Wednesday 3 February 2021

Masuk Opis

Sempena hari pertama masuk kerja selepas cuti bersalin, harus la selfie bersungguh2 kan.  As of hari ni alhamdulillah masih kurus sedikit berbanding sebelum2 ni.. haha. Walaupun hari ni hari 1st masuk kerja semula, hari ni juga hari last aku di pejabat ni sebab esok  lapor diri di pejabat baru. Since perpindahan kali ni naik pangkat so aku takde buat penangguhan.


Nasib sebelum cuti bersalin hari tu aku da ada kemas bilik aku ni. Takde la kelam kabut sangat nak kemas lagi. Tu je la barang aku pun 😭 Sedih la nak meninggalkan pejabat yang aku da duduk 8 tahun ni.