Sunday, 31 July 2016

Hannah Stroller

Dulu kocik2 tanak naik stroller, la ni bila da pandai guna dan tahun betapa nikmatnya duk stroller.. tak mahu pulak di turun.Siap tido dengan kaki kat atas lagi, lama plak tu dia tidur. Adui la anak!

Friday, 29 July 2016

Jamuan Raya

Ini la sumer muka2 ceria kitaorang menyambut raya dekat opis. Menu tahun ni dari nasik beryani dengan ayam masak merah dan daging kicap.. rendang ayam dan daging, lemang, laksa, sate, buah, kek, kuih bagai..


Apa yang penting, hati ada manyak sinang.Tapi tadi pitang ahkak malek umah, sebab anak ahkak demam la pulop..

Saturday, 23 July 2016

I-City First Timer

Alkesahnya adik ahkak nak beraya umah ahkak hari ni. Walaupun pale ahkak rasa cam berat2, ahkak gagahkan jua masak dendeng daging ngan mee kari. Lepas dari umah ahkak, kitaorang berhangkut lak ke Klang ke umah my aunt yang now tengah sarat nak tunggu hari je lagi. Ingat pas dari umah dia nak g singgah GM Klang.. malangnya sampai umah dia pun dah kol 5 lebih. Sudahnya ahkak decide nak beraya dekat I-City la plak lepas dari umah my aunt. Last month masa ke umah dia, terlalu dekat I-City tapi masa tu cam awal petang lagi & malas la nak tunggu sampai ke malam.

Dijadikan kesah, I-City ni letaknya dekat je dengan projek berdarah ahkak, ehemmm! Hospital Shah Alam tue. Masuk free, cumanya ready2 la duit bayar parking yang boleh tahan mahalnya. Kalau masuk malam kot, flat rate RM10 je sekali masuk. Tempat free op kos la tak banyak attraction! So, kena la bayar. Kat sini ada banyak la game, mostly seswai untuk budak. Ada wax museum, snow house, ferris wheel selain banyak la juga tempat makan macam KFC & Old Town.

Friday, 22 July 2016

62.5% tax?!!! Thanks Air Asia

Kalau kome fikir Air Asia mahai & sume benda kome kena cas...  now tengok yang ni dulu. Tax sahaja dah mencecah 62.5% hokeyyyyy!!! Ini yeklah if kome beli tiket flight dengan Jeju Air. Kawan ahkak la ni study dekat Seoul, konon nak ke Osaka. Masa tengok rega tiket 100000 KRW p balik tu, berkobar2 la nak beli tapi sekali bila campur tax da jadi 162500 KRW. Hampir sekaali ganda rega tax sahaja... phuiiii!!!

Thursday, 21 July 2016

Gone For Good


Tadi jenjalan dekat Tesco, alih2 terbeli la meja console ni walaupun takdak idea lagi kat mana nak letak actually. Sesampai rumah, tenung2 apa la yang boleh ahkak buat untuk menempatkan si meja. Sudahnya lenyaplah meja bar ahkak yang telah lama berbakti. Gone, for good finally!

So, inilah situasi terkini yang dilaporkan berlaku di ruang dining ahkak sekarang. Frankly, i prefer ada table bar T_T

Wednesday, 20 July 2016

Out Opis

Tadi kol 2 lebih ahkak gerak dari opis nak ke Seri Kembangan, ada miting kol 3. Biasa yang panggil miting ni mesti lewat, so ahkak pun ingat nak lewat la hari ni. Selalu ahkak je tunggu, ini kali kaw tunggu la ahkak. So ahkak pun bawa keta selow2, singgah pandu laju mcD pastu singgah Petron tuk buang apa yang patut then singgah pulak dekat Shell tuk keluar duit. Alih2 kol 3 sharp la jugak akak da ada kat bilik miting!! Puiiiiii!!!

Ahkak ni memang ketahuan punctual. Kau cuba la janji dengan ahkak kol 3, kalau 15 minit kau tak muncul2 kau lepak la sorang2.

Tuesday, 19 July 2016

Bedak Shampoo

Yang ini yekla shampoo.. tapi shampoo ni dalam bentuk powder, ala2 bedak gitu. Seswai sangat la tuk kome2 yang travel or limited akses to air. Apsal ahkak beli? hentahla!! Air kat rumah sejuuuk sangat kot ;p

Monday, 18 July 2016

Tong Bekal Kembali Beraksi

Mengenangkan gaji yekla lama lagi, pulak tu makanan kat kantin mahal. Makanya ahkak pun berazam la nak berbekal jek minggu ni. Menu hari ni, nasik putih sambal bilis mata biru & telur. Jadikkkk laaa daripada bayar sampai 4 5 hengget kalau beli dekat kantin ;p

Sunday, 17 July 2016

Rindu Rumah

Akhirnya setelah 2 minggu meninggalkan umah, kami kembali. Rindu gila dekat rumah, dah berkobar-kobar sangat nak balik. Makanya lepas kenduri kawen semalam tu kitaorang terus gerak balik KL. Masuk2 umah je, perasaannya ya ampun.. indah gila! hahahaha.

Sudah menjadi kebiasaan kami laki bini, before tinggalkan rumah esp untuk tempoh yang agak panjang kami akan make sure rumah dah dibersih dan kemas, & all baju kotor pun dicuci terlebih dahulu. Supaya masa balik nanti hati kami senang, tak payah dah nak fikir nak kemas rumah pulak.

Saturday, 16 July 2016

Ke Jolobu Ke Jolobak

Hari ni ahkak n family menghadiri majlis khawin dekat Jolobu. Ahkak laki bini ni bukanlah peminat majlis kawen. Boleh kira la dengan jari berapa kali kitaorang hadir majlis khawin.. bukan takat majlis khawin.. ko cakap la apa2 majlis pun memang jarang sangat hadir.

Ahkak laki bini ni jenis yang pandai berkawan sebenarnya.. in fact ramah gila wa sakap lho! Tapi ntah la dimana silapnya sebab kitaorang tak berapa gemar nak attach dengan orang walaupun ada jugak la insan-insan istimewa yang terkecuali. Takat jumpa gitu2 oke laa.. no more than that. Napa? bukan tak suka tapi lebih selesa sendiri & duduk dekat rumah. Tak tau la apa pasal.. bukan salah ibu ngandung la yang pastinya.. hahaha. Sebab mak bapak ahkak n mak pok mentua ahkak sumer jenis ramah..

Friday, 15 July 2016

Johnny It Is

Selalu kalau ke Jusco nampak restoran Johnny ni tapi tak pulak la nak menyinggah. Tapi hari ni cam tergoda plak nak singgah sebab bila ajak singgah jek si Chemba cam malas sebab makan steamboat. Hari ni ahkak nak juga singgah.. rupanya bukan menu steamboat je. Ada menu ala cart juga & reganya pun nak kata mahal sangat, ok2 la pada ahkak. Ok, next time bole try lagi!

Thursday, 14 July 2016

Berapa Laju Tenet Mu


Oke.. ini la laju 4g gue. Memang la tak laju kalau nak ukur dengan speed 4g yang sepatitnya tapi bagi ahkak laju gila dah la ni. Paling laju pernah achieve 900 Kbps. Ini tenet digi ahkak.. plan RM80 sebulan. The best of this plan, call unlimited tenet 10 Gb. Tapi part yang paling best is, kalau tenet tu habis limit ble beli topup tenet dengan rega RM10 untuk 8 Gb dan valid selama 7 hari. So kepada penggila tenet, memang berbaloi baloi!

Kalau speed 700+, kejap je donlod 2 Gb. Heavennn!!

Wednesday, 13 July 2016

Melancong Di Negeri Sendiri Lagi

Lepas cek out, kitaorang singgah dekat pasar buah & pasar kraftangan. Wonder juga, nama pasar buah tapi yang deme jual semua kerepek2 & kuih muih. Whatever la, janji happy. Sebla pasar buah tu ada pasar kraftangan. Dulu orang panggil pasar filipin, now da rebranding. Macam2 jenis craft jual dekat sini. Sebla tu baru la pasar jual2 lauk kering such is ikan bilis mata  biru, ikan masin, ikan manis (kalau ada la ;p) Kalau kau sakap Sabah, kaka kasi mura2 jak tapi kalau kau sakap simananjung.. siap la kaw! Nasib lah ahkak punya lidah ni flexible buli switch2 sakap sabah & sakap semenanjung.
Pasar Buaha2 Tempatan
Pasar Kraftangan
Udang kering RM13 tatau berapa kilo
Pastu naik pula ke Signal Hill Observatory Tower, Jalan Bukit Bendera. A nice place to enjoy KK view from up high. I sooooo love KK yang sekarang. Baru lah enjoyyy lepak KK ini matcam! Dari Imago to ble jalan kaki lepak dekat Anjung Senja for food & view, pastu terusss lak ke Oceanus Waterfront mall then ke pasar buah & pasar kraftangan then ke Suria Sabah. All located dekat pinggiran laut. Heavennn!!

Selaku peminat tempat tinggi, I so enjoy being at Signal Hill Observatory Tower. So relaxing to view everything from top.
Ovservation Hills
Dari atas, turun semula ke bawah.Ini kali singgah Suria Sabah. Masih banyak lagi kedai yang belum buka, I hope this mall will survive too!
View From Suria Sabah
Love From Suria Sabah
Buli lawat apa di KK? Menyesal kau dang tanya soalan tu.. macam2 kau buli lawat di KK. Antaranya op kos la haktiviti membeli lauk kering or basah maybe. Pastu haktiviti makan2 la op kos, durang bilang seafood murah di KK walaupun sa rasa sama jak. Pastu haktiviti p pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Ada pulau manukan, pulau mamutik (psttt! sa bulum pernah sampai).. sana buli snokeling2 bilang adik sa. pastu haktiviti p gunung Kinabalu la... apa lagi. Selain tu, buli la kalau mo naik bot to enjoy the view dalam panas2 saana dekat City Mosque.. or p water park ka. 35 taun idup, baru jak sa tau ada water park sana kiki... phuiii!!

Bah, apa lagi.. bili la tiket pigi KK.. kalau tida pigi menyasal sumur idup tu kamurang.

Tuesday, 12 July 2016

Melancong Di Negeri Sendiri

Dalam kol 1 sampai KK tadi, terusss berlabuh munggung dekat Imago, a new shopping complex dekat KK ni. Hopefully la it will last & mendapat sambutan. A nice mall, meriah tempat makan.. Lepas dari Imago, teruss ke hotel. Asal ke KK je, kitaorang mesti duduk dekat Tang Dynasty Park Hotel. Walaupun bukan dalam centre KK, it wont be a problem sebab ada keta kan. The best about this hotel yeklah rega eh murah oke tapi bilik eh besar. Kalau pakai gomen rate, lagi masyuk!


Lepas mandi manda, kitaorang g melancong ke pantai Teluk Likas. Ini yekla view di Teluk Likas. Apa yang ada dekat sinin? Ada pantai la op koss! Terletak lebih kurang 5km dari Centre Kota Kinabalu. A very nice place tuk menenangkan fikiran dan beriadah. Kalau ke depan sket, ada tempat makan2 gitu. Kalau tengok gambar no. 2 tu dah macam kat Hangang River, seoul gitue! Awwww!! Dari pantai kitaorang ke Anjung Senja, tempat makan2.


Monday, 11 July 2016

Raya Di Pejabat Daerah

Hari ni kitaorang beramai-ramai serbu pejabat daerah untuk menguruskan hal-hal peninggalan my dad. Pengajaran yang aku dapat is kalau kiranyalah kome ada reta, siap2 la bagi penama or tukar nama dekat anak-anak kalau intention kome memang nak bagi anak-anak. Lagi banyak reta yang kome tinggalkan, lagi banyak la urusannya. Esp kalau anak kome anak perempuan, lagi la kome kena urus dengan baik.

Aku harta-harta benda ni I am not intereseted at all. Aku pun belum tentu boleh hidup bepuluh tahun nak gilakan sangat harta. Orang kata simpan la harta untuk anak cucu tapi aku tak fond of that kind of idea. Pada aku harta mak bapak aku, harta dorang. Aku tadak hak walau sesen pun kalau dorang tak mo turun kat aku sebab itu memang harta dorang. Konsep harta mak bapak harta kita tu tak apply atas aku sebab pada aku masing-masing patut bertanggungjawab atas diri sendiri dan tak perlu mengharap apa-apa dari orang hatta mak ayah sendiri. Kalau tiada, jangan meminjam jangan meminta-minta. Hidup dengan apa yang kita ada, cukup ataupun tidak sebab kita sendiri bertanggungjawab atas diri sendiri. Kalau tak cukup, cari. Kalau kurang, usaha. Jangan meminta!

Apa guna ada sedara mara kalau tak boleh nak tolong? Kalau aku sedara kau, aku bagitau la siap2 aku memang takkan tolong tambah lagi kalau apa yang berlaku sebab ko buat decision yang bangang dan cari nahas. Kalau kau masuk penjara or kena gantung, biarlah kau kena agar kau dapat belajar tentang hidup. Dalam hidup, kita perlu bertanggungjawab. Itu kunci utama kehidupan. Dalam apa sahaja perkara, perlu ada rasa tanggungjawab.

Sunday, 10 July 2016

Raya Lagi

Kalau semalam raya sampai ke Papar.. hari ni kitaorang raya dekat pekan plak lepas balik raya dari rumah ankul2 ahkak. Lepas dari pekan, duk umah la apa lagi!

Saturday, 9 July 2016

Raya Sampai Lebam

Hari ni ahkak and the gang memulakan sisi beraya. Biasanya kitaorang pun tak pergi banyak umah. Paling2 4 or 5 rumah je. Hebat tak? Muhuhahahahah.. Antara umah yang kitaorang pegi is rumah nenek, umah bapak tua & tengah ahkak.. rumah ankul2 2 or 3 buah. Tu je la.. taun ni kitaorang beraya jauh sikit. Ke rumah adik bapak ahkak di Papar & ke rumah kakak sepupu ahkak, juga di Papar.

Oh stress! Pagi Papar jem nak mamfus!! Merasa la malam baru sampai umah walaupun tak dapat tanding rekod ahkak yang pernah beraya sampai kol 11 or 12 malam kat belah si Chemba. Memang apa pun tak dapat lawan la rekod tu sebab masa tu ahkak belum pun 2 bulan lepas bersalin oke!


Dalam kitaorang stuck jem teruk, si Hannah chan jugaklah yang bijak recharge energy. Siap landing lagi dekat auntie..

Friday, 8 July 2016

Chef In The House

Ingatkan esok hari mak ahkak nak buat kenduri, skali reschedule ke ini hari pula sebab one of my sis nak balik kolej. Menu hari ni, sup daging, rendang ayam dan acar. Simple menu je.. sup my mom masak n rendang ayam ahkak masak. Nasib la adik beradik ahkak ni pandai pilih menantu yang pandai masuk dapur, ramai la tenaga kerja. Nak harap sedara mara tulung? memang tidaklah. Lagipon kitaorang dah besar-besar dan mempunyai kemahiran tinggi di dapur (phuiii!)... makanya masak la sendiri.

Ahkak kalau masak daging, anytime sap sap suiii tapi kalau masak ayam memang lemah! Nasib baek la berjaya jugak. Kenduri berjalan lancar cumanya macam biasala.. masa tahlil berapa kerat je tapi bila time makan.. tetiba jek ramai sampai 3 4 kali ganda. Herannn!

Thursday, 7 July 2016

Balik Kampongg Yeayy

Selamat Hari Raya Ke Dua.. hari ni kami baru nak balik kampong sebla ahkak. Flight kol 12.35, kol 3 lebih gak baru sampai KK. Ingatkan boleh la sampai kampung awal, sekali sewa kereta buat hallll la!

Always kalau balik kampung, memang part kereta ni memang big problem. Udahlah sewa mahal.. koman2 sekali sewa tu RM600 tapi bila ko dapat keta yang ntah hapa2 op kos la hati panasss kan. Pernah kena aircond tak sejuk.. itu yang paling worst la. Kali ni kena wiper angkang n spring keras. Ada plak orang kereta tu suh kitaorang g baiki kat workshop sebab ciput je katanya. Atuk kaw! Kitaorang ni nak cuti, apa ada halll pula nak fikir pasal kereta rosak. Berasap la laki ahkak nasib baik la laki ahkak tu cool. Kalau ahkak, xtau la apa jadik. Sudahnya malam la juga baru sampai kampung.

Wednesday, 6 July 2016

Selamat Hari Raya 2016


Selamat Hari Raya dari ahkak sekeluarga. Usahlah di tanya mana si anak sebab ahkak pun tak tahu di mana dah anak ahkak pergi. Dia tak sporting taun ni, so kami jek la bergambar. Jangan juga ditanya apsal ahkak nampak kurus sebab hakikatnya tidak. Bukanlah ahkak mengedit gambar2 ahkak, infact ahkak tadak buat apa2 pun. Timo kasih la Oppo kerana membuat ahkak nampak kuruih dalam gambar2 ahkak.

Raya pertama ahkak raya dekat belah si Chemba dulu... esok baru pulang kampung ahkak nun di bawah bayu.. ayayayayay!!!!

Monday, 4 July 2016

Balik Raya


Patutnya Sabtu tu dah balik umah in law tapi si Chemba kerjanya tidur tidur tidur.. dia punya tidur tu makanya hari ni lah baru nak balik kampung oke! Apa-apa pon yang happy si Hannah chan sebab dapat 2 lai gown baru dari auntie dia..