Sunday, 11 August 2019

Melaka Yo!

Hari ni tetiba dari kampung kami sampai pula Melaka. Cuti sempena raya haji harus la cuti sungguh2. Since dorang si Chemba adik beradik ni tak plan betul2.. merasa la bayar hotel mahal tapi dapat hotel atas rumah kedai je.. hahaha. Ini Melaka oke.. kalau weekend lagi2 musim cuti memang hotel penuh. Since percutian ni bawah biaya laki aku.. aku ikut saje 😅 Kami duduk dekat Hotel Supreme, area Kota Laksamana. Hotel tu kat dalamnya ok je cuma letaknya atas rumah kedai. Area tu pula area Chinese.. memang takde pilihan. Kalau nak makan memang agak mencabar tapi nasib baik ada Old Town bawah tu. 

Malam kami keluar makan.. pusing sampai ke Klebang tak de kedai makan melayu bukak. Padan la muka sebab datang masa raya haji. Orang raya ko becuti kan! Kami singgah dekat one and only malay restoran yang buka malam tu, Sham Seafood. Memang aku sumpah restoran ni dan tidak la aku datang lagi.