Thursday, 1 May 2014

Baby & Us : Day 7 Paris

Itinerary
Hotel to Champ de Mars Eiffel Tower
Walk to Big Bus Paris Stop 1
Naik Big Bus Paris to Notre Damme
Shopping mamam
Naik Big Bus Paris ke Arc De Triomphy
Charles De Gaulle Etoile to Place De Clichy via Metro
Place De Clichy to Porte De Clichy
Tim Hotel Berthier 17
Porte De Clichy to Notre Damme
Notre Damme to Chatelet Less Halles
Chatelet Less Halles to Charles De Gaulle Etoille
Charles De Gaulle Etoille to Arc De Triomphy
Charles De Gaulle Etoile to Place De Clichy via Metro
Place De Clichy to Porte De Clichy
Tim Hotel Berthier 17

Pepagi yang segar ini ahkak anak beranak pon menapak la ke subway station.. kalau ikut tulisan depan Porte De Clichy la.. tapi sebutanya Poghteh di klishi lah. Dari sini naik le sampai ke Champ de Mars Eiffel Tower Station, which is station RER terdekat dengan Eiffel Tower. Kalau kat London depa panggil underground train ni Tube tapi kat Paris depa ada RER dan Metro. Yang ahkak perasan metro cam train biasa la tapi yang RER ni train 2 tingkat.. idak le pulak ahkak tahu ada ke RER setingkat. Apa yang pasti Paris ni kat atas memang cantik tapi kat underground kot dan hanching. Agaknya orang depa ni suka kench meratas kot. Nak muntah oke! Kalau kat Tokyo.. biarpun buruk tapi bersih tatap terjaga.

Chakkk!!
Tangkap gambaq dulu
Muka gumbira.. awal2 jak la tapi
Eifellllllll!!!!
Do you speak english? If yes than derma!
Ronda2
Si comey sebelum meragam gara2 bosan tahap gaban
Paris in on go
Notra Damme.. apa ntah bangunan ni
Dari Eiffel Tower kitaorang naik BBP, Big Bus Paris ronda2 Paris. Kalau BBL ada 50 key stops, tapi BBP ni ada10 jek. Memang Paris ni binaan bangunan agak cantik2. Memang wow! lah jugak. Tapi tang underground.. out! Dari Eiffel kitaorang naik sampai ke Notre Damme. Turun g beli roti panjang dengan croissant kosong ngan salad. Pastu naik bus balik ke Arc De Triomphy. Ingatkan dapat la melawat2 sekalik hujan la pulak! Last2 balik otel naik Metro dari Stesen Charles De Gaulle Etoile via Place De Clichy station sementara nak tunggu hujan teduh. Sempat la lunch dan tidur2 jap. See roti ahkak.. campuq tuna sedapppp maria!! 

Tuna Kaw hado?!!
Si comey penat
Petang kununnya nak sambung lagi.. makanya menapak lagilah ke RER station. Naik sampai Notre Damme. Dari sini kunun nak g Chatlet Les Halles which is underground shopping arcade.. skalik tutup daaaa! Sempena apa ntah tutup. Kuchiwa! Dah tu nak la cuba g lawat Arc De Triomphy since 1st attempt gagal kannn.. skalik hujan lagi. Sah memang tak di bagi la ni kitaorang p lawat. Huhuhu.. kuchiwa lagi.. dapat tengok masa naik BBP jek. Sudahnya, amek Metro then pulang tidur2 lagi baik. 

Wednesday, 30 April 2014

Baby & Us : Day 6 London To Paris

Itinerary
Lambeth North to Pimcilico Station via bus
Pimcilico to Paddington Station via bus
Paddington Station to Heathrow via Heathrow Express
Hetahrow to Roissy Charles De Gaulle
CDG to Gare Du Nord Station via RER B
Gare Du Nord to Place De Clichy Metro
Place De Clichy to Porte De Clichy Metro
Porte De Clichy to Tim Hotel Berthier 17 walk

So, as early as 6 kitaorang da berhangkut dengan barang banyak ke Heathrow. Nasib baik bas tak la penuh sangat. Dalam kol 7 lebey gak la sampai ke Paddington. Dari Paddington kitaorang naik Heathrow Express dengan rega 21 GBP aka RM116++ sorang oke gara2 strike yang dah masuk 2nd day hari ni. Bayar rega itu bole la sampai apot dalam 15 min. Tapi train ni tak direct turun kat terminal 4 & 5.. kena stop kat terminal 1/2/3 aka 1st stop then amek train ke terminal 4 dengan kosnya.. free. As earlier.. Heathrow airport sucks! 1st impression kalau sampai sana, mesti akan rasa cam.. ini kat London or kat India ni. Lain la cam kalau kat Tokyo or Seoul. Suma mata sepet jek.. kekaum dia je. Kalau kat mesia memang tak heran le sebab memang 1 Malaysia.
Kesimpulannya, I never want to jejak kaki ke Heathrow ni lagi. Never in a million year!

Bergambaq depan Tune Hotel Westmenster, recommended la this hotel!
Pemandangan pagi
Building apa ntah ni
Lambeth North Tube St yang tutup gara mogok
Jara dari pintu hotel ke tube station
Nasib tren ada hari ni
Si kecik kepingin merayap
Dalam Heathrow Airport.. huduh!
Next.. naik flight. Nasib baik la si Hannah tak meragam. Baik pulak dia hari ni. Kol 12.15 flight, sampai London 2 lebey.. flight sejam lebey jek tapi London ni ahead 1hr dari Paghi. So dari CDG terminal 1 naik CDGVAL ke  terminal 2. Dari sinin naik le RER ke Gare Du Nord. Ngiong awek yang ajor camner nak ke otel. Agak2 la kalau da barang banyak & ada plak baby.. op kos la kitaorang nak yang less change & x yah jalan berbatu2 turun naik tangga. Ada ka..da kena naik n tukar train 3 kali. Kalau turun kat St Micheal Notre Damme.. 2 kali tukar RER jek. walaupun jalan jauh sikit tapi idaklah payah nak bejalan ala2 merentas desa. Ahkak pun silap.. kompius sebab tataw rega tiket 9.95 euro tu valid sampai ke mana. Ropanya bayar banyak itu dah cover sampai ke destinasi yang kome nak tuju menaiki RER or metro tak kira brapa kali tukau stesen.

Makanya dalam kol 4 lebey sampai otel.. gara2 da letey ngangkut beg banyak, langsung tak kuar. Terus zzzzz

Tuesday, 29 April 2014

Baby & Us : Day 5 London

Itinerary
Hotel to Oxford Circus via bus
Shopping at Primark
Primark to Harrods via bus
Harrods to The Shard via London Big Bus
The Shard to Waterloo Station via tube
Walk from Waterloo Station to hotel

Nothing much we can do today. Mood pun dah ke laut gara2 London underground ni ada buat mogok. Memang macam haram la! If I am not mistaken, depa ni mogok sebab kononnya management tube ni nak hapuskan kaunter tiket so there will be people yang jobless la nanti. Time kitaorang datang la pulak ko sibuk nak mogok.. cipan! So memang cam haram la sangat. Nasib baik bus depa efficient & lucky for us otel dekat ngan bus stop. So dari otel naik la bas ke area Oxford Circus.. nak sambung sopping kat Primark kunun.. apa pun tak beli sebab sakit hati ngan tube. Nasib la si comey ni behave..

Dari Primark ahkak naik bas nak ke Harrods kunun, skali salah ambil bas. Punyala jauh plak kena berpusing dari Oxford Circus ke Victoria Station padahal Harrods kalau ikut dah tak jauh dah. Almost sejam gak la buang masa sebab tak familar dengan sistem bas depa. Dari Victoria Station kena la naik bas semula sampai ke Knightbridges Station a.k.a a stop kalau nak ke Harrods. Tadaaaaa...

Dadde, perut & bus merah yang kitaorang naik

This is Harrods
One thing about Harrods yeklah.. the arrangement adalah pelik. Jenuh berpusing tah ke mana, last2 jumpa gak la Harrods gift shop.. Taddaaa... antara barag yang ahkak beli kat sinin 
Harrods Hand bag for 40GBP
Book for 12 GBP
Dari Harrods kitaorang naik London Big Bus aka BBL ke London Bridge for The Shard. Da eksaited2 nak memanjat The Shard, skalik bole plak BBL tu rosak while on the way. Makanya kena la tukar bas kat area2 Novello Theathre. Tunggu dalam 10 or 15 min bas ganti sampai.. yeayyy..

London Big Bus
 Akhirnya sampai.... eksaited sangat sampai salah entrance.. hahahaha

Dadde yang eksaited
London view from The Shard
My doter yang tak takut langsung
Ekjekutif yang baru abes koje kot
Nak kata best sangat, so-so la. Mostly yang datang sinin time ahkak naik yekla eksekutif2 la kot. Kalau da namanya pakai kot bagai kannn.. They came here for a drink and view la agaknya. Maybe for them 25 GBP tu murah le tapi pada kita yang reganya dalam 140 hengget sekepala, pitammm!!

Dari sinin kitaorang naik tube ke waterloo. Nasib baik line Jubilee Underground ni function.. kalau idak pitam nak carik2 bas pepetang ni. As of today, patutnya plan singgah ke Kyoto garden kat Holland Park, Canary Wharf & Greenwich. Since ada strike makanya kenala cancel itinerary yang tu. Cipan punya mogok!

Monday, 28 April 2014

Baby & Us : Day 4 London

Itinerary
Naik Big Bus London dari Westminster Bridge ke Tower Hill
Naik Cruise dari Tower Pier ke Westminster Pier
Wesminster To Green Park via underground
Walk to Buckingham Palace through Green Park
Walk to Trafalgar Square pass St James Park
Back to Westminster via underground for London Eye
Naik London Eye
Westminster to Oxford Circus via underground for shopping at Primark
Bond Street to Waterloo Station via underground
Waterloo Station to Lambeth North via underground
Walk to hotel zzzzzz
Hannah yang eksaited naik Big Bus Tri
Hello!
Naik Big Bus London
View of The Shard
The Shard lagi
London Bridge to Tower Bridge
Tah mana ntah ni
Balik2 Tower Bridge
Mamme & Hannah

Sunday, 27 April 2014

Baby & Us : Day 3 London

Plan pagi ni nak ke King Cross St Pancrass Station. Bukanlah nak kemana pun.. saja je nak tengok station yang menjadi hub train laju ke negara-negara lain macam France. Cadangnya naik naik train jek g balik Paris-London.. tapi sebab tiket hanya akan dijual 4 bulan sebelum trip, ahkak malas nak nunggu. Baknya tiket mahal.. so ahkak decide la naik Airfrance jek g balik Paris-London. Since Tune Hotel Westminster dekat jek ngan London Eye.. so kitaorang pun saja la jalan g tengok pemandangan. Malangnya hari mendung.. huhu.. tak dapat tangkap gambar lawa macam kat Tokyo dulu. Kitaorang jalan kaki dari Hotel pass London Eye, Aquarium, London Dungeon then cross Westminster Bridge untuk tangkap gambar depan Big Ben. Dari situn, ambek line Westminster ke King Cross St Pancrass Station Via Green Park.
Hello! Londoners
Londong Eye
Station St Pancrass
Ini lah antara gambar2 ahkak anak beranak dalam Station St Pancras International nih.. lawa jugak dalam dia. Kalau naik train ni ke Paris, 2 jam jek sampai.

I lop u.. U lop me
Hit by train?
Dari St Pancras, kitaorang gerak ke Stadium pasukan kegemaran si Chemba walaupun dia hanya sekadar peminat suam-suam kuku, Chlesea.
Chelsea New Player --> mamme & si Hannah
Si Chemba yang super duper eksaited
Chelsea Stadium Souvenier Shop
Dari Fullham Broadway Station, kitaorang naik sampai ke Victoria Station. Saja la nak tengok2 ada apa area tu. Dari situ amek train ke Warwick Avenue Station via Oxford Circus Station. Dari Warwick Avenue Station.. boleh le melawat Little Venice.  Cantik kannn!! Tetengah ahkak fefeling Venice.. tetiba anjing besar gila babas lalu. Ahkak punya tergezut.. iya lah.. dah la laluan yang ada sempit gila.. ngam2 tuk sorang jek lalu. Apa tak cemas. Kang tak pasal2 plak ahkak kena samak. Mana la nak carik tanah bersih kat Londong ni oii!
Next --> Little Venice
I am in Venice yoh!
Chakkk!!!
Nice view
Dari sini.. kitaorang amek train ke Baker Street Station. Kat sini ada Madame Tussauds. Memandangkan sama je kot dengan apa yang ada dekat Tokyo.. so ahkak malas nak masuk. Kitaorang singgah kejap g tangkap gambar jekla kat area tu. Sebelum sampai ke MT, boleh la singgah tangkap gambar dengan statue Sherlock Holmes.
@Madamme Tussauds London
Dari Baker Street St.. perjalanan diteruskan sampai North Greenwich Station. Haaa.. kat sini boleh la for those yang nak naik cable car di kota London ni. Tiket pun murah jek sebab dorang guna this cable car untuk commute cam subway, walaupun cuma hanya ada 2 station jek. Kat North Greenwich St ni boleh la akses The O2.. depa kata the large entertainment district kat sinun. Konsert2 dan festival selalu la buat kat sinin. Kalau nak naik cable car.. kena jalan sket ke station Emirates Greenwich Peninsula. Cable car ni ada 2 station jek pun.. which is Royal Docks dan Emirates Greenwich Peninsula. 

Kalau rerasa nak enjoy pemandangan naik cable car.. silakan lah. Harga pun tak mahal. Kitaorang amek return trip. Masa pegi tu untung sebab ahkak sekeluarga jek yang conquer the whole gondola tapi masa balik kena share. Ok la! Habes tu kitaorang balik le ke hotel naik dari North Greenwich balik ke Waterloo. Walaupun jarak dari Waterloo station ke hotel adalah dekat, dek kerana tak larat makanya kitaorang pon naik la train jugak ke Lambeth North. Kalau ikutkan sama je kot masa yang diambil berjalan kaki ke hotel dengan naik train sebab cam jauh giler interchange station Jubilee Line dengan line Bakerloo.. huhu.. penat oke!

Emirates Air Line Experience a.k.a cable car
Di mana ada cable car.. disitun ada aku!
Yeayyyyy! Eksaited
Curam oke!
The O2.. huduh, isnt it?!

Saturday, 26 April 2014

Baby & Us : Day 2 from Paris to London

Itinerary
7.20 am Arrival @CDG Terminal 1
8.00 am CDG Terminal 1 to CDG Terminal 2 by CDGVAL, walk to Terminal 2E
6.15 pm CDG to Heathrow Airport Terminal 4
6.15 pm Heathrow
7.30 pm Heathrow to London via tube through Paddington
8.20 pm Lambeth North Station to Tune Hotel Westminster

Kos
Oyster Card For 2 @90 GBP
Dinner Snack For 2 @6 GBP

Kol 7 lebih sampai CDG terminal 1.. 1st impression, awat pelik benor apot ni. Huduh pun ye jugak. Sampai2 kena lalu terowong yang pelik.. terowong tu agak panjang tapi they provide travelator la sepanjang2 tu. Then kena pass imigresen. Layanan memang superb. Once you are with baby.. u r their sky priority. Terus kena bagi ke depan sekali. Even abang imegresen depa yang badan besar pun bermuka manis. Tak tanya apa.. cek paspot, senyum.. then bagi lalu. Tempat kolek beg pun pelik.. sempit bebenor.

Next kena naik airport train a.k.a CDGVAL ke terminal 2E sebab Air France ke London operate kat situ. Terminal 2E tu pun sama gak huduh eh.. seat limited walhal orang ramai gila babas. Nasib baik kitaorang ada pandai sikit g pura2 tanya kat kaunter express drop bag walhal dah tahu mana kaunter drop beg kitaorang. Tak sanggup oke.. panjang nak mampus kat situn.

Kalau fly in senang.. fly out dari CDG pun senang. Sky priority oke! Dalam boarding area baru la nampak cam apot. Dengan kapet merah.. siap ada PS3 console complete ngan stereng ala2 main daytona oke. Pastu siap ada sofa tidur kat anjung tinjau. Ahkak apa lagi, lelap seround. Sikit punya lena sampai lupa si Hannah.. har har har. Nasib la ahkak dapat laki sporting, siap suh tidurrr. Kol 6.15 petang fly.. lebey kurang 1hr sampai Heathrow Airport, London. London ke Paris -1hr apart, so waktu sampai 6.15pm waktu Paris. Kitaorang turun dekat terminal 4.

1st impression.. Heathrow is terrible! Especially for us yang bawa baby. We have to q panjang gila babas for the sake of nak pass through imigresen.. no sky priority macam dekat CDG, sama la cam kat Haneda tapi Heathrow yeklah worst! Dari terminal 4 naik tube ke Paddington Station.. then ke Lambeth North. Perjalanan adalah tak lama.. tadaaa... da sampai Tune Hotel Westminster. As expected bilik adalah kecik tapi location superb. For RM19++ untuk 4 night.. quite oke la for London rate. Kalau beli direct kat website dia kena order spesel service untuk toiletries, hair dryer, tv, internet tapi since ahkak beli dari Agoda.com.. everything included. One thing yang ahkak tak gemor.. dorang tadak kettle. So kalau nak air panas you have to buy from vending machine kat lobi for the price of 1£. KAlau convert ke RM, 5.54 hengget secawan tu maria! Gila hapa! Nasib baik la rice cooker conet ahkak tu ble gak la masak air.. eiii.. 5 hengget tuk air panas.. seram oke!
Lepak kat Food Court
PS3 Console
Play Ground

Friday, 25 April 2014

Baby & Us : Day 1 from KL to Paris

 Itinenary
11.40 pm KLIA to CDG

This is the first day of our vacation.. 25th of April 2014. So far so good. We are on Malaysia Airline flight MH21 from KLIA to Roissy Charles De Gaulle Airport a.k.a CDG, departed on 11.40pm. Crew flight ni sangat baik lagi prihatin. Siap arrange tuk kitaorang tukar ke 4 seater seat sebab kitaorang bawak baby. Pramugara tu kata kesian ur baby nanti.. ye lah.. 13 jam penerbangan tu maria! Makanya dapat lah kitaorang seat yang sangat amat luas. Kalau naik air asia jangan harap le nak dapat cenggini. Though seat sebla kosong.. kalau ko guna seat tu siap bagitau lagi kalau nak duduk kena bayar. But I dont blame them.. the concept of their airlines is more to "you pay for what you use" i believe. For me it is a good business strategy and I have no complant. Tapi MAS memang superb! Dinner memang kenyang gila babas. Nasi.. buah.. roti.. cikedis.. dessert.. perut sebesar perut ahkak ni pun ble kembung! Seat luas.. kesimpulannya adalah amat sangat selesa.

Thursday, 24 April 2014

KL Paris London Paris KL : Pra Perbelanjaan

Total spending for 2 up-to-date
MAS Flight KLIA CDG Paris RM6,055.00
Air France Flight CDG Paris - Heathrow London- CDG Paris RM 1,010.35
Tune Hotel Westminster RM1,966.54
2 Days London Big Bus + Cruise  RM325.27
London Eye RM253.30
The Shard RM279.84
Tim Hotel Berthier 17 Paris RM1,017. 75
2 days Big Bus Paris RM259.01
Eiffel Tower All Deck RM386.94

Total RM11,554.00

Duit Kocek
GBP 600
Euro 400