Showing posts with label HongKong. Show all posts
Showing posts with label HongKong. Show all posts

Wednesday 11 February 2015

Hong Kong : The Untold Story Of Unique Hong Kong

Antara perkara-perkara yang membuatkan aku akan mengingati Hong Kong, not in order, first of all is their escalator. Escalator dorang laju okeh. Memula tu rasa cam perasaan jek kot tapi memang lah, memang laju! Sepanjang di sana kitaorang asyik dihantui bunyi tetetetetetetetet.. itu le bunyi escalator depa yang agak kuat dan bising. Selain tu, depa juga ada series of escalator sepanjang 800m yang reversable.Yang ni nak cuba next time sebab hari tu tak sempat.

2nd, orang depa tak mesra alam. Aku hari tu nak beli Ocopus Card, tadak salam tadak apa apek jaga kaunter tu terus2 tanya aku, what u want?! Masa g ladies Market pun, cenggitu jugak. Kalau kat Mesia pekedai either tak layan ko or terlebih layan sampai terasa ala2 akak penjual tu kawan ko pulak tapi dekat Hong Kong dengan muka masam tak senyum, either di bolayan  or layan ko dengan pertanyaan direct to the point, what u want?! Takde bahasa bahasi cam kita, alih2 terus... what u want! Kalau kat Mesia cenggini, jangan harap aku nak beli kat kedai ko!

3rd, kalau di Seoul signal wifi merata tapi kena bayar or kena ada subscription to the plan.. kat Hong Kong sila dengan senang hati bertenet dengan free sebab gomen depa baik offer free internet dekat banyak tempat especially dekat tempat bersantai & park.

4th, banyak bebenor bangunan pencakar langit, Hong Kong rank 1st dalam list cities with most skyscrapper dengan 302 building followed by New York. KL? duk no 47 jek oke. Kalau g jenjalan dekat area Causeway Bay tu, kat bawah bukannnn mainnn lip lap tapi kalau ko dongak ke atas, alaaaaahaiiii! Huduh bebenor oke pemandangan umah orang semuanya. Maybe sebab dorang tak cukup tanah la kot, tu yang cramp tu.

5th, Hong Kong is a fusion of new and old, west and east. Biasanya store barang2 branded like Coach ka apa ka, kita akan nampak depa bina dekat area2 elite yang bangunannya chantek2 belaka tapi kalau kat Hong Kong. Sebla tu branded, sebla tu kedai2 buruk.

6th, kalau nak rasa naik train lalu tunnel dalam air... kat Hong Kong ada. Masa lepak2 dekat TTS Promonade, pelik juga macaman la keta or MTR dorang cross ke HK island sebab tak nampak pun connecting bridge crossing the harbour. Rupa2nya depa ada under water tunnel yang depa panggil cross harbour tunnel. Walaupun idakle kome nampak air masa lalu kat bawah from TTS station ke Admirality station tapi the feeling of knowing you are down there cam, wow la jugak.

7th, Hong Kong is the city of light. Kalau memalam melepak dekat TTS Promonade tu.. memang best gila. Watching the light show from the harbour.. I have no words to explain.

8th, bamboo scaffolding. Merata2 tempat kitaorang tengok construction, they use bamboo scaffolding. Unik eh.

9th, public toilet. Masa mula2 tu risau jugak manala aku nak g chiching ni nanti kalau tak masuk shopping complex. Sekali bila sampai sana, fuh! toilet is the least of my problem. Walau tak secanggih dan sebersih toilet di Tokyo, kononnya ada 650 public toilet run by the gomen of HK. Gila hapa! And, you can even search dalam website Food & Environmental Hygiene Department of HK lokasi toilet2 tu. Fuh!! Toilet2 yang kitaorang pergi semuanya terjaga dengan baik.

Kalau nak list, memang tak sudah le nampaknya. What I mean to say is.. We love Hong Kong so much, sampaikan my husband berangan nak pindah duduk dekat Hong Kong oke!

Friday 6 February 2015

Hong Kong : The Untold Story Of Visiting Bank Of China Observation Tower

Inilah dia Bank Of China, Hong Kong. Apa yang ada di sini? op kos la uwang sebab dah nama pun bank! Tapi kami ke sini bukanlah untuk melabur uwang yang memang tiada. sekadar naik ke observation deck mampu la. The building terletak dekat Hong Kong Island. Kalau nak kesini naik MTR, boleh turun dekat stesen Central/ Hong Kong & keluar exit J. Kitaorang ke sini lepas turun dari The Peak while on the way ke pier untuk naik Hong Kong Flyer.

Ini adalah lobi bank. Bila sampai sini, boleh la g tanya dekat kaunter pertanyaan macamana nak lawat observation deck. Observation deck kat sini free, tu yang saja gatai nak singgah. Barang free mana bole tolak! Amoi reception tu kata kena scan beg dulu dekat scanner kat tepi kaunter tu. Pas dah ok baru datang balik ke kaunter. Then dorang akan cek passport & bagi pas masuk. Bila dah dapat pas, boleh la naik sampai level 43. Kat level 43 ni la ada small observation deck. It did not give you 360 degree view from top tapi boleh la nampak view tanah besar. Malangnya masa kitaorang di Hong Kong, jerebus tebal sangat sampai tak berpeluang nak enjoy the view from above. Agak rugi la jugak.. hopefully next trip terang benderang la HK ni.

Kat atas tu ada abam receptionist tapi dia bolayan jek kome sebab dia ni jaga kaunter tuk opis. Kat floor tu ada ofis, observation deck just a small part of it. Kalau tak nak spend money untuk enjoy the view from above, boleh la ke sini. Or else, labur sikit untuk harga tambang tram.. then enjoy free observation deck dekat Victoria Peak or lebih dikenali sebagai The Peak.

Small replica of HK Island
Yang tinggi dekat seberang tu Sky 100





Thursday 5 February 2015

Hong Kong : The Untold Story Of The Peak

Kalau ke Seoul memang tak sah kalau tak naik ke Namsan Mountain, makanya di Hong Kong pula ada Victoria Peak aka Austin Mountain aka The Peak. Whichever you call it, dia la tu.  Suka sangat kat situn, sampaikan sanggup nak naik 2 kali. Kalau naik Namsan Mountain guna cable car, ke Victoria Peak boleh naik tram... ala2 Penang cable car tuh!

Apa yang ada dekat atas? Kat atas ni ada 2 bangunan utama yektu The Peak Galleria & The Peak Tower. Both adalah shopping complex yang terletak berhadapan each other. Dekat The Peak Tower nilah terletaknya observation tower yang depa panggil Sky Terrace 428 kat top of the building, Madam Tussauds Hong Kong dekat LG dan The Peak tram upper terminus. Kat atas bukit tu ada 4 trail yang kita boleh pilih untuk enjoy nature. Kitaorang tak cuba, tau la badan berat ni kannn.. malas tah ku ingau! Kalau nak g garden keh, boleh la singgah ke Victoria Garden.

Macamana nak ke sini? Yang paling popular, orang naik MTR dan tram. Kalau tak silap boleh juga naik bas tapi kitaorang lebih senang naik MTR & turun dekat stesen Central/ Hong Kong. Dari situn ambik exit J cross Charter Garden. Cross jalan ke Garden Road, panjat jalan berbukit sket... tadaaa... sampai la ke The Peak Tram Lower Terminus. Kat situn boleh la beli tiket tram. Kalau beli return tram ticket + Sky Terrace 428, mjurah la sikit. HKD83 sorang dewasa.. lebih kurang 40 hengget la duit kita. Kalau single way dalam 28HKD, return dalam 40HKD.

Masa naik tram tu agak cuak la jugak sebab cam curam gilak je. It is said 45 degree is the steepest angle.  Perjalanan 1.4 km mendaki mengambil masa dalam 8 minit. Average waiting time nak dapat naik dalam 30 minit, depends on the crowd. Lagi ramai orang... lagi lambat la ko dapat naik ging! Masa kitaorang tu naik turun kejap jek tunggu sebab kitaorang pegi awal pagi. Maybe juga sebab masa tu jerebu teruk so orang pun malas la nak naik atas.

While on the way up and dow menaiki tram, boleh juga opt untuk stop. Just push the button dalam tram tu, nanti tram akan stop le dekat station yang kome nak turun. Apa yang ada kat station2 tu? Ntah la labu.. kitaorang pun tak tau. Antara intermediate station yang ada yekla Kennedy Road, Macdonnell Road, May Road dan Barker Road.

Keluar Exit J Central Station
Cross ke Garden Road, lalu depan Bank Of China.. straight up
Cross jalan lagi
Tadaaaa... da sampai Lower Terminus
Muka cuak
Happy finally...
The Peak Galleria

The Peak Tower
Akhirnya sampai atas! Macamana nak naik sampai ke Sky Terrace 428 nih? 1st kena la masuk building The Peak Tower then naik escalator pusing2 sampai atas. Make sure dah ada tiket. Kitaorang beli tiket dekat terminal tram kat bawah, so tak sure kat atas tu boleh beli dekat mana. Bila ada tiket, ikut jek arahan dekat tepi2 escalator tu.. nanti sampai le kome dekat atas. Sampai2 jek kome akan disambut dengan pemberian alat dengar yang akan explain history The Peak. 

Ini la gambar dekat atas.. actually kalau hari cerah boleh la nampak laut kat belakang tu.


Wednesday 4 February 2015

Hong Kong : The Untold Story Of Tsim Sha Tsui Area


Kata inchik google, inilah keseluruhan area Tsim Sha Tsui. Rasanya jalan kaki jek dah ble cover semua area sebab tak la besar mana pun area ni. Centered around Tsim Sha Tsui MTR Station & East Tsim Sha Tsui MTR Station, tempat ni memang hot untuk pelancong...

i) Muslim traveller
Kat sini terletaknya masjid Kowloon. Rules Of Thumbs, kalau ada masjid of course akan jumpa halal food. Since kitaorang bawak periuk nasi sendiri, we didnt bother to search. Considering the price, memang lebih baik la bawak beras sendiri. Ini antara restoran yang kami jumpa, Restoran Al-Maidah dan Istanbul kebab yang terletak dekat deret shopping complex I-Square, belakang Masjid Kowloon.

Harga? Boleh pitam oke. Nak tau berapa harga kalau convert ke RM, HKD bahagi 2.. itu la harga makanan depa bila convert ke duit kita. Per say.. nasik beryani ayam lebih kurang 45 hengget oke. Rules of thumbs jugak, halal food kat luar negara memang mahal!


Beryani 70 hengget oke!

ii)Orang honeymoon

Oke. Yang ni i am reffering to TTS Promonade. Ketahuan kan Hong Kong ni centered around harbour. Gomen of Hong Kong ni memang provide area seluas2 dan sepanjang2 harbour to untuk orang bersantai tak kira siang malam pagi petang sambil menikmati pemandangan laut & sky scrapper di seberang Hong Kong Island. Siang, maybe orang nak menikmati pemandangan pagi while petang maybe orang nak jogging or just enjoying the afternoon breeze. For malam, orang akan datang sini untuk enjoy show lampu from bangunan2 skyscrapper yang depa panggil The Symphony Of Lights. Or if you are lucky enough, ble enjoy Hong Kong Pulse 3D light show.

Selain tu, boleh la lawat Bruce Lee statue & tengok tapak tangan artis HK yang tertepek kat lantaiAvenue Of Stars. Kat sini disediakan kerusi yang banyak gila. Bukan takat duduk, ko nak baring2 pun tadak hal!

Symphony of light, start kol 8 sharp
Burus leih ow!!
iii) Shopping
Kat sini yang aku nampak banyak la jugak shopping complex like Parklane Shopers Boulevard, Victoria Mall, Sogo, I-Square, 1881 Herritage, Miramar Shopping Centre, Harbour City etc.. apart from kedai2 kecik yang tak terkira banyaknya.

iv) Backpackers or Flashpackers
Kalau nak duk hotel murah dan lokasi yang strategik, TTS la jawapannya. Kat sini ada banyak hotel murah yang terletak dalam bangunan Chungking Mansion & Mirador Mansion apart form hotel bertaraf 5 bintang yang reganya mencecah 5 6 ribu semalam.
Chungking Mansion kat belakang nun
 v) Free attraction
Semua yang aku mention dekat atas tu can be enjoyed for free. Jalan2 enjoy pemandangan di Avenue Of Star, nonton show lampu, tangkap gambar dengan statue Bruce Lee, ambil angin pagi petang malam tepi laut, window shopping, lawat Masjid, tangkap gambar dengan watak komik terkenal di Hong Kong.. semua free!

Sapa ntah ni.. hahaha


vi) Paid attraction
Antara paid attraction yang ada, muzium. Ada muzium sains & 3D Muzium. I am never a fan of muzium nor gallery tapi tergoda nak masuk muzium 3D. Kagum jugak la dengan lukisan2 3D ni.. gilos real!


Tuesday 3 February 2015

Hong Kong : The Untold Story Of Innsight Hotel, Tsim Sha Tsui

Inilah hotel yang kitaorang duduk masa dekat Hong Kong, Innsight Hotel yang terletak dekat area Tsim Sha Tsui. Hotel ni memang dekat gila dengan MTR. Nak acess ke MTR Tsim Sha Tsui, (TST) all i have to do is cross the small road depan otel, masuk ke lift sebla Mark & Spencer I-Square.. tadaaa.. sampai stesen.

Amacam? Suwittt kann!! Harga semalam? Aku bayar dalam HKD 2332 semalam, kalau convert ke RM @46.5 nilai tukaran dalam RM1084.38. Meaning dalam RM300++ le semalam. Yang ni aku booking through Booking.com. Rasanya ada yang murah lagi dari ni, yang direct bayar. I opted for yang boleh cancel up to certain date sebab tak confirm. Takut kang tak jadik pegi.

Biasanya kalau nak hotel murah di area TST ni depa akan pilih hotel or hostel yang teletak dekat Chungking Mansion or Mirador Mansion. Tapi yang malas tu tang lift sebab bangunan tinggi.. kompom nak kena berebut lift dengan ramai orang. Innsight ni terletak dekat Lock-Road Building, tak sure the bangunan ada berapa tingkat tapi hotel ni di tingkat 2 & 3. Lift dorang kecik oke, takat2 muat 1 stroller & 2 orang jek sekali masuk.
See through oke!
Since hotel ni share dengan building lain, so masa nak masuk tu kena ada password. Masa 1st time sampai kena dail interkom as per instructed dekat dinding nun. Nanti masa check ini hotel akan bagi 2 pass. 1st untuk main gate dekat bawah ni dan 2nd untuk masuk dalam bilik. Pass dekat main gate tu ada password so tak yah dah la every time nak balik bilik kena dail receptionist.


Cara nak ke sini, dari manapun kome.. 1st kena carik stesen Tsim Sha Tsui. Dari stesen, pilih exit H. Naik escalator 2 kali tuk sampai ke level GF, or boleh terus jek naik lift. Naik lift lebih senang sebab teruss kuar ke depan hotel. Hotel ni terletak betul2 depan shopping complex I-Squre dan terpisah dengan jalan yang kocik jek. See jarak antara I-Square & Hotel... dekat kann.. Land mark hotel ni, tu hah yang tulis Chun Kee tu. Reception counter dekat tingkat 3, they do not have proper counter, just a small area + table & fail2.. tapi budak kaunter tu bole espeeking english & layan kitaorang dengan baik. The counter buka 24 hr oke.. no worry! Masa check in akan dikenakan deposit 200HKD besides harga bilik. Deposit akan dipulangkan masa check-out.

Dalam bilik hotel depa tak bagi kettel tapi kat luar ada water dispenser so senang sangattt la nak minam air sejuk ke, panas ke. Kitaorang pilih bilik Comfort Double Room. Ada katil double + pluss pull out bed. Bilik ada tv, ada en-suite toilet, aircond, 1 plug point, daily boleh tukar tuala & provided dengan shower cream dan shampoo. Antara yang aku agak heran, kat HK ni depa suka benor dengan see through toilet oke! Nasib la ada langsir.. kalau tak mau pitam si kecik tengok mamme & dadde mandi.. hahaha..

So far tidur memang lena. The area tak bising sebab cam kat belakang2. Tilam tak la empuk macam hotel 5 star tapi sedap tuk tidur. For muslim traveller, kat sini ada la kedai2 makan halal. Kat deret hotel jek kitaorang ada jumpa 3 kedai.. tapi mahal oke! Nasik beryani RM 45- 70 hengget oke!! Memang idak la kitaorang singgah. Dekat hujung lorong, seberang jalan jek terus jumpa masjid Kowloon. Best kan?!

So, next trip nak duk sini lagi tak?? 200% sure memang akan pilih hotel ni lagi. Sangat-sangat recommended!



Sunday 1 February 2015

Hong Kong Part 1 Day 4

Destinations

Admirality St Area
- Central & Western District Promonade
- Tamar Park
Causeway bay St Area
- Hong Kong Times Square
- Fashion Walk
- Hong Kong Ikea
- Jardine Bazaar
Airport

Hari ni dah nak balik, sedeyyyy T_T Biasanya kalau ke luar negara kitaorang tak sabar nak balik but not this time. Rasa macam nak je stay lagi lama2.

Lepas check out, kitaorang tinggalkan beg dekat kaunter hotel & naik MTR ke Admirality St. Dari situ kitaorang jalan kaki ke area Central & Western District Promonade dan Tamar Park untuk enjoy the view from this side pulak. Pastu naik MTR ke Causewaybay area.. Omangggaiii... punya la ramai orang. Ala2 macam dekat Shibuya gitu. Penuh!!!!

Lepas shopping baju di Jardine Bazaar, kitaorang tersu patah balik ambil beg & direct ke airport.
@Times Square
@Central & Western District Promonade
Ikea Hong Kong

Saturday 31 January 2015

Hong Kong Part 1 Day 3

Destinations
i)  Tsim Sha Tsui St area
    - Kowloon Park Comic avenue
    - Hong Kong 3 D Museum
ii)  Kowloon St
    - Sky 100 Observation Tower
iii) Disneyland
iv) Tsim Sha Tsui area
    - TTS Promonade
    - 1881 Herritage
    - Clock Tower
    - I-Square