Wednesday 4 April 2018

KGT Khas

Hari ni PM announce orang gomen akan dapat satu Kenaikan Gaji Tahunan Khas bulan 7 nanti. Ayayayaya.. kiranya tahun ni dapatlah 2 kali kenaikan gaji. Maybe sempena pilihan raya kot.. ahaksss. Kalau menang dapatlah, kalau tak maybe tak dapat la kot.

Lunch time tadi malas pulak nak makan kat cafe so aku g SPM dengan si Chemba. Kat SPM tu kalau part makan memang tak le meriah mana, tapi still better than SVM. Kitaorang lunch dekat Secret Recepi. Aku kalau g SC, selalu aku suka makan mee kari dia. Mahveles!! Si Chemba pula suka chicken chop dia. Dulu time ada laksa sarawak, rajin juga makan dekat SC. So far SC punya food tak mengecewakan..