantar anak ke rumah pengasuh & kena bertolak ke pejabat. Kerja pejabat bukanlah sikit. Jam 4.30 balik, ambil anak. Di rumah, anak pula nak melekat 24/7, tinggal sikit menangis. Terpaksalah tahan lapar atau gendong je anak tu time masak or buat apa2 aktiviti. Time sembahyang je la terpaksa biar kalau dia nangis. Pukul 9 or 9.30 baru anak tidur, pukul 12 dia jaga lagi nak susu.. kalau dapat tidur balik alhamdulillah kalau tak, berjaga lah 2 3 jam lagi. 4.30 anak bangun lagi nak susu.. macam tulah rutin seharian.

Tapi sebagai seorang ibu, semua tu tak menjadi satu perkara sesukar yang disebut dan dibayangkan. Lepas ada anak, baru aku memahami betapa menjadi seorang ibu itu akan menjadikan seorang wanita terasa sangat kuat, in fact, sangat sangat kuat dan berani Kalau mengandung dan melahirkan anak seorang wanita mampu hadapi, tiada lagi perkara yang tidak mampu beliau lakukan.