Tuesday, 8 May 2018

Seoul Part 4/ 2018 : Day 4

  
  
 

Pagi ni destinasi pertama yekla City Hall. Tujuan pertama is pegi ke Jeongdong Observatory, dekat Seodaemun Building, City Hall. Kali ni kitaorang decided nak jalan kaki je ke mari. Apa yang ada di sini? Kalau teringin nak tengok Seoul from modern & ancient view sambil menikmati kupi, this is the place. Free sajja kalau nak masuk ke building ni! Kalau time autum mesti lawa sebab bulih nampak daun kaler2. Dari cafe boleh enjoy view Deoksugung Palace belah kiri dan belah kanan tu pula padang infront of city hall.

  
  

Nampak bunga putih tu? itu bukan bunga sembarang bunga tapi the whole set up is a map of Korea kalau tengok dari atas. Yang paling gumbira si Hannah la tatap. Puas hati dia main bubble Pororo yang di pau dari adih dia semalam. Dari sini kitaorang jalan kaki lagi ke Cheonggyecheon Stream. Pagi ni tengok view siang pula sambil-sambil berehat dabn lunch dekat meja-meja yang disediakan for free disini. One thing yang aku kompius kol berapa dorang ni rehat. Dari kol 11 sampai 2 cam tu penuh dengan pekerja kolar putih berkeliaran di merata-rata, most of them ada kupi di tangan oke! Mengular kah? rehat kah?

 
  
Dari sini, kitaorang gerak ke Insadong. A place popular for its craft and traditional-feel. This is my first time exploring the area.. sebelum ni pass by je. Our main aim is Ssamzigil, shopping complex bertingkat. Selalu sangat buku tourism promote this place tapi tak pernah jejak. 
  
  
  

Lepas tu jalan plak menjejak Bukchon Hanok Village. Rasa macam nak patah pinggang dan tercabut kaki sebab jalan jauh gila. Adoiiiiii!!! Tak sure berapa kilometer la kaki menapak hari ni.. yang pasti memang jauh gila kitaorang jalan.
  
   
Letih meronda, kitaorang balik hotel untuk solat dan mandi manda, petang pula ke area Hongdae. Dah sampai Hongdae op kos la kena singgah makan bingsu satu das. Jenuh berpusing mana lah cafe Sulbing yang kitaorang pernah singgah dulu. Rupanya depan mata tak nampak... adoiiii!!! 
  


Dari sini kitaorang ke Ewha Woman University. Ini pun 1st time juga sampai. Ke sini semata-mata nak pegi tangkap gambar dekat the much talk alley dekat EWU tu. 
   
 
Akhirnyaaaa sampai juga. Next, kitaorang gerak ke City Hall. Kalau dah tengok pemandangan siang, malam pun kena tengok jugak. Ingatkan meriah skali takde orang daaaa!!! Maybe weekdays kot. Sudahnya kitaorang dinner dekat CC berdepan City Hall tu je before balik hotel melantak shrimp ball. 

Monday, 7 May 2018

Seoul Part 4/ 2018 : Day 3

Since semalam tak comply schedule yang dirancang due to hujan sepanjang hari, makanya hari ni kena la ubah schedule juga. Destinasi pertama hari ni adalah Itaewon yang popular dikalangan foreigner di Seoul. Kalau nak cari makanan or groceries halal, di sinilah tempatnya. Kali ni, for the first time lepas 4 kali ke Seoul aku jejak juga ke Itaewon mosque walaupun kebetulan pula aku tak boleh solat so duduk luar je la. Masjid ni tak lah jauh dari subway station tapi berpeluh jugak la nak menapak sebab kena mendaki.
  
 
Dari Itaewon, kitaorang menuju ke Namsan Tower. Tak tahu la apa malang hari ni, orang ramai gila. Nak naik oerumi beratur panjang, cable car beratur laaagi panjang. Hampir dah nak give up tak mau naik tapi bila memikirkan maybe inilah kali terakhir kitaorang ke Seoul so tabahkan la juga hati beratur T_T
  
  
  
  
Dari Namsan, kitaorang terus gerak balik ke Hotel. Penat dah seharian berjalan hari ni. Malam ni lepak hotel je la menikmati strawberi
  

Sunday, 6 May 2018

Seoul Part 4/ 2018 : Day 2

Plan asal hari ni ke Seoullo 7017, Seoraeseoum Island, Hongdae, Ewha Woman University area dan Namdaemun Market. Malangnya kena ubah plan sebab hari hujan so lepas sarapan dekat hotel, dalam jam 8.30 kitaorang naik tren tuk ke Seoullo 7017.. then ke Seoraeseoum Island to enjoy Canola Flower.. pastu jalan lagi sampai ke Somesevit area sampai ke Express Bus Terminal. Tak tahu la berapa jauh kitaorang dah jalan hari ni.. macam nak tanggal kaki dibuatnya oke! Pastu balik hotel rest, solat.. mandi bagai.. then petang tu sambung jalan lagi berkilometer ke Cheonggyecheon stream to enjoy lantern show.. pastu naik tren kembali ke Seoul Station for Seoullo 7017 untuk night view.

  
Tak dapat tangkap gambart dengan real Minho, gambar pun jadiklaaa.. hahaha. Kitaorang naik subway ke Seoul Station, dari situ ble la jalan kaki je ke Seoullo 7017. Previously ini yekla a highway tapi ada problem. So instead of demolishing it, they turned it into tourism spot. Since dulu it was a highway, kome boleh le berjalan kat atas setinggi 17m atas jalan dan sepanjang lebih kurang 1km yer tuan puan. Kat atas ni ada cafe, taman bunga, playground dan piano tuk main secara free oke! Since it was raining heavily, terpaksa la kitaorang p berteduh kat Hydrangae Bread Cafe sambil kupi-kupi. Bila dah teduh sikit, dalam jam 10.20 am kitaorang pun meneruskan perjalanan ke Banpo Seoraseoum Island.
  
  
  
Katanya hari ni ada festival di sini tapi senyap sunyi je. Maybe cancel la kot due to hujan. Tapi takpe la, janji sampai la juga ke mari. Kalau nak ke sini, ada  3 or 4 subway station ble turun. Mana-mana pun kome turun, still kena jalan jauh T_T. Weolls decided turun dekat Gubanpo Station. Jalan je ikut tanda arah until jumpa under pass tu cross ke sana sebab kat atas tu highway. It took dalam 700m jugakla tu reach the place. Seoraseoum island is a small manmade island yang teletak di Banpo, Hangang Park. Since now musim bunga, pulau tu akan dipenuhi yellow canola in bloom. Dari sini ble jalan kaki ke tempat Avengers belawan, Somesevitt dan kena jalan lagi dalam 700 m juga. Since tak larat nak patah balik, kitaorang decided balik dari Express Bus Terminal subway which is 700m walk juga. Tapi rasa cam seram sikit ikut this jalan sebab underpass dia cam scary sket walaupun no worries actually sebab ada cctv.

While on the way ke station, sempat la singgah lunch dekat convenience store CC. Kalau nak shopping like local, ble la ke Express Bus Terminal underground shopping centre. OMG! Memang sangat crowded tapi barang dia agak murah la. Aku paling tak tahan tang kasut, semua lawa-lawa. Malangnya aku malas nak beli sebab ketahuan orang Korea ni tak speaking english sangat. Huhuhuhu....

Kol 2.15 pm kitaorang naik tren balik hotel tuk sesi solat dan mandi manda. Petang tu decided tuk jalan kaki je area hotel. While on the way singgah dekat Myeongdong tourist center tuk amik buku Seoul tourism. Tadi ada kedai tu jual strawerry, 2000KRW je sepeket. Gila kau... tak sampai RM8 oke ble dapat strawberri kat sini. Kalau kat mesia jangan harap la. Dah la tu, peket plak kecil dan rasa buah konfom tak manis!

Jalan punya jalan sampai ke Cheonggyecheon Stream oke! Which is a 700m walk juga dari hotel. Thank god lantern dah start pasang, dapatlah menikmati view malam yang bercahaya. Lantern kali ni dipasang sempena birthday Budha kot pada 9 or 10 Mei. On that date biasanya akan ada perarakan dan lantern festival. The last time we were here we actually have the chance to experience the festival tapi terlepas sebab sibuk bercanda dekat Hongdae T_T

  
  
 
Puas merendek, jam 9 malam baru pulang hotel yaw!