Balik dari sesi sesat kat area Damansara, singgah makan sate. Balik umah perasan badan si kecik cam panas.
Ahad
Pagi ok tapi bila tengahari badan si kecik makin panas dan keluar rash kecik, start dari dada then naik ke seluruh badan. Saspen! Expect campak or denggi.. Suhu badan dalam 38c ++ time malam.
Isnin
Bawak g Klinik Kesihatan Cheras. Suhu tinggi gila, so kena cucuk obat montot. Doktor kata bukan campak sebab kalau campak besar2. Ok! So dapat ubat demam.
Selasa
Masih demam lagi tapi selera makan dan minum si kecik macam biasa. Cuma bila suhu tinggi sangat nampak la lemah je dia. Mata pun nampak cengkung.
Rabu
Masih demam jugak lagi. Rash pulak makin banyak. Selera makan minum tak terganggu & pas makan ubat si kecik boleh la berjoget2 lagi nengok Upin Ipin. Since masih gak demam, bawak plak g Klinik Swasta. Sama jugak.. doktor kata rash, bukan campak or denggi. Dapat lagi ubat demam & Calamine lotion. Time malam si kecik batuk kering tak berkahak. Siksa je mamme dengar. Suhu badan rech dalam 39c ++
Khamis
Petang, dadde bawak pegi klinik kesihatan semula. Minta cek darah. Darah semua normal. Dapat lagi seround ubat demam dan ubat kahak.
Jumaat
Siang ok, malam suhu tinggi. Batuk si kecik dah mula berkahak
Sabtu
Siang ok, petang & tetengah malam suhu tinggi. Tembak suhu guna temperature gun, reach 40. So, esok kalau masih tak improve.. mamme & dadde decide bawak ke Emergency HUKM or terus p private hospital.
Nangis sebab tanak kena ikat.. |