Hari tu masa ronda dekat Aeon dah nampak dah benda alah ni. Masa tu malas nak beli dulu sebab kaler tak cantik tapi since di adik ni tidur agak lasak sampai ble jatuh dari tilam dia dan kami plak badan dah macam gajah.. takut terhimpit maka kami decide beli je lah. Harga kalau beli dekat Aeon dalam RM139 tapi online Shoppee boleh dapat dalam RM99. Tilamnya nipis, seswai la kalau nak co sleep. Datang sekali dengan kelambu.. kalau rumah banyak nyamuk memang seswaiii
“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Sunday, 28 February 2021
Sampan Bayi
Hari tu masa ronda dekat Aeon dah nampak dah benda alah ni. Masa tu malas nak beli dulu sebab kaler tak cantik tapi since di adik ni tidur agak lasak sampai ble jatuh dari tilam dia dan kami plak badan dah macam gajah.. takut terhimpit maka kami decide beli je lah. Harga kalau beli dekat Aeon dalam RM139 tapi online Shoppee boleh dapat dalam RM99. Tilamnya nipis, seswai la kalau nak co sleep. Datang sekali dengan kelambu.. kalau rumah banyak nyamuk memang seswaiii
Saturday, 27 February 2021
Mata Siapa Lebih Bulat
Hero aku yang sorang ni agak bulat matanya.. kalau kakak anak adih yang ini memang geng aku. Muhuhahaha.. orang bilang berbaloi kena putung sebab yang keluar ikut muka mama π
dia ni bukan takat mata je sama.. itam bawah mata tu pun nak juga sama dengan mamme.
Friday, 26 February 2021
Owl In The House
Ini la dia, diffuser Yong & Living. Cute kan? Yang ni ble dengar bunyi pantai, bunyi burung.. boleh la buat fefiling di pantai or hutan. Ada lampu boleh tukar kaler juga.. memang kiut. Aku beli share dgn my sis.. dia amik diffuser jenis lain. Apa yang best Y&L ni? Tah la.. orang cakap best so kita cuba la try test.
Thursday, 25 February 2021
Jumpa Bayi Comel
Hari ni pegi collect YNL diffuser dekat my sister so dapatla jumpa baby cumil.. nasib cobit.. kalau tak memang dah gigit2 la pipi anak buah aku ni. Walapun dia dengan adik lahir beza sebulan je.. berbeza nau dorang. Adik ringan nau.. dia ni pula boleh tahan berat. Rambut nipis pipi pau.. odoii gerammm
Tuesday, 23 February 2021
Taska Visit
Hari ni kami melawat taska adik. Alhamdulillah kali ni dapat taska bawah rumah je. Kami dah secure tempat adik ni dari awal lagi.. takut tempat limited. Taska sekarang limitkan intake baby.. ada 2 orang je dorang akan ambik. Nasib book awal.. kalau tak payah jugak la. Nampak taska ni proper dan selesa.. harap2 adik ok la dekat sini.
Monday, 22 February 2021
Ada Parking Sudaaa
Sepanjang servis.. first time oii aku ada designated parking.. hahahaha. Aku da servis 12 tahun oiii!! Haha.. kesian tak? Nasib baik juga la parking ni dekat tingkat 2 je so takde la kena pusing-pusing banyak kali nak turun naik parking.
Friday, 19 February 2021
Set Makeup Baru
Ini hasil pancingan dekat Estee Lauder semalam. RM200 dapat lipstick, lip gloss, mini mascara, mini eyeliner, mini serum, mini eye cream & set makeup yang ada 2 blusher dengan 6 eyeshadow. Pastu dapat la beg pink tu. Aku ni bukanlah spesis pakai makeup pun tapi suka nak membeli makeup ;p
Sunday, 14 February 2021
Karipap Roti
Nampak video orang buat karipap dari roti so aku pun cuba la.. buat karipap sardin. Lepas buat ini.. basahkan sket roti dan penyek. Lipat dua pastu masuk ini dan kelim kan. Tekan guna garfu je sampai melekat pastu goreng la sampai roti garing..
Saturday, 13 February 2021
132
Bukan main posing lagi hero dan heroin aku ni. Yang si kakak tu tak tahu apa angin dia nak pakai Cheongsam pula semalam ni.. sempena CNY konon. Baju tu aku beli masa dia tadika.. elok je muat lagi. Nampak nau kurus anak aku ni. Yang si adik tu pula memang pantang tengok aku angkat phone.. budak yang pandai tengok camera kata neneknya. Masuk ni dia dah nak masuk 4 bulan.. tak sedar, rasa macam baru je lagi saat-saat kelahiran dia. Alahaiii..
Friday, 12 February 2021
WFH CFH
Hari ni WFH so
Sempena CNY esok kami pun makan besar jugakla.. makan dalam kuali besar ni kira makan besar la juga kan? π aci la kan
Thursday, 11 February 2021
WFO
Hello KL! Hari ni aku kerja. Macam biasa la.. pagi2 kalau masuk opis mesti nak capture pemandangan KL dari toilet.. patut buat pintu toilet tu see through.. at least time2 termenung tu boleh menikmati pemandangan KL π
Monday, 8 February 2021
Norwex Kau Kayangan
Yeayy.. ini yeklah koleksi baru kain kayangan aku. Hari tu beli sendiri, kali ni dapat hadiah pula dari bos. Owh! So happy!! Kenapa kain ni kena panggil kain kayangan? Walaupun function dia sama je macam kain lap buruk kome tu tapi reganya boleh bawak mengucap ye. Selai kain ni maybe boleh dapat 40 ke 50 lai towel goodmoning oi π
Kalau terasa nak beli aku memang rekemen la sebab kain dia memang superb untuk kerja2 membersih ni.. tak pakai sabun pun tak pe dan menyerap dengan baik. Kain ni boleh digantung dan cepat kering.
Sunday, 7 February 2021
Ahjuma Penggoda
Tadi time tengok You Tube.. jalan-jalan Korea. Harem tergoda dengan menu roti ahjuma. Tak pe ahjuma.. bukan awak sorang je pandai.. kite pun pandai jugak la masak roti buh sayur buh cheese ni. Nasib masih ada sket balance sayur.. kalau tak meleleh je la air liur π
Friday, 5 February 2021
Pengalaman Hari Pertama
1st day dekat opis baru, bulan dah penuh baru keluar.. adoiiii!!! Ok, gambar tu edit je ye.. haha. Saja kasi gempak! Masa keluar semalam belum la gelap sangat pun sebab baru 7 lebih. Hopefully takde la kena kerja sampai lewat plak dekat new ofis ni π
Hari ni jadual aku WFH so duk rumah je la. Nasib baik pejabat baru ni masih guna WFH.. boleh la lagi nak manja2 dengan si adik.
Thursday, 4 February 2021
Opis Baru
Sebelum lapor diri singgah dulu pejabat lama tuk sarapan dengan geng. Actually aku pindah tak jauh pun.. sebelah blok je.. haha. Kalau sebelum ni aku buat maintenance kali ni aku kena masuk opis design. Worst dream come true la pada aku sebab masa junior officer.. time masih fresh tak dapat peluang buat design tapi bila dah tua2 kena lead team tapi ko as bos tak reti design.. memang kena gelak je la dengan anak buah π
Wednesday, 3 February 2021
Masuk Opis
Sempena hari pertama masuk kerja selepas cuti bersalin, harus la selfie bersungguh2 kan. As of hari ni alhamdulillah masih kurus sedikit berbanding sebelum2 ni.. haha. Walaupun hari ni hari 1st masuk kerja semula, hari ni juga hari last aku di pejabat ni sebab esok lapor diri di pejabat baru. Since perpindahan kali ni naik pangkat so aku takde buat penangguhan.
Nasib sebelum cuti bersalin hari tu aku da ada kemas bilik aku ni. Takde la kelam kabut sangat nak kemas lagi. Tu je la barang aku pun π Sedih la nak meninggalkan pejabat yang aku da duduk 8 tahun ni.
Tuesday, 2 February 2021
Tudung Saji Bertingkek-tingkek
Apakah? Inilah tudung saji viral kononnya. Aku beli sebab benda alah ni praktikal untuk rumah aku yang kecik dan makanan yang banyak nak ditutup lagi2 anak aku. Kalau makan memang tak habis je memanjang π Oder shoppe kejap je sampai dan harga pun tak la mahal sangat. Memang rekomended la kalau nak beli benda ni.
Monday, 1 February 2021
Yasin & Tahlil Online
Hari ni kami ada sesi tahlil dan yasin online belah si Chemba. Bukan main lagi adik tu dengan baju melayu. Aku ada belikan sehelai jubah untuk bawah setahun tapi boleh pulak tak muat.. adoiii saba je la. Nak kata anak aku ni saiz besar aku rasa tak pun. Nasib murah je π
Subscribe to:
Posts (Atom)