Monday, 11 July 2016

Raya Di Pejabat Daerah

Hari ni kitaorang beramai-ramai serbu pejabat daerah untuk menguruskan hal-hal peninggalan my dad. Pengajaran yang aku dapat is kalau kiranyalah kome ada reta, siap2 la bagi penama or tukar nama dekat anak-anak kalau intention kome memang nak bagi anak-anak. Lagi banyak reta yang kome tinggalkan, lagi banyak la urusannya. Esp kalau anak kome anak perempuan, lagi la kome kena urus dengan baik.

Aku harta-harta benda ni I am not intereseted at all. Aku pun belum tentu boleh hidup bepuluh tahun nak gilakan sangat harta. Orang kata simpan la harta untuk anak cucu tapi aku tak fond of that kind of idea. Pada aku harta mak bapak aku, harta dorang. Aku tadak hak walau sesen pun kalau dorang tak mo turun kat aku sebab itu memang harta dorang. Konsep harta mak bapak harta kita tu tak apply atas aku sebab pada aku masing-masing patut bertanggungjawab atas diri sendiri dan tak perlu mengharap apa-apa dari orang hatta mak ayah sendiri. Kalau tiada, jangan meminjam jangan meminta-minta. Hidup dengan apa yang kita ada, cukup ataupun tidak sebab kita sendiri bertanggungjawab atas diri sendiri. Kalau tak cukup, cari. Kalau kurang, usaha. Jangan meminta!

Apa guna ada sedara mara kalau tak boleh nak tolong? Kalau aku sedara kau, aku bagitau la siap2 aku memang takkan tolong tambah lagi kalau apa yang berlaku sebab ko buat decision yang bangang dan cari nahas. Kalau kau masuk penjara or kena gantung, biarlah kau kena agar kau dapat belajar tentang hidup. Dalam hidup, kita perlu bertanggungjawab. Itu kunci utama kehidupan. Dalam apa sahaja perkara, perlu ada rasa tanggungjawab.