Since dah 2 minggu kejadian tangan aku melecur, aku nak recap semula sebagai pandauan kot2 tanganku terbakar lagi... ahahahaha.. hopefully tak lah, kan!
11.1.15
Time dekat maghrib, tangan melecur terkena percikan minyak yang tengah menggelegak.
Nampak kulit terkopak on the spot & tangan rasa pedas2.
Terus lalukan kat air kat sinki & tuam dengan ice pack. Dah nampak lepuh2.
Husband beli cream sapu kat klinik.
Malam tidur dengan lena, cuma tak selesa.
12.1.15
Pagi g opis, meeting. Tengahari g klinik kesihatan.
Doktor bebel apsal tak datang awal. Suh g dressing & bagi mc sampai jumaat.
Nurse balut dengan jaring, kain gauge & bandage.
Mandat doktor, every day aku kena g klinik cuci.
Malam tidur lena macam xde apa2 sebab x sakit langsung.
13.1.15
Nurse mula tanggalkan kulit yang rosak. Sakit cam nak mati!
Rasa macam nak cabut tangan dari badan.
Nurse balut dengan jaring, kain gauge & bandage.
Malam tidur tak lena, sakit gila.
Tak boleh luruskan tangan , all the time kena bend jek.
14.1.15
Masih macam semalam.
Masa buka balutan rasa sakit gila sebab pembalut dah melekat dengan kulit.
Kena simbah air kat luka baru kain pembalut tanggal.
Nurse balut dengan jaring, kain gauge & bandage.
Tidur tak lena & sakit.
Masih tak boleh luruskan tangan. Tak boleh angkat tangan sangat, sakit.
15.1.15
Masih perit2 tapi tak sesakit semalam.
Sakit masa tangalkan balutan je masih xble tahan.
Nurse masih balut dengan jaring, kain gauge & bandage.
Tangan dah boleh lurus, tapi masih agak sakit.
16.1.15
Hari nirasa ok tapi nurse yang perform dressing kasar sket.
Masa tanggalkan pembalut, darah keluar.
Masih juga balut dengan jaring, kain gauge & bandage.
17.1.15
Dressing sendiri dekat rumah. Beli dressing set dekat farmasi.
Cuci luka dengan air masak & dettol sket.
Balut dengan kain gauge & bandage je.
Tangan cam pedih2 & pedas2.. maybe sebab cuci ngan detol
18.1.15
G dressing dekat klinik kesihatan.
Tanggalkan sendiri pembalut. Tangan berdarah banyak.
Tapi nurse yang cuci buat lembut2 so tak sakit sangat.
19.1.15
Dressing dekat klinik kesihatan semula.
Hari ni tangan sakit semacam.
Masa tanggalkan pembalut, xberdarah sangat macam semalam.
Kena bagi mc lagi sampai esok.
Tangan agak sakit compare tu semalam.
Nurse balut juga tapi dah boleh buka kalau duk umah katanya.
Balut masa keluar je.
20.1.15
Tangan masih agak sakit.
Duk umah, so dah tak pakai balutan.
21.1.15
Tangan dah rasa ok.
G koje
25.1.5
Tangan dah ok. Tapi huduh dan gatal