Monday, 11 March 2013






Apa matcam? Ada santik? Of kos la.. 5 star otel ni, Riyaz Herritage Marina & Spa kat Pulau Duyong, Ganu. Kos semalam stat from seraban oke! Tu publish rate la tapi.. Ble je dapat murah... Miahahaha. Tuk honeymoon memang seswaiii sangats. Tapi leceh.. Nak g mana2 kena naik buggy. Tu je yang potonggggg.

Sunday, 10 March 2013


Nasi goreng yang c chemba masak T_T terima kasih cimbummm... Love you sooo much

Sungguh2 laki ahkak masakkan nasi goreng udang banyak ni time ahkak tengah sedap berdengkur. Yela.. Esok kol 4.30 nak kena bangun sebab flight ahkak kol 8.15. Siyan dia, ntah kol berapa agaknya dia tdo. Uwaaaaaaaaaaaaaaa..... Next time tanak pegi dah.

Tadi pagi, before kol 8 ahkak da terpacak dekat KKIA. Hari tu time first time minam air gula, ok jek. 2nd time ni cam nak munta pun ada. Nasib laki ahkak teman.. Ada la juga penghibur sementelaah menunggu 2 jam nak kena amek darah tuk 2nd time. Paling stress sebab kena amek darah.. Eiiiiii! Lunyai tangan ahkak kiri kanan sebab amek darah ni.

Tetengah menunggu, ahkak sempat masuk kelas ceramah pasal penyusuan bayi. Laki ahkak duk eksited.. Sebok nak tahu ada model buat demo ke time ceramah tu. Overrrr ko maria!!

Saturday, 9 March 2013

Hari ni g jumpa lawyer kat Kajang pasal urusan umah. Tadaknya lawyer pun.. Legal assistant je kot. Tapi tengok cam ok la. This lawyer agent yang kenalkan. Actually lebih elok kalau appoint lawyer sendiri tapi since tuan umah appoint another lawyer, makanya ok la kot. At least they act for our interest.

Dapat quotation kos guamanan.. Dua jenis yuran akan dikenakan, one for urusan jual beli and one for urusan loan. Lawyer fees memang da distandardize base on %. Bergantung pada harga umah.. The more expensive the more la kos lawyer. Kalau umah below RM150k dalam 1%, next RM150k to 800k kalau tak silap will be reduced to 0.7%.. Then the % goes on. Ini untuk urusan jual beli. Untuk urusan loan pula will be using the same rules of calculation tapi the amount will be based on loan amount yang kita cadang nak pinjam.

Itu baru fees ok. Belum masuk documentations fees & urusan berkaitan. Say for RM200k++ house, expect minima dalam RM13k untuk urusan lawyer. Ada beran? This is for the case of sub-sale which is beli umah dari orang. Kalau direct dari pemaju which is rumah baru.. Mungkin ada la kot yang offer 0% lawyer fee etc. Untuk kes subsale ni, rasanya cash dalam tangan kena ada dalam 16-20% dari harga rumah termasuk deposit & lawyer.. Apa matcam? Bikin pitam kannn

Thursday, 7 March 2013

Kena minam air gula lagi?????!!! Tidakkkkkkkkkk!!!!!!

Sungguh tak patut hokey! Ini gara2 bos ahkak la ni nak jugaj ahkak p Ganu ngan perut boboyot ni. Eeeeiii!!!

Apa kes?

Tadi la.. Kunun nak g KKIA amek surat kebenaran dokter tuk fly. Misi kata elok la ahkak terus buat monthly cek cam biasa. So, first kena g buat urine test. Result, green. Green?!! Apakah? Ropanya ada gula suda. Ahlapak... Misi pun p consult dokter. Sudahnya ahkak kena minam air gula esok... Uwaaaaaaaaaaaa... Tanakkkkkkkk kooo

Monday, 4 March 2013

Lately adalah sangat sensitip. Smalam tengah lepak2 ngan c Chemba.. tengok muka dia, tetiba air mata ahkak menitis. Nasib ahkak dapat laki yang pandai memujuk walaupun dia pom sure kompius apa yang terjadik, dia pujuk gak ahkak cam dia ada buat salah plak.. miahahaha. Lil D la ni punya pasal! Siyan anak mamme kena salahkan.. hehe..

Hormon mengandung ni, macam2! C Chemba kata ahkak macam da sarat sangat. Hohoho.. apa tidaknya.. asal malam jek mula la sakit ahkak datang melawat. Tak sakit belakang, sakit kaki.. tak kaki, gastric sampai muntah muntih. Tapi yang paling sakit kat peha atas kaki kiri. Cam rasa nak tercabut pun ada rasanya. Kalau angkat kaki terasa cam ada batu jek terikat. Tido da tak bole langsung mengiring ke kiri. Lil D plak da stat pandai mengeras. Bila dia mengeras jek ahkak tepuk2 perut.. terussss duk diam2. Baik anak ahkak nih...

Tadi c Chemba miting kat Kepong. Abis miting dia terus collect ahkak n bawak g midvali. Singgah Jusco, terbeli plak baju baby.. akhirnya.. hohoho. C Chemba la risau, kot2 lil D tak sabar nak tengok dunia. So, kitaorang pun decide beli la beberapa pasang as preparation. Kot2 la kannn.. how would you know. At least kalau lil D nak kuar awal, ada lah baju anak ahkak tu.

Tetengah sibuk sopping, agent umah yang kitaorang sewa call. Tanya nak bili umah tak. So malam tu buat la sesi melawat seround. Plan nak beli apartment jek. Paling lama, mungkin pas 5 or 10 years jual. Taula kerja gomen ni… anytime boleh kena transfer. Tak pasal2 jadik gajah putih plak umha kitaorang nanti kalau tak duduk. Kalau beli umah yang ble disewakan anytime.. tak la pening nak bayar kalaupun tak duduk. Bayangkan harga asal umah tu 90k jek, back at 2005 .. time ahkak stat kerja KL tu ari taun 2009, less than 150k kalau tak silap ble dapat.. now da 265k pun ada. Bukan condo pom.. da la kecik. Ingat nak beli condo lama yang ahkak duk memula, dulu range dalam 180k or 220k jek.. skarang da cecah 410k pun ada. Gilos kan!

Sunday, 3 March 2013



Ini la perut ahkak ketika c kawan dalam perut ni berusia 27 minggu 3 hari. Yang tu kalau ikut clinical estimation untuk 28 hari period cycle. Kalau ikut yang ni, due date on 31st May la nampaknya. Kalau ikut 1st ultrasound scan, dia baru jek 26 minggu 4 hari, EDD on 5 Jun 2013. Lil D duk elok2 aaa dalam perut mamme. Mamme ngan dadde tak sabar ni nak jumpa lil D.. Mmmwahhhhh

Tadi ahkak bangun awal.. Kunun nak siapkan sarapan tuk c chemba. Tetengah sedap melantak bihun, alih2 perut memulas. Pas muntah seround, terussss tido sampai tengahari. Tah apa la pulak yqng ahkak salah makan. Now pun masih gak terasa memulas sikit2. Baru la nak g pameran barang baby kat KLcC kunun. Jemaat tu bebudak kat opis ajak g tapi macam2 alasan ahkak bagi.. Miahahaha. Sampai member tu cakap.. Ooo, pameran buku laju je tapi barang baby tak mo pegi. Ngeheheheh

Kunun nak g survey breastpump. Cadang nak beli Madela Freestyle. Ongkos nya lebih mahal dari ipad or tablet oke! Satu pump tu rega da dua raban. Banyak lagi pam lain tapi ahkak ni bukan la jenis yang rajin nak g surau pam susu rasanya. Kalau pakai freestyle, bebila pun bole pam. Tak pe la melabur sikit. Moga2 ahkak bole produce baaaanyak breast milk untuk lil D.

Saturday, 2 March 2013

Dah bulan 3 ropanya.. pantas tol masa berlalu..

Hari ni malas gila nak buat apa.. makanya ahkak ngan c Chemba cuma guling2 atas tilam sambil feelin2. Hohoho.. jangan bayangkan yang lebey2. Ahkak laki bini ni nimang da sebati ngan aktiviti cenggini. Suka santai2 & mengenang masa lampau sambil gelakkan masing2. Ahkak percaya suami isteri kena saling memuji, berkongsi rasa & memohon maaf bebila teringat walaupun takde terasa pung ada buat salah. Kadang2 kita tak sedar yang pasangan tu memendam rasa sebab kita tersalah kata tanpa kita sedari.

Walaupun tak buat hari2, those 3 things macam dah jadi rutin rumahtangga kitaorang. I am lucky to have a husband yang punya thinking synchronize with mine. Orang kata, tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Kuat mana pom kita tepuk kalau si suami tak macam kita, there is nothing we can do actually except membebel yang buat si suami annoyed, or menyimpan rasa yang buat kita ni macam bom jangka.. anytime ble melatop! Sebab tu orang pompuan ni toksah nak over sangat aih! Laki kita ni manusia biasa.. kang dia meletop, kan payah.

Ahkak ni nasib baik dapat asben yang sentimental & lembut hati. Baknya macam ahkak, hangin memanjang. Takde warning tak de bebel, ahkak da amik action yang biasanya extreme rather than bincang dulu. Mungkin sebab ahkak ni anak sulung kot. Tapi tu dulu la.. ngan c Chemba jek ahkak pandai jadik anak bungsu.. miahahaha. C Chemba kata, nasib baik ahkak tak pandai membebel. Hahahaha.. nasib baik oke! Tapi dia kata lagi, sejak2 preggy ni ahkak da pandai da membebel sikit. Miahahahahaha.. mungkin hormone nak jadik ibu ni kot yang buatkan ahkak da ada skill tu. Pandai jek kannn.. salahkan hormone plak!

Friday, 1 March 2013



Suma ni 'trophy' yang ahkak memang pas mengunjungi klinik kesihatan tadi. Susah2 tunggu dekat dua jam lebey semata2 nak jumpa dokter tapi dokter plak cam hampeh! Buang karan ahkak jek. Elok lagi g swasta.

Hari ni bukan ada appointment pun.. Terpaksa g sebab kaki kanan ahkak cam nak terchabut rasanya sampai tak ble tido satu malam. Rasa ngilu & sakit gila. Tiga sesi c chemba urut tapi tak elok2 juga. Siyan c Chemba.. Da la letey baru balik otstesen, alih2 kena urut ahkak. Ahkak pom tak paham.. Nak kata terlebey guna kaki idak la juga.

Wednesday, 27 February 2013


Apakah? ini yeklah gambar makeup kegemaran ahkak.. hoho. Ahkak tak kira ngandung ke idak, makeup tataps! Mungkin anak pompuan la kot sebab ahkak gemor melawa. Ala.. macamla sebelum ni ahkak tak melawa kunun. Ehem... walaupun tak lawa, ada aku kesah!! muhuhahaha. Dulu makeup ni jual kat small kiosk kat midvali nun.. now da ada kat Watson. Senang la nak beli... yeayyy. Suka make up dia sebab murah & berfungsi le kat muka ahkak ni esp mousse tu. Veli the light & senang nak apply.

Tuesday, 26 February 2013



As of today, kaki ahkak masih begini. Kacian deh loe..

Hari ni berakhirlah kursus fail meja ahkak. Hari ni kena naik lrt sbb c chemba otstesen T_T Kalau dulu sepantas kilatz kunu boe sampai lrt, ni kali kura2 pun manang. Betapa selow la ahkak berjalan dengan membawa c lil D yang asyik menendang nih. Hari ni dadde dia xde, xde la kawan dia nak beborak. Hari tu dia tendang kuat tol sampai terasa kat tangan c chemba. Tergezut la chemba. Tu baru 26 minggu.. Ada time2 dak kici ni tendang kuat gila sampai rasa macam kena karan perut ahkak.. Hoho.

Monday, 25 February 2013

Hari ni ada kursus fail meja. Op kos!! Fail meja pun ada kursus oke! Terlewat tadi, so kol 6.50 baru kuar umah. Apa lagi, tersangkut la dalam jem. Kitaorang spent dekat sejam setengah on the road gara2 jem plus tersesat. Entahla kol berapa agaknya c Chemba sampai opis.. siyan laki ahkak.

Ini yekla view dari tempat ahkak kursus. Bole ahkak verangan menara KL tu Tokyo Skytree. Uwaaaaaa... tak tahan nak g berjalan. Konpem la bulan 11 ni ahkak ngan c Chemba akan mengangkut lil D ke Osaka, by hook or by crook. Or kalau tiket g London masih ok, terussss g London. Eh! tak kici la lil D. Ahkak dulu pas pantang terusss daddy ahkak hangkut g London oke. Jadik lil D tak de pilihan.. kena gak ikut mamme ngan dadde.. muhuhhahahahah.. kijam!


Petang, ahkak balik nek lrt jek. Heaven hq kitaorang yang satu ni sebab ada link terusss ke lrt. So senang nak cabut… miahahaha. Opis ahkak pun ada jugak lrt tp kena menapak jauh la jugak. Kalau da kena meredah jalan merentas sungai klang.. jauh apa!

Sunday, 24 February 2013

Kalau semalam sesi duk umah, hari ni sesi jalan2 cari hal dekat IKEA ngan KLCC. Sanggup ahkak g IKEA demi untuk bersarapan sebijik karipap oke! Sambil2 tu survey katil lil D. Gila mahal.. katil kosong jek da dekat RM400 & tilam plak dekat2 RM200. Bayangkan rega katil dia jek dekat 5 6 ratus. Pitam!

Ahkak nak carik katil yang kici dan cumil2 jek.. tak kudrat aih nak pakai yang gabak. Sok2 katil tu jadik pool tuk simpan baju baja jek rasanya. Sambil2 tu intai kerusi mamam dia. Kalau beli yang merah ni, seswaiii dengan umah ahkak yang merah kot. Tapi mahaiiii oke!


Balik IKEA, singgah KLCC. Adik ahkak ni ada interview kat sinin esok. Sambil2 tu singgah minam air kedongdong kegemaran ahkak kat The Signature.

Saturday, 23 February 2013

Hari ni sesi duk umah je. Tak larat nak bejalan.. petang baru g lawat anak fruit ahkak, c adam meowmeow. Suka c chemba dengan anak fruit yang sorang ni sebab budak ni ngan sapa pon dia mau, rilek je. Mungkin sebab dia kena hantar kat taska so dia tak takut orang sebab kalau budak2 yang amah jaga.. esp bila rumah dia takde ramai ahli keluarga, konpem penakut kat orang punya.

Ahkak dulu?

Ahkak macho! Miahahahah.. Hari pertama kena bawak jalan2 kuar kat kota Londong, terusss melawat sepitall sebab ahkak dikhuatiri cedera kununnya. Ampunnnn ma.. ampunnn pa. I kici lagi bat u time!

Mmmm.. Lagi 3 bulan lil D nak tengok dunia tapi ahkak tak beli satu hapa barang pun tuk dia. Cadangnya nak beli cukup2 untuk bersalin je, yang lain c Chemba beli kendian. So skarang kitaorang cuma survey tempat nak beli & rega je supaya esok2 c chemba ada idea dan tak pening pala da nak cari kat mana. Biasa first mother mesti excited nak beli belah. Spare me for being me. Bakal ibu mana yang tak eksited, infact eksited tahap gaban tapi gaban gagal merasuk ahkak spaya ahkak ikut orang.. miahahaha. Member2 yang memang da verpengalaman ada baanyak baby kat opis lama ahkak suma nasihat suh beli kendian jak. Yang tu sebab bapak2 bagi nasihat, kalau ibuk2 yang bagi nasihat.. mak aih, suma suh beli siap2 esp time sale sebab murah. Takpe lil D, tak lari kedai di kejar nak oi.

Friday, 22 February 2013

Hari ni tetiba rasai gatai nak intai lil D buat apa dalam perut mamme. So pas kerja terusss la ke klinik. Skalik kena tunggu kol 6 baru ada dokter sebab dorang tengah tukar shift. Tak pe.. Demi nak intai budak kici tu buat apa, ahkak ngan c Chemba tunggu la sampai kol 6 sambil makan2 kat kedai mamak bising.

Hasil scan hari ni juga gagal tuk mengesan jantina lil D. Dokter tu kata tak nampak pistol so probably pompuan kot. Dokter tu cam blur2 je.. Aihhh. Pastu suh test kenching & tekanan darah sebab ahkak ngadu kaki ahkak bengkak sebla. Alhamdulillah semua masih normal.

Untuk lil D, walaupom mamme ngan dadde tak tau kakak or abang nak kuar dulu.. Mamme ngan dadde tak sabar jumpa lil D yang suka usik mamme & tendang perut mamme kuat2. Tak sabar nak jumpa anak mamme yang mamme pun tak taw bila dia tido nih sebab bila mamme jaga lil D tendang, mamme tido pun lil D tendang juga.. Lil D! Lil D!

Wednesday, 20 February 2013

Tetiba terasa nak mengira ongkos makan dalam satu hari..

Sarapan pagi

Nasi lemak ngan telor or bergerdil Rm3.00
Air teh bungkus Rm 1.10
Jajan pagi kuih or roti Rm2.00

Total = Rm6.10
Kos satu minggu kerja = Rm30.50


Makan tengahari

Nasi, sayur + ikan bakar Rm4.50
Air nescafe ais bungkus Rm1.40
Jajan tengahari kueh or buah Rm2.00

Total = Rm7.90
Kos satu minggu kerja = Rm39.50

Total kos untuk assume la 21 hari bekerja dalam sebulan = Rm294 untuk bekfas ngan lunch je. Ewwweeee mahallllll!

Ni belum campur makan malam ngan kos makan ujung minggu. Rasa2 spending untuk makan je cecah gak seraban lebey kalau ikut patern makan ahkak. Yelah.. Kalau da makan malam seminggu ada gak dua kali order pizza & ujung mingg plak makan kat luar. Kirala kalau sarapan kat old town skali makan da dekat dua puluh, tuk sorang oke! Tu belum kira spending beli makanan time pasar every Tuesday ngan Thursday which ada gak la 20 to 30 hengget skali beli. Belum lagi kira part jajan cam kopok kepek. Ewwweeeeeee... Mahalllllll tol!!! Tanak makan la pasni T_T

Tuesday, 19 February 2013



Lihat kaki ku, amacam? Ada gemuk? Hoho. Tengah urut2 kaki tadi baru perasan kaki kanan bengkak gila tapi kaki kiri ok je. Sapspen gak tapi tak de pulak rasa sakit. Memang tahu kaki orang preggy ni pandai bengkak.. Tapi bengkak sebla je cam pelik plak. C chemba da la jauh T_T nasib baik ada doctor in the family.. Tangkap gambar n hantar, terus ble dapat consultation. Abang c chemba cakap bengkak ni biasa.. Tapi kalau disertai dengan rasa saket or tak surut2 gak kena la g doktor. Uwaaaaa... Malasnya nak jumpa doktor!

Monday, 18 February 2013

Stat hari ni ahkak jadi isteri tinggal sebab c Chemba otstesen T_T Da lama dia tak otsesen, skalik bila dia remind ahkak yang dia akan bertolak hari ni.. Tetiba ahkak sadis. Apa lagi, seround la sesi menangis suami isteri semalam. Tak padan tuha masih nak nangis... Miahahahaha

We were more than a spouse, we are also best friend. My husband n I ni bukanlah jenis yang kera sumbang, infact rasanya sangat pandai berkawan, cuma kurang gemar melibatkan diri dengan aktiviti ronggeng bersama kawan2. Memang da sejak azali kot jenis yang suka lepak umah & menyendiri. Home is a place where peace is always around, itulah yang ahkak percaya. Sebab ahkak rasa tiada yang lebih gembira selain duk umah. Bila jauh dari umah, mula la menggelepar tak tentu hala.. Tu yang malasss tu..

Luckily ahkak dapat laki yang sama spesis. Sebab tu walaupun kitaorang berdua je, tak pernah sunyi. Ada je benda ahkak nak kenakan dia & dia plak hanya ketawa. Ahkak nimang ketahuan jahat kannnn... Miahahahah. Jarang la bila duk sebla2 tapi dua2 senyap je. Walaupun baru je nak masuk setengah tahun usia perkahwinan ni, tak rasa masa beredar. Semua masih sama macam masa2 jadi kawan dulu, cuma bezanya sekarang lebih rapat. Sebab tu yang emo bila nak berpisah tu. Geli takkkk.. Miahahahaha

Sunday, 17 February 2013


Hari ni g Jusco. Tengahari semalam umah kitaorang meriah lagi sebab kena ambush oleh sibling c Chemba. Makanya kitaorang tidur sungguh2 la petang tu, so hari ni baru decide nak g jalan2 cari adiah dan kasut baru sebab kaki ahkak da membengkak bagai juara. Sudahnya ahkak angkut dua pasang kasut skaligus. Ahkak ni nimang cenggini.. Kalau beli kasut, jarang la nak beli satu je. Mesti beli dua tiga or 4 skaligus. Gila tamaha kan! Beli baju pun cenggitu gak. Nasib la ahkak dapat asben yang gelak jek, tak membebel pun dengan perangai ahkak.

Lihat kasut ku.. Santekkk kan ;p
Tahun ni taun yang meriah tuk geng2 bujang kat opis lama ahkak. Kalau sebelum ni ada 3 jejaka & sekuntum bunga yang single mingle. Tahun ni semua da bertukar status. Dua kawen taun lepas, dua pulak kawen taun ni. Tu yang buat sesi mencarik hadiah sebab majlis selang seminggu. Tahun ni gak, ramai gak kengkawan yang dapat baby termasuk la ahkak sendirik. Ahkak la yang paling ekspress kot.. Miahahaha.. Tak menyempat2 terusss nak bertiga. C chemba selalu cakap, rasa syukur sangat sebab baru kawen terus nak dapat baby dah. Bukan semua orang bertuah cam kitaorang. Anak tu anugerah Allah.. Moga anak mamme lahir jadi anak yang baik dan soleh ye sayang...

Saturday, 16 February 2013

Ngantuk gila rasanya.. Letih sampai rasa nak terchabut pinggang semalam masih tak hilang lagi. Tau la ahkak sejak mengandung ni, macam2 sakit. Cakap je sakit apa yang dikategorikan sebagai sinonim dengan orang mengandung yang ahkak tak rasa. Sakit pala, sakit tangan, sakit kaki, cramp, pening, mual, gastrik, angin, heartburn, sakit pinggang, sakit punggung, sesak nafas, sakit dada, sakit belakang, sakit perut, gatal2, kencheng2 dan yang seangkatan.. Semua da rasa. Tu belum lagi letih, tak cukup tidur, moody dan lain2.. Alhamdulillah kencing manis tak kena.

Berbalik pada story semalam.. Mana tak letey. Si chemba time2 nak kena balik awal ni la ada miting. So ahkak malas nak tunggu, menapak la dari opis ke lrt. Kalau kira distance yang ahkak jalan tu memang tak padan da la dengan perut boyot ni. Sampai2 umah terus pegang kuali. Nasib baik adik ahkak ada, ble la suh dia potong2 apa yang patut. Menu ahkak hari ni sup ayam belanga tembikar, daging goreng tomato sasat, udang nestum yang banyak gila nestum, sayur campur kaler2 dan sambal bilis cili padi. Dari kol 5 lebey ahkak masak, kol 8 lebey gak baru siap. Tak sempat nak amek gambar sebab letih sangat tapi adik ahkak kata ahkak da ble da bukak katering.. Miahahaha.

Tunggu punya tunggu, kol 11 kot baru stat baca Yasin. Ada yang da siap nguap bekali2 dah. Ahkak pon da lost track of time. Bayangkan kalau umah yang sekengkang kera tu dipenuhi hampir duaploh orang dewasa + kanak2 riang.. Maunya tak cramp. Nasib semua memahami. Kol 1 or 2 kot baru tidor.. Hoho

Tapi tidor ngan senang hati sebab semua da selesai n makanan yang disediakan pon cukup2 sukat dan tak do pembaziran. C chemba yang kalau ahkak masak ble makan berpinggan2, hari ni dia makan sikit je. Hahaha.. Cemas la tuh! Banyak kali dia ucap terima kasih sebab masak. Laki ahkak ni nimang cengini.. Setiap kali ahkak masak mesti dia akan ucap tima kasih n puji ahkak masak sedap walaupon ahkak kadang2 terbubuh garam lebey, terbubuh garam kurang. Hahahaha.. Umpan la tu nak suh ahkak rajin2 masak.. Tapi umpan dia selalu tak kena.. Ngehehehe

Friday, 15 February 2013

Hari selasa tu c Chemba bagitaw adik beradik dia nak datang serang rumah malam ni. Nak buat baca2 yasin sikit. Hohoho.. Makanya hari ni ahkak kena la sungguh2 memasak.

Sepanjang ahkak kawen ngan c Chemba, belum pernah lagi ahkak memasak kat umah mak dia.. Miahahahahahahaha.. Sebab kalau kitaorang balik pun semalam dua je & kebetulan time2 tu FMIL ahkak akan balik kampung. Ini kali tak dapek la ahkak ngelat.. Muhuhahahaha. Ahka kalau bab memasak ni memang la memang masalah. Ahkak tak pernah la nak belajar dari my mom macamana nak masak. Haremmm la nak tanya mak ai nak masak macamana, mak buat mcamana or sukat berapa banyak.. Memang tidak la. Ahkak lebey rela baca buku resepi & belajar sendiri dari bukak mulut bertanya.. Even pada mak sendiri. Ego siut! Tapi ahkak memang sejak lahir cenggitu..

Makanya ahkak masak ikut suka suki dan imaginasi. Pada ahkak masak ni cam g art class, main lukis2 n kaler2.. Letak la apa saja dalam tu janji presentation cantek, rasa tip top dan sedap dimakan begitu saja. So kalau nak suh ahkak masak ala2 skema mak ko masak, memang haremm la ahkak tak reti. Dan ahkak cuma masak apa yang ahkak suka makan jek. Miahahahaha.. Tapi ahkak ada fan oke, my dad. Kalau ahkak masak, selalu kena puji. Kang kutuk ahkak masak, ahkak nangis plak kannn.. Hahahaha. Sometime kena marah mak sebab bila dia tanya ahkak masak macaman, buh apa, sukat berapa banyak bahan ahkak letak.. Ahkak jawap ahkak pun tak tau.. Main bubuh je.. Mak ahkak marah la, dia kata camana nak masak tuk orang esp kalau kat umah in law besok. Dan selalu ahkak jawab.. Alaa, rilek la mak. Tengok chef2 yang fofular tu, kalau ikut buku jek mana nak dapat resepi2 baru. miahahahaha.. Siyan mak ahkak, dapat anak degil. Moga2 little D dalam perut ahkak ni tak sedegil mamme dia. Aminnnnn....

Thursday, 14 February 2013

Tadi g KKIA.. another appointment. Mula2,macam besa la amek air kenching. Tengok result glucose dah back tu blue.. which consider ok kalau ikut misi cakap hari tu. Last month punya appointmnet misi bising sebab air kenching ahkak ada glucose +1. Bising dia sebab previously semua normal, alih2 kencing ada glucose & berat badan pun naik 3kg..

Next timbang berat badan..naik 1.9 kg. Since now da nak masuk 6 bulan, consider ok la kalau naik 2 kg/month sebab berat badan suppose naik 500g jek per week starting 5 month. Pastu amek darah. Kali ni HB da naik 11.4 compare to 11 last month. Next,cek kaki bengkak ke tak. Misi cakap ada bengkak sikit. Alololo.... dia recommend tukar kasut lebar sikit. Last skali, result glucose test. Ini yang paling ahkak sapspen ni.. alhamdulillah glucose reading for fasting blood sugar & modified glucose tolerance test ahkak berada pada paras normal. Sukurrrr tah nak! 

Walau apa pom.. gastrik tatap! Makan pedas sikit, mulala esofagus ahkak meroyan. Stress betul. Besides tu, so far so good. Takat rasa tulang punggung cam nak terchabut tu besa la. So kalau nak bangun dari duduk, ahkak kena buat tarian goyang2 punggung dulu. Miahahahaha...

Sunday, 10 February 2013


Ini gara2 terklik website KLM la ni hari tu. Agak murah gak la tambang g London & balik dari Paris. Tak sampai 7 raban tuk dua orang dewasa + infant. Ahkak memang nak sangat da beli tiket hari rabu tu. Kebetulan kalau pegi 1hb 11, ble pegi seminggu. Cuma perlu amek cuti 3 hari je sebab kebetulan isnin ngan selasa cuti apa ntah. Taulah ahkak ni nimang tak gemar amek cuti lama2. Tapi bila dia mintak info infant tu yang ahkak lemah. Takut kang beli kemudian tambang dia je da separuh tambang ahkak. Tak kuasa la kalau mahal sangat cam MAS. Bukan ada seat pun..

Ahkak da siap study da nak g mana. Konon nak lepak London 3 malam, then g Paris 1 malam. Nak pitam gak tengok kos subway sehari. Kalau amek one day pass, mau dalam 40++ sehari. Pula tu dorang ada time & zon restriction. Kalau g enam2 zon, mahal la sikit. Ada satu lagi, Oyster card. Yang ni kad diskaun tapi still mahal oke!

Otel pun satu hal. Nak cari pet not-friendly payah gak. Nasib baik ada 4 Tune Hotel kat London.. Kira oke la. Kata nak tdo je kann.. Bole laa. Tu pun agak mahal gak, 200 GBP aka RM1000 untuk 3 malam tak termasuk nak acon, internet, tv n toiletries. Settel otel n transportation.. Expenses plak. Memang pitam la kat London sebab nak masuk mana2 mostly kena bayar. Tapi boleh opt beli travel pass.. Dalam 48GBP kot tuk sehari.. Ble g tempat2 yang covered dalam offer dorang, macam banyak gak. Tapi pada ahkak tak berbaloi plak sebab bukan semua tempat tu ahkak minat nak pegi pon. Ahkak paling nak g Madamme Taussads ngan naik London eye je. Yang ni tadak dalam pakej tu tapi ada combine pakej kos dalam 37GBP kot.. Hoho.. Dekat RM200 oke!

Next nak g Paris. Kalau cepat book, ble la dapat tiket dalam 39 euro one way naik Eurostar.. Dalam RM 170 la sorang. Paris nak g Eiffel je.. Tempat lain tak maw. Ahkak ni bukan gemar sangat tempat bersejarah ;p Apa2 pun tunggu la anak ahkak lahir dulu. Maybe next year la kot kalau ada rejeki. InshaAllah..

Saturday, 9 February 2013

Gembiranya chenchomot.. iya iya yoh! Kota keriangan kononnya.. tapi ahkak ble main satu jek dari banyak2 menan kat Genting ni. Yelah.. kang terbesalin lak ahkak. Miahahahah.. Kalau semalam cekitin otel senang gila, cekitout laaagi senang sebab banyak kiosk cek out.

Lover in The House!
First Wolrd Hotel
Hate smokers!! Still!!
Pasangan Yang Hangatt Berchenta Kehangatan!
Mak buyung ble tengok je T_T
Dinosaur Land

Model Genting Tak Berbayar
Cock Screw?! Ewwwee

Friday, 8 February 2013

Lepas kerja tadi terus chabutt, sharp 4.30. Miahahaha... First World Hotel, wait for me!!!

Kol 4.30 bertolak, singgah tapau McD drive through. Siap ada aksi perang mulut gara2 keta depan kitaorang terlanggar montot teksi depan dia plak time Q tu. Dekat kol 7 baru sampai Otel. Jem time nak kuar KL. Yelah.. next week kan cuti panjang. Nasib gak la si putih kitaorang yang berkuaser 1.3cc tu tabah lagi sudi nak naik Genting. For the first time gak ahkak telan ubat tahan muntah.. Hoho. Siyan anak ahkak mamme makan dadah. Seboleh2 time preggy ni tanak amek ubat langsung.. Eksep ubat gastrik. Yang tu memang da tabley buat apa.

Da sampaiii.. yeayyyy.. Time nak cek in kena amek nombor. Ada belog tu kata dekat dua jam dia tunggu just nak cek in. Tapi Alhamdulillah urusan ahkak dipermudahkan. Tak sampai 5 minit da selesai sebab dorang ada cek in kisok. Taulah konon otel ni one of the largest hotel in the world by room. Bayangkan kalau ada 6 ribu lebih bilik! Pitam nak menten.

Bilik otel cam otel cikai je. Tak de lemari baju, ada tempat gantung je. Logik la kalau rega semalam 50++ pun ble dapat. Ahkak punya mahal sikit, RM128. Tu pun consider murah gak la. Bilik ada tingkap tapi ngadap bilik orang.. In term of view memang out. Kapet pun macam da lama & bilik dia tadak acon, ada kipas gantung je. Still.. sejukkk gak la. Cleanliness ok laaa.. Tapi ahkak ni memang jenis yang tak berapa nak cerewet sangat bab otel sebab intention nak g bejalan, as long tilam n cadar ok.. Ok la. Pada ahkak, duk otel bukan nak g tdo sungguh2 unless kalau ahkak memang da bayar memahal dengan niat nak berehat.. Yang tu len cerita.

G jenjalan jap kat bawah.. Rasanya macam tak ramai orang. Mungkin sebab cuti lama, orang pilih tuk balik kampung instead of g berhibur cam ahkak. Sengsara gak kalau jem dari KL sampai la ke kampung nun. Nasib baik la kampunggg asben ahkak dekat je.


Thursday, 7 February 2013

Click punya click.. Terclick pula website Genting Highland. Surf punya surf, terbeli plak tiket First World hotel tuk malam besok. Miahahahah... Tak padan perut buncit nak p bejalan.. Miahahaha

Gils takde mood nak kerja lately. Sampai hari ni masih tengah menimbang2 nak beli tak tiket g Londong ngan Paris. Kang gamble sangat, susah gak. Makanya pegi la Genting tuk menghilang lara hati yang takde la lara sangat ponn..

Wednesday, 6 February 2013

Missing Watercooler?

The only thing yang ahkak terkilan during the trip to Seoul yeklah kehilangan water cooler kat subway station. Time ahkak datang tahun 2011, every subway station dia ada watercooler tapi kali ni satu bijik pun ahkak tak nampak. Itu yang ahkak sungguh2 muskeel!Nasib baik in terms of efficiency masih macam tu juga, sesak & dipenuhi orang tua macam sebelum ni :p

One of the rules boarding the train, jangan la pegi time peak hour. Peak hour dorang tak macam peak hour kat mesia. Memang sesak lagi menyesakkan. Silalah pegi hujung minggu kalau nak rasa aman sikit. Dan kalau tanak pening, sila singgah dulu tengok map kat dinding2 station & pilih exit yang benerr. Kalau tak, kompem la letih nak pusing2.


Map ni kena tengok dulu!

Time datang kali ni, stesen ni da berubah. Dulu dorang buat ala2 cama dalam gua or terowong . So nice... Tak taw la awat depa tanggal batu2 plastik tu..

Tuesday, 5 February 2013

Summary Of Seoul Trip

Trip to Seoul telah berakhir. Wonder how much we spent?

Flight ticket : Rm1556 (RM140 extra because we opted to buy seats at quite zone)
Hotel : RM648 for 3 Nights
Expenses for 4 Days 3 Nights : RM746

Total : RM2,950 only!

Can you believe it?! We cant ok! Especially my hubby when he compared to how much we spent for our Tokyo trip. So, how can we save so much?

First --> FOOD!
All you have to do is bring canned sardine.. whatever that you can eat with rice as they have instant rice at their convenience store such as GS27 & 7E that you can put into the microwave, heat it an eat. They provide microwave at convenient store. The rice is delicious.. rasa macam pulut. It cost around KRW3850 for a pack consist of 4 small size rice. If your stomach is as big as us, go for the bigger one which cost around KRW2100 each.

If you are confident, you can buy fried prawn at small stalls. Avoid the sauce etc.. A pack of five costs about KRW2500 only. And don’t forget to try their limau.. sadap!

Total spent for 2 persons : KRW80,000.00

Quite hight sebab da beli macam-macam like coke every night, kebab set, kebab tapau, coffee, fringles sebab excited to see the halal one sold there.. udang and limau of course.

Second --> TRANSPORTATION

When you arrive at Incheon, go to GS25 and buy T-Money card. It cost around KRW2.50 and you can top it up to the desired amount. We topped it up with KRW30,000 for 4 days usage and still have balance to return at the end of the trip. The card can be used for commuter train to/from airport, lockers for your bag and.. I cant remember. Go google!

T-Money Card

Total spent for 2 persons : KRW102,180

Including fast train from and to Gapyeong station and taxi for Nami Island, and cable car to Namsan Seoul Tower
ITX Korail Pass
Seoul Tower Cable Car & Entry Ticket
Nami ISland Entry Pass
Third --> SOUVENIR

We only spent KRW1800 for souvenir . Sooooo kedekuttt kan! But with that, you get a papan of 10 nail clipper yang cantik which can also be used as bottle opener and sets of Korean pens.

Nail clipper & pen
Total spent: KRW18,000

Monday, 4 February 2013

Seoul Part 2/ 2013 : Day 4

Destination --> Seoul City Hall, Cheonggyecheon Stream walk, Jongo Tower, Insadong, Incheon

Exit 5 City Hall Station
In front of City Hall Building
The Start Of Cheonggyecheon Stream

Chneonggyecheon Stream Yang Da Icy
 
Somewhere On The Way To Jongno
Jongno Area
Jongno Building
View from restaurant toilet @ Jongo Building
From toilet oke!
Icy Incheon Airport

Seoul Part 2/ 2013 : Day 3

Destination --> Namdaemun Market, Myeongdong, Itaewon, Gangnam Station, COEX mall, Lotte world

Namdaemun Market
Annyeong!
Myeongdong
Myeongdong juga
Desire To Be Arrested!!
Mr Kebab @Itaewon
Kebab Sedap Tapi Kebab Tokyo Lebey Sedap
Oppa Ganyang Ko!
In Front Of Coex Mall
Tadaaaaa
Lotte World
Lotte Lotte Lotte