Monday, 29 July 2019

Cuti-cuti KL Di Maya

Sempena cuti pertabalan Agong esok, kitaorang decide nak cuti-cuti KL. Kali ni destinasinya ke area KLCC. Kalau sebelum ni dah cuba hotel belah belakang & belah kanan KLCC, ini kali kami pilih yang belah kiri pula. For those yang bercadang nak menginap di area KLCC dengan budget tak lebih RM250 semalam tapi nak hotel dekat dengan Suria KLCC aku suggest samada duduk di The Zon belah belakang,  Hotel Corus @ Hotel Le Apple kat belah kanan dan Maya Hotel kat belah kiri. Semua within walking range yang dekat amat ke KLCC. Kalau ada banyak duit, boleh duduk Mandarin Oriental. Yang ini melekat dengan Suria KLCC.

Antara semua yang aku mention tadi, Le Apple aku tak pernah duduk. Actually hotel ni paling dekat dengan KLCC tapi kitaorang tak duduk sini sebab tak de pool, itu je. The cheapest aku pernah dapat untuk rate KLCC is The Zon, less than RM150 semalam plus breakfast & siap kena upgrade ke apartment 2 bilik.

Untuk percutian ni, kitaorang duduk di Maya Hotel. Yang ini yang paling mahal dan jauh dari KLCC kalau compare semua hotel yang aku mention tadi. Kalau mahal, op kos la hotel best kan. Yes, memang la best pun. Antara yang best pool tu ada jakuzi yaw.

Malam, kitaorang jalan-jalan nak cari makan. Boleh-boleh tak perasan ada mamak sebla hotel je. Kelazz kau mamak.. view santek sangat.