Lunch tadi date dengn si Chemba.. pegi dekat My Kori belakang rumah ni sebelum si Chemba solat jumaat. Lama dah tak makan My Kori. Personally aku bukanlah penggemar sebab rasa dia tak kena dengan tekak. Actually sebelum ni ada satu kedai bingsu dekat area rumah ni.. yang tu memang sedap sebab Korean based.. yang My Kori ni Japanese. Malangnya kedai bingsu tu dah tutup T_T.
Bincang-bincang, si Chemba teringin nak pegi hotel kegemaran dia Sunway Velocity Hotel.. jadi petang tu balik kerja kami terus je menuju ke SV dan si Chemba sorang balik rumah ambil barang. Macam tu pun boleh kan? Hahahaha.. no worries sebab si Chemba memang da terbiasa packing barang kami ke hotel. Ini bukan kali pertama bini dia buat ‘hal’!
Kami suka hotel ni sebab senang dalam mall. Ini kunjungan kali ke berapa da tak ingat dah. Yang aku paling ingat 1st time kami datang sini malam tahun baru yang ada konsert bagai dekat luar tapi tak dapat nak join konsert tahun baru tu sebab ramai nau umat. Hotel ni bersih dan tak ramai orang. Cuma kat toilet dah ada la kulat2 dekat sink joint dia, overall bersih dan cantik. Harga pun affordable. Antara yang best juga, Sunway ni ada jv dengan Tanamera. Tengoklah shower cream, shampoo dan hand wash dia tu… menarik kan. Kalau beli sendiri mahal juga tu.