Saturday, 8 October 2022

Rocky Farm Ipoh Staycation



Dalam jam 2 lebih kami bertolak ke Ipoh. Rasa macam malas nak gerak hari ni tapi sebab si Chemba kata ok je.. boleh la. Tadi pun dah siap kemas dan bersihkan rumah so senang la sikit hati nak pegi bercuti. Kali ni aku berjaya memadam Rocky Farm dari bucket list hotel sebab sebelum ni dah book tapi plan cancel. It took us 4 hour oke.. dalam jam 6 lebih baru kami sampai Rocky Farm, itupun setelah menempuh jem yang tak dapat dikenal pasti kenapa sebab takde pun accident dan kereta takde la nak kata banyak sangat sebab at some point jalan clear je. Dalam 15 minit sebelum kami sampai tu owner dah call tanya bila kami nak sampai. Rocky Farm ni bukan hotel, tapi homestay maka check in kenalah ikut time owner. Kalau tak silap dorang dah tetapkan check in dari jam 3 petang ke 8 malam. Kalau nak ke Rocky Farm kena exit Plus dekat Simpang Pulai.. bukan Ipoh sebab homestay ni terletak di Simpang Pulai, dalam 12 kilometer dari bandar Ipoh. 

Homestay ni terletak dalam kawasan kilang dan taman perumahan Pulau Jaya. Tak jauh dari homestay ni memang banyak kedai-kedai. Masa kami lalu tadi siap ada pasar malam lagi. Tapi lepas masuk je gate, tetiba rasa macam dalam hutan dengan gunung batu dan semak nya. Sebab tu la kot nama tempat ni Rocky Farm.. sebab memang dalam kawasan gunung batu kapur. Luckily owner call tadi, kalau tak mesti kami tak tau nak contact sapa nak suruh dorang bukak gate sebab aku book through Booking.com. Since ini private property, memang kena ada authorisation baru dibenarkan masuk. Aku call owner & dorang buka auto gate. Masuk2 gate, dah nampak kolam pancing. Nasib laki aku bukan kaki pancing.. kalau tak mau tidur dekat kolam malam ni.. hahaha..

Laluan nak masuk tu jalan kampung je, tak jauh pun masuk dalam. Sampai2 dah ada orang tunggu. Takde proses check in apa pun.. terus je masuk bilik takde daftar apa.. haha. Kami diberi kunci pintu rumah, pintu bilik dan  auto gate. Homestay ni ada 3 konsep rumah, sebuah semi detach japanese house 2 tingkat.. tak sure ada 2 or 4 bilik dalam tu.. europian villa yang ada 4 bilik dan 2 buah seashell inspired house. 

Bilik kami family room di Europian Villa. Dalam villa ni ada 4 bilik. Takde ruang tamu pun.. kalau nak lepak boleh lepak dekat luar bilik ada kerusi dan meja.. belakang tu pun ada garden. Biliknya agak besar dengan sebuah katil king dan dining table for 2. Iron, berus gigi, telefon dan kettle tak disediakan tapi ada la teh & nescafe, sabun, shampoo, hanger, tuala, jug dan cawan. Kalau nak air minum atau nak air panas, dekat luar ada disediakan water dispenser. Bilik memang bersih dan chantek cuma yang tak best tilam dia keras ya rabbi. Aku ni dah la spesis yang tak boleh tidur tilam keras.. rasa macam lebam badan ni bangun tdo. Memang tak la aku dapat tidur.. tambah lagi yang kecik dua orang tu menghimpit tak hengat. 

Terpaling cantik dekat situ dah tentu la Japanese house. Aku teringin nak duk situ tapi dah fully booked. Terasa macam betul-betul dekat Jepun oke.. sebla rumah tu ada tasik.. memang cantik sangat. Rumah yang seashell tu pun unik. Overall memang cantik kawasan dia cuma dari segi asthetik keselurhan tak berapa teratur dan kemas la pada aku. Tempat parking tu dorang letak barang2 & pejabat dobi. Memang nampak buruk la padahal parking Europian Villas tu laluan utama so memang nampak la. Tapi no hal.. memang tempat ni cantik dan unik. 

Malam kami duk bilik je.. lepas solat si Chemba keluar cari makan dekat pasar malam.   Walaupun tak de wifi, at least ada la Astro. Lantai bilik plak licin, makanya kami berpesta skating la anak beranak sempena tunggu makanan sampai.