Monday, 29 July 2019

Cuti-cuti KL Di Maya

Sempena cuti pertabalan Agong esok, kitaorang decide nak cuti-cuti KL. Kali ni destinasinya ke area KLCC. Kalau sebelum ni dah cuba hotel belah belakang & belah kanan KLCC, ini kali kami pilih yang belah kiri pula. For those yang bercadang nak menginap di area KLCC dengan budget tak lebih RM250 semalam tapi nak hotel dekat dengan Suria KLCC aku suggest samada duduk di The Zon belah belakang,  Hotel Corus @ Hotel Le Apple kat belah kanan dan Maya Hotel kat belah kiri. Semua within walking range yang dekat amat ke KLCC. Kalau ada banyak duit, boleh duduk Mandarin Oriental. Yang ini melekat dengan Suria KLCC.

Antara semua yang aku mention tadi, Le Apple aku tak pernah duduk. Actually hotel ni paling dekat dengan KLCC tapi kitaorang tak duduk sini sebab tak de pool, itu je. The cheapest aku pernah dapat untuk rate KLCC is The Zon, less than RM150 semalam plus breakfast & siap kena upgrade ke apartment 2 bilik.

Untuk percutian ni, kitaorang duduk di Maya Hotel. Yang ini yang paling mahal dan jauh dari KLCC kalau compare semua hotel yang aku mention tadi. Kalau mahal, op kos la hotel best kan. Yes, memang la best pun. Antara yang best pool tu ada jakuzi yaw.

Malam, kitaorang jalan-jalan nak cari makan. Boleh-boleh tak perasan ada mamak sebla hotel je. Kelazz kau mamak.. view santek sangat.

Friday, 26 July 2019

Nenek Datang KL

Hari tu Hannah pulang kampung, ini kali nenek pula datang KL. Ini kali teman nenek shopping sebab esok nenek dah nak balik kampung. Tengok la muka gembira nenek tu dapat shopping.. hohoii.





Thursday, 25 July 2019

Pisang Dan Ikan

Pernah nampak orang buat pisang sebagai lauk? makan dengan ikan pulak tu. Aku memang suka buat lauk si pisang ni. Kalau pegi Korea or Japan, if si Chemba mencari sayur potong aku pula mencari pisang untuk dibuat sayur dan makan dengan serunding or ikan bilis. Makan macam tu dah rasa lazat ya amat oke! Sebab tu kalau ke keluar negara kami takde isu pasal makanan ni.. yang penting ada nasik. No nasik no talk.. tu je syarat dia. Lain-lain tu tadak hal oke!

Tuesday, 23 July 2019

Terjebak Beyblade


Tah apa kena kawan aku dua orang ni.. tetiba dorang terjebak main beyblade. Yang kecik tu tahan lagi.. yang tuha tu pun sama naik.. hahaha. Bukan main lagi beraksi skali kalah dengan anak dia. Ini gara-gara terpengaruh dengan anak buah aku la ni, si Adam.

Sunday, 21 July 2019

Love Love 020


Ini yeklah drama kegemaran aku oke! Tajuk Love O2O. Suka sebab hero dan heroin dia ensom dan santek.. itu wajib.. hahaha. Aku kalau nak tengok drama hero dan heroin kena santek dulu.. jalan cerita kemudian. Hahahaha... tapi kalau cerita tak best tak tengok jugak la. Dalam drama ni aku paling suka part dorang berjumpa face to face for the 1st time. Mamat tu budak paling pemes dekat kolej so ramai peminat termasuk la minah tu. Minah tu pula suka main game dan selalu chat dalam game dengan sorang mamat tapi dia tak tahu rupa-rupanya mamat dalam game tu dalam real life yekla mamat yang dia minat. Awww.. lope sangat!

Monday, 15 July 2019

Budak Demam

Hari ni ada budak masih demam so malas nak hantar ke sekolah. Maka membontot la si kecik ni ke opis. Kat opis aku ni, aku je yang selalu bawa anak pegi opis, since dia baby lagi. Rasanya takde yang bawak baby pegi opis pun.. hahaha. Anak aku ni memang behave sejak azali. Member yang kat cubicle luar pun kata macam takde budak je. Menangis tidak, buat hal pun tak. Tapi ada sekali la dia buat hal.. habis dinding opis aku penuh ikan dibuatnya.. hahaha

Friday, 5 July 2019