Saturday, 17 September 2022

Masih Di Hard Rock Hotel Penang




Aktiviti kami hari ni sarapan. Lepas sarapan pegi tangkap gambar seround. Lepas tu naik bilik mandi, tidur, order grab untuk lunch. Then petang, pegi beach dan mandi pool. Malam dinner maggi. Begitulah hari kami tamat tanpa keluar langsung dari kawasan hotel.. hahaha. 

Kalau semalam apa yang aku makan semua tak sedap.. hari ni pun begitu la juga. Sarapan hotel rasanya teruk.. kurang rasa here and there. Aku ingat aku je.. laki aku pun complain. Untuk lunch, order Grab Nasi Kandar Sulaiman.. at least better la dari Nasi Kandar Pelita yang kami oder semalam. Cuma pizza yang aku order time dekat pool dari restoran Pizzeria tadi rasa sedap la jugak.