Since flight kami esok, aku malas nak terkocoh kacah dari kampung so kami lepak KK je malam ni. Ini kali kami stay di Pacific Sutera Harbour. Thank god tak dapat free upgrade ke Magellan Hotel.. hahaha. Orang lain happy dapat upgrade aku pula sebaliknya 🤣 Sebelum gerak tadi kami sekeluarga with my mom and sisters sempat lunch dekat restoran sup ikan. Mak aku kata sedap. Aku pada awalnya skeptikal juga sebab selain ikan goreng, aku memang tak makan ikan masak berkuah di kedai melainkan ikan tu digoreng terlebih dahulu. Tapi mak aku benarrr kerana sup ikan tu benar-benar sedapzzz. Lepas konyang, dalam jam 3 lebih kami gerak ke KK. Sepanjang perjalanan huja lebat uii.
Dalam jam 5 lebih kami sampai hotel. Last time kami ke sini, hotel tengah renovate kot tu yang kena transfer ke Magellan. 1st time aku lepak hotel ni time si kakak kecik. Masa tu lepak semalam dengan bapa & mama sebab si Chemba dekat KL. Time tu rate hotel memang kayangan la starting at RM500++ kalau aku tak silap dan op kos la bukan aku bayar masa tu sebab aku ikut program.. hahaha. Kali ni aku bayar tapi harganya cuma RM180 je semalam. I consider it toooo cheap lah compare dengan what the hotel offerred. Ada pool besar, ada pantai, tak jauh dari airport dan bandar KK, ada padang golf lagi.. mana nak dapat rate tu. Ketawa oppa bayar harga bilik sebab tu dorang ramai dekat sini. Tapi masa aku check in tadi ada juga oppa kedekut. Mahal nau kata dia 🤣 tak tau la apa masalah dia. Aku rasa dia macam salah book guna rate local kot sebab rate foreigner lagi tinggi.