Thursday, 22 August 2019

Penang Aku Mai Lagi

Kalau cakap melancong dalam negara, KK and Penang memang on top of my list la. So ini kali kami ke Penang ikut si Chemba mesyuarat. Wuhuuuu... paid trip! Ada hati nak bertolak awal kononnya pagi ni sebab driver mengantuk semalam, schedule jam 9 pagi, 10 setengah juga la baru gerak. Hahaha.. aku rasa sindrom ketuaan membuatkan aku dah mula lost track of time (*alasan!)

Waze kata 4 jam ja, well.. waze memang bukan ble pakai sangat. Dia ingat laki aku tu driver F1 kali. Laki aku kalau drive, kancil pun boleh potong dia oke! Dia kata nak laju2 bukan boleh p syurga pun (tu aku yang cakap! ;p) Dalam 3 setengah baru nampak bayang jambatan kedua pulau pinang. Selesai urusan cek in bagai, jam 4.30 la juga baru masuk bilik. Oke laaaaa…


Kali ni menginap di studio suite, The Gurney Resort Hotel & Residence Georgetown. Biliknya besar amat (claimed to be 515 sq.ft) tapi look a bit 'tired' suda. Langsir belobang2 kecik, rupa pun macam bertahun x tukar2. Dalam bilik ada sofa, table makan dan work table. Dalam bilik air pula ada closet dan jakuzi. By that info, boleh imagine la how big the room is kan!

Since x eksaited sangat, lupa mo tangkap gambar bilik. Adoiiii! Overall ok2 la hotel dia cumanya now lift ada 2 ja function daripada 3. Kalau selalu aku pegi hotel tiada la bersesak2 dalam lift, ini kali laaa. Tunggu lift sudahlah lambat, ramai orang lagi. Worst, dari parking underground ke lobby tadak lift! Itu kira worst suda tapi ada yang paling worst which is bila bilik ko sebla lift pit dan katil ko betul2 la di dinding pit tu! Arrrrrghhhh... mula2 ingatkan orang buat renovation tapi jam 12 pagi pun still eek ook eeek ook.. ada hantu ka buat kerja.. then baru terfikir sebla tu lift. No wonder la. Sudahnya nda dapat tidur sangat T_T

The best part of this hotel is the pool. Ada 2 pool, for kids dan adult. For kids tu poolnya besar, ada mushroom rain dan slide. Untuk yang tuha, ada infiniti pool dengan kedalaman 1.5m... quite deep la juga for me yang 1.6m ni. Pool dia mengadap laut op korse. They provide quite a space jugakla area pool tu.. very nice!


Walaupun orang kata penang ni antara food heaven di Malaysia, kami malas mo keluar explore. Untuk dinner, kami order grab food mee udang dengan mee goreng ja la.