Saturday, 17 September 2022

Masih Di Hard Rock Hotel Penang




Aktiviti kami hari ni sarapan. Lepas sarapan pegi tangkap gambar seround. Lepas tu naik bilik mandi, tidur, order grab untuk lunch. Then petang, pegi beach dan mandi pool. Malam dinner maggi. Begitulah hari kami tamat tanpa keluar langsung dari kawasan hotel.. hahaha. 

Kalau semalam apa yang aku makan semua tak sedap.. hari ni pun begitu la juga. Sarapan hotel rasanya teruk.. kurang rasa here and there. Aku ingat aku je.. laki aku pun complain. Untuk lunch, order Grab Nasi Kandar Sulaiman.. at least better la dari Nasi Kandar Pelita yang kami oder semalam. Cuma pizza yang aku order time dekat pool dari restoran Pizzeria tadi rasa sedap la jugak.

Friday, 16 September 2022

Hard Rock Hotel Penang Staycation





Hello Penang!!

Lepas subuh kami gerak ke Penang. Kereta agak banyak tapi smooth traffic walaupun ada juga la sangkut sikit area Perak. Dalam jam 11.22 kami da sampai Jambatan kedua Pulau Pinang. Since masih awal, kami singgah jap makan dekat 1st Avenua Mall untuk lunch di Chicken Rice Shop. Lepas lunch terus la kami ke Hard Rock Hotel Batu Frengghi. Alhamdulillah dalam jam 3 check in orang tak ramai lagi. Kaunter pun laju sebab buka banyak. Malangnya bilik tak ready lagi so kami diminta tunggu kejap dan diberi kupon untuk minum dan menikmati snek di restoran Starz Diner. Dapat la sebakul keropok dan free flow coffee. Baru je nak minum cappuccino sampai muntah da dapat call bilik dah ready. Bilik kami dekat level 1, katanya mountain view skalik cuma view oudoor unit dekat bumbung bangunan depan bilik dan view kondo seberang jalan.. view mountain nya sikit je. Nasib la labu.. bayar 700+ dapat bilik basic je. Sapa suruh book lambat. Bilik memang tiptop. Toilet wall jenis yang ble slide dan buka.. takat nak buat tiger show lepas la.. hahaha

Dalam jam 5.50 kami lepak dekat pantai. Ingat nak tunggu sunset tapi sebab cuaca mendung maka sejuk la pulak. Adik tak de baju renang.. ada seluar je. Kesejukan la dia.. tapi sempat juga la mandi pool kejap. Dalam 6.35 kami naik sebab dah tak tahan sejuk. Vibe dia ala-ala macam Shangrila  Tanjung Aru KK cuma saiz pool kecik la sket kalau compare.. tapi best sebab ada beach yang luas. Puas la kalau ko nak berenang bertepian atau belari ala Baywatch sepanjang pantai tu. Malam tak keluar ke mana.. order Grab pastu topup la dengan room servis. Orang kata Penang sorga makanan tapi tak tahu di mana silapnya semua yang aku makan hari ni memang tak sedap.. hahaha. Hotel punya spaghetti pun ya rabbi.. tak sedap tahap teruk dengan spaghetti kejung. Dinner Nasi Kandar Pelita.. nama dah hebat tapi rasa tak ngam tekak.. sedap Saddam lagi.