Tuesday 7 May 2013

Zoom Test

Bulum zoom!
Selepas 21x zoom...

Monday 6 May 2013

90 kgs!

As of today berat ahkak da 90 kgs! dengggggg

Plus ahkak kencheng ada gula +1.. denggggg!!!!

Last week cek tadak plak gula tu. Eiiiilahaiiiii!! nasib dokter kat HUKM tu kater kalau next appt which is in 3 weeks lagi still ada gula, kena la minam air gula for the 3rd time. Eiiiiiilaaaahaiiii!! Isnin ni ada appointment dekat KKIA, hopefully ilang la gula tu.

So BN da menang.. c Chemba kata da ble tido lena. Risau katanya. As for ahkak, ahkak oke jek asalkan jangan c anu jadik PM. Ahkak memang tak pernah gemor dengan mamat ni, be it since time dia dalam kabinet lagi.

Pada ahkak 2 jek, asal bukan si anu jd pm & asal bukan dalalippa bermaharajalela kat mesia ni cukupla. I know, it sounded the rrrrrrrrr words kan.. tapi ada aku kesah! Biar putih tulang, jangan putih mata ging. This is our country. I dont understand what paalippasis doing dalam the pakat2 geng. I think they were better off alone rather then being a joke there. Tapi part insan2 berambut ikal, berkulit sawo matang & bermata tak la berapa nak sepet dok route for dalalippa tu yang paling tak ble blah. Memang darah sama merah, rambut sama itam.. tapi ati tak samo ging! Talk to my hands la for equality. Try ask those yang pernah kerja dengan other race, bilamana at the same post or entry level gaji ko ngan gaji or bonus yang dia bayar kat bangsa dia jauh lebih tinggi, or bila ko nak mintak kerja they specific that you must know their language macamm la tak ble guna english je for the case of inter-national.. Or bila ko g workshop ko kena mark up price gegilo.

Ahkak ni pon ramai gak kawan dengan bangsa lain. Pada ahkak cukupla kita bergaul sesama kita orang mesia ni mengikut adab bermasyarakat dan saling menghormati cumanya kalau spesis bangsa kurang survival cam orang kita ni, jangan la sampai alpa dan tak de ruginya kalau sentiasa berjaga-jaga.


Sunday 5 May 2013

We Poll @ Parkson

Hasil Tangkapan
Bayar! Bayar!
Pearl-To-Bright Whitening Cleanser 125 ml @ RM115.00
Skin-Smoothing Eye Mask 30ml @ RM142.00
Whitening Repairing Night Cream 50ml@ RM240.00
Shaping Facial Lift 50ml @ RM245.00
Body Lift Cellulite Control 200ml @ RM 210.00

Free gift
Relax Bath & Shower Concentrate 50ml
Extra Firming Body Lotion 30ml
Exofoliating Body Scrub 30ml
Body Shaping Cream 30ml
Contour Body Treatment 10ml
Body Lift Cellulite Control 10ml
Eau Dynamisante 5ml
Clothes bag x 2nos
Red Sarong

The best part shopping dekat Parkson ni yekla every Rm100 you spent on cosmetics, RM10 will be rewarded in the form of coupon + another RM10 if you spend moe than RM150.. Since ahkak spent more than RM900, ahkak dapat boucer sebanyak RM150! Kaw ado?!! Banyak tu. So ahkak pom p la sopping blazer2. Ohohohoho... siukk eh!

Saturday 4 May 2013

Kembar Warna

Sama tapi idak seghupa!
Sama kan? Op kos la. Yang pinky besar aka ultrabook tu adiah besday ahkak tahun ni. Memandangkan tahun ni ahkak tak amek cuti sempena birthday sendirik makanya ahkak gantikan dengan membeli benda alah ni. Soooka sebab ia adalah ringan, aktuali berat sikit dari ultrabook acer ahkak yang skrinnya 2" lebey besar.. tapi yang paling ahkak sooka sangat sebab ia adalah touch screen oke!!! & the price pom sangat logik dan relevan la tuk orang mesken cam ahkak ni.. hohoho

Friday 3 May 2013

Happy BurfDay!!

Hari nih ahkak da genap 32 tahun.. eyayyyyy!!! Hadiah Birthday ahkak, c Chemba ngan lil D. That is the best gift ever!

Adiah birthday? Ada tahunnya ahkak akan amek cuti sempena meraikan birthday sendirik tapi this year malas lah.  Da banyak sangat cuti ahkak amek gara2 nak g ospital & klinik. Nasib ahkak keja gomen.. at least tak do la bos berkira sangat pasal cuti. Kalau nak halal masa yang diguna tu, pandai2 la tambah working hour, working speed ka, or guna la duit sendirik tuk beli barang kegunaan di pejabat. 

Thursday 2 May 2013

My Favorite Meal @ Sungei Wang

Ayam Penyet Ria katanya....

Wednesday 1 May 2013

From Clarins with lap!
Bayar ni, mahal siut!
Shaping Facial Lift Wrap 75ml @ RM180.00
Shaping Facial Lift 50ml @ RM245.00

Free gifts
Body Lift Cellulite Control 8ml x 2 packs
Intensive Brightening Serum x 3 packs
BB Cream x 2 packs
Extra Firming Body Lotion 30ml
One-Step Gentle Exfoliating Cleanser 20ml
Shaping Facial Lift 5ml
Advanced Extra- Firming Eye Contour Cream 3ml

Produk kegemaran ahkak, Clarins. Series V-shape ni ahkak da pakai sejak lebey setahun lepas & resultnya adalah wajah ahkak yang halus mulus tulus kaw memank debom! Miahahahahahahawww..

So far ahkak memang sangat puas hati la. Tak macam time pakai skII dulu. Memula oke, skalik lama2 bila kena panas kulit jadi gatal. V-Shape ni kununnya bule buat bentuk muka jadik V.. ye la sangatttt. Hoho.. ada la kesan jugak. Tu pun ahkak pakai sekali sehari jek. Kalau dua kali sehari, maw ahkak sun melecun kot :P

Dulu pakai dua jek, tuk muka ngan mata. Now stat cuba mask.. kononnya tuk buang water retention. Terai2 semalam cam best la.. segarrrr muka i. Promoter Clarins kat Parkson Sungei Wang ni memang sangat best. Memula beli V-shape cream tu jek.. dia bagi macam2 gift. Pas p redeem kupon, ahkak beli plak mask. Ni pom dia bagi macam2 gift gak. Meriah tol gift2 ahkak oke!

Free gifts.. yeayyyy!!
Hari ni kitaorang dapat RM80 henget kupon. Tak taw la ada promotion apa kat Parkson ni. Si chemba kumpul bonus link point lama gila baru dapat 70 hengget.. ahkak sopping berapa jam jek da dapat 80 hengget oke! Kerja hari ni beli 3 handbag yang sumernya berega RM150 ke bawah. Tawla.. ahkak ni tak kose nak bazir duit bayar memahal tuk beli handbag yang cinoet, paling mahal ahkak sanggup belanja RM150 jek tuk satu. Ahkak kerap beli beg tapi beli beg jenis kain yang paling mahal pon 40 henget je kot. Tapia pa kena ntah hari ni ahkak beli sampai 3. Pedehal selama ni kalau lalu kat bahagian handbag, memang tak lalu la nak beli. Memula rembat dua, skalik ternampak satu beg kat Guess ala2 briefcase tapi kici. Seswai la nak muatkan pipid, mera2 ngan popon a.k.a ipad, camera ngan phone ahkak. Semua gadjet kat umah ahkak ada nama oke.. lappytoppy tuk laptop, tabytaby tuk tablet.. yang terbaru no~te2 tuk pon c Chemba.. hahaha.
Early Birthday Present!

Monday 29 April 2013

Sunday 28 April 2013

Ahkak tetiba teringin sangat nak makan a.m riser kat KFC. Kol 9.15 kitaorang da terpacak kat Jusco sambil2 terai power camera ahkak. Cuba ko tengok maria, effect lepas 21 kali zoom.. gilo clear. Gambar ni tak clear sbb upload quality oke!

Dari sini zoom 21x...........
... inilah hasilnya. Tadaaaaaa..
Pas tu, bukak jek gate Jusco, teruss serbu Jusco la.. apa lagik. Alih2 tersetop kat kedai digi, alih2 terbeli plan Galaxy Note 2 tuk c Chemba. Miahahahahahaha… terrrrr kan! Gila murah plan dia. Kalau pakai digi yang RM148 per month, bule beli phone ni dengan rega RM939 jek dari rega asal RM1899. Maknanya jimat dalam seraban oke! & plan tu plak ada 600 minit free call + 6 GB tenet sebulan. Hohoho.. apa lagi.. rembat la.

Saturday 27 April 2013

Dari semalam ahkak rasa kat bebawah ni da stat sakit, ala2 sengal gitue. Nak jalan pom payah, siap terkang kangkang lagi. Agaknya sebab kecian tengok ahkak, tetiba c Chemba ajak g release2 kat Bukit Bintang. Makanya kitaorang pom p la dating. Skalik terlintas kat pala ahkak nak beli camera, specific --> SAMSUNG GALAXY CAMERA!

Pas mamam, teruss pecut balik umah. Kunun nak p beli kat SenHeng.. skalik tadak stok. Try plak g Samsung kat blakang nun.. tadaaaa.. adaaaa la! Memang heaven tol kalau kedai pusing keliling umah ni kannnn.. muhuhahahaha..

Time nak swipe kad, skalik kedai tu tadak mesin tuk kad maybank. Eiiiii!!! apakah?! Ahkak pom balik umah dengan kuciwa. Sampai2 umah, tetiba teringat ada kad satu lagi. Terus call kedai tanya cino tu ada tak mesin tuk that kad. ADO! Apa lagi.. g balik kat kedai. So, tadaaaaaa……. Dapatlah ahkak kamera ni dengan rega RM1699 + 2 bijik bateri ekstra + pek broadband maxis.

21 kali zoom wa sakap lu!
Sudahnya satu petang ahkak laki bini duk terkekek-kekek sambil membelek menda alah ni. Kamera nih ble function mcm ipad.. ble bertenet tapi tak ble call, even sms pom bole oke! Pas ni bule la ahkak kuarkan ayat2 poyo cam “Nanti ko tolong emel g kamera ahkak or “Nanti ahkak bukak attachment tu kat kamera ahkak ni” miahahahahahawww…

Thursday 25 April 2013

Gara2 salah tengok date appointment HUKM, maka sio2 ahkak cuti hari ni. Patut isnen hari tu.. tah macamana ahkak ble tak perasan. So, next 2 weeks la baru ble cek lil D.

So kitaorang pom decide g melawat pegawai loan Bank Rakyat… then petang tu g Kajang plak jumpa lawyer. Makanya konfem la kitaorang akan membeli our first house yang sempit tapi lokasinya adalah sangat strategic. Kedai depan blakang umah.. dari kedai letrik, klinik2, kedai barang baby, kedai2 toys, kedai computer, kedai spek, kedai baju, farmasi, bengkel keta, pasaraya sampailah kedai makan. Pizza Hut, Dominos, Tutti Frutti, Old Town, Papa Rich semua ada. KFC pom tak jauh. Gerai makan & restoran jangan cerita la.

Pastu dekat dengan tasik. Hospital ngan stadium pom tak sampai 2 km dari umah. Kalau cakap pasal bank kome pilih la dari Maybank, RHB, Public Bank, Ambank, Argo Bank, BSN, Bank Islam sampai la ke Bank Rakyat ada kat situn. Balai polis, pejabat pos, masjid, skolah, JPJ pom ada dekat situn. Distance nak g Midvalley, Bukit Bintang, pusat bandar & KLCC lebey kurang jek + easy access ke highway. Kat situn gak ada komuter & lrt.. heaven kan! Yang penting, semua nih within jarak berjakan kaki jek.. hohohoho

The House
Hidden kedai
Taman permenan
A place tuk c Chemba eksesais

Monday 22 April 2013

Patutnya ahkak ada kursus hari ni ngan esok tapi terpaksa burn sebab banyak benor la plak kerja. Ni semwa gara2 nak kena prepare report tuk miting pengurusan kat genting khamis ni.. which op kos la ahkak tak ble attend sebab lil D da masuk 35 weeks time tu. Tak kose la kalau ahkak terberanak atas tu.. hohoho. Nasib baik ahkak da pegi ngan c chemba pas balik dari seoul hari tu.. kalau tak maw meleleh air mata kepunan tak dapat nak g genting.

Lately belakang ahkak makin teruk. Urut banyak kali pom cam tadak maknanya. Bayangkan kalau lil D jek da 1.8 kg.. or silap2 da 2 kg.. kolam renang & tempat bersemayam dia jek maybe da dalam 1.5 kg.. adala dalam 3 or 4 kg berat kat perut jek. Kalau sebab lemak & kegemukan, weight akan distributed to the whole body so tadakla siksa bebenor nak bawak badan. Tapi kalau kes sekampit beras 5kg kome usung dengan perut siang malam, siap landing atas perut lagi time tido.. maw tak stress tulang belakang.

Sunday 21 April 2013

40 More Days

Hari ni anak dalam peyut ahkak da berusia genap 8 bulan.. meaning ada 40 hari lagi. Lately ni ahkak makin teruk. Gastrik, mual & sakit belakang.. tu lah peneman ahkak siang malam. Kalau previously sakit belakang ble hilang pas c Chemba urut, now da pandai plak tak elok2 walaupun da urut sejam.

Paling tak paham, mual! Ada masanya termuntah jugak la. Asal pas makan jek konfem mual. Agaknya mungkin sebab 1st trimester ahkak terngelat, 3rd trimester ni dia balas dendam plak. Eiii!!

Hari ni anak fruit ahkak c Adam meow meow datang melawat. Sedar tak sedar, da besar da anak fruit ahkak ni rupanya. Lagi 40 hari adala kawan gegel ye..

Saturday 20 April 2013

Walaupom perut da macam nak malatop, ahkak masih berselera lagi nak g berjalan2 kat jalan TAR. Kalau last week cam tak larat, ni hari ada semangat sikit semata-mata sebab nak beli dress getah kat sebla First Lady. Apa ntah orang skarang ni panggil, perplum dress kot. Yang cutting ala2 baju tahun 60an kununnya. Ahkak kan nimang sooka baju2 getah ni sebab tak do lah membuang masa nak iron. Tambah2 c Chemba pon bekenan tengok ahkak pakai sebab cutting baju dia santik. Even preggy 8 bulan pom masih ble pakai lagi.

Rasanya koleksi baju getah ahkak kat umah nun memang cukup2 la untuk dua minggu kerja.

Kekadang rindu juga dekat opis lama.. time tu ahkak ble pakai apa saja yang ahkak suka. Tadak sapa nak marah ahkak pakai jeans dengan selipar jipun pun T_T

Thursday 18 April 2013

Memandangkan bos tadak.. makanya ahkak bertenet jek la. Sudahnya tergoogle gender predictor. Macam2 prediction yang ahkak jumpa.. ada kata boi.. ada kata gel.. tapi most kata gegel. Scan pon kata gegel.. makanya ahkak ada da la beli baju pink selai dua. Moga2 betul la gegel.. kalau boi, terpaksa la ahkak sedekahkan je baju lil D tu. Apa2 pon.. ada lagi tak sampai 2 bulan jek lagi nak tahu.. Eeeeee.. sapspen lagi tak sabar mamme nak!

It's a GIRL?
No? it's a BOY?
No? It's a girl?? Oww!! come on!!!!!

Saturday 13 April 2013

Hari ni hari duk umah. C Chemba plak menyambung aktiviti melawat hospital keta. G la satu workshop apek ni. Memula apek tu kata motor kipas suda hangkang.. tukal baru dua latut la. Chemba minta apek tu cek wiring connection dulu kot2 itu jek ploblem dia sebab ada la member kat opis pun pernah kena. So apek tu pun terai la test connect g motor baru &, yap! Kipas still tak jalan gak.

Sudahnya orang tu cuci board & tukar soket tu kot.. barula kipas oke akhirnya. Sukurr tah nak! Kalau tak, mau melayang gak duit. Kat 1st kedai yang c Chemba pegi tu quote cecah 5k++, kat Proton SC plak kata 1k++, kat apek tu baru RM80. So tuk sesapa yang ada keta saga BMW.. ops.. BLM cam ahkak, kalau aircond tetiba ala2 gedik sejuk tak sejuk.. cecepat la g cek. Maybe bukan gas yang habis cam keta ahkak. Punyala assume gas habis sebab keta tu da nak masuk 5 tahun tak pernah isik gas lagi. Nasib baik da oke. Da oke ke? Ntah la.. harap2 oke la. As long tak mati tengah jalan, udah le...

Friday 12 April 2013

Tadi c chemba g SC Proton. SC tu kata motor kipas nak kena tukau nih.. then radiator pun kena tukar sebab air leak dari cap. C Chemba tanyala, apsal tabley tukar cap jek. Mekanik tu cakap tak kan settle kalau takat tukar cap jek sebab head tu cam da rosak. Mau2 seraban. Fan tu ahkak ble tahan lagi.. hanya kerana radiator cap yang seciput tu jek kena tukar the whole radiator?!! Rasa nak marah pulak ahkak dengar. Nasib ahkak tengah preggy. Dulu keta Hyundai sonata buroq ahkak yang da bebelas taun kat jalan raya tu pun ada prob leak kat cap gak.. tukar cap 3 hengget terussss oke! Hampeh! Lemau sangat keta mesia ni ye?!!

So.. kitaorang decide nak servis jek dulu. Kitaorang ni memang sungguh la menyahut seruan “sokongla barangan buatan Malaysia” Eery servis jek mesti hantar proton walaupun warranty tadak, op kos la walaupun memang tahu sangat yang rega servis dia mahal compare to kat luar. Tadi jek kena dalam RM268.. servis plus tukar cap bodo 30 hengget. Cap pon 30 hengget.. kalau beli kat luar 5 hengget kotttt paling mahal.

So, sambung citer. Ingat da oke la keta.. skalik temperature naik time c Chemba da dekat2 nak sampai area umah. Sudahnya ahkak kena la berjalan kaki lagi hari ni. Rasanya jauh ahkak jalan dari opis ke umah tak kurang gak 1km. Turun naik tangga belum kira lagi.. rasanya lebih 200 anak tangga kot. Kalau single tak pe.. da nama berduet dengan anak lam perut, ada gak la rasa nak pitam berapa kali sepanjang jalan tu. Hangin sepoi2 bahasa gak la ngan c Chemba. Abang dia offer keta dia kata takyah.. adik ahkak offer keta pun dia kata tak payah. Yang kena jalan ngan perut buncit bukan dia.. tapi ahkak ni! Takat kaki sakit & nguilu tu ble la tahan.. part pening berpusing & rasa cam nak pitam tu yang ahkak seriau. Baknya ahkak black-out, sapa nak tolong hah?! Kalau kena jalan jek tak pe.. part memanjat tangga yang banyak gila tu yang ahkak tak ble blah.

Sampai2 umah.. c Chemba dengan muka bersalah bukakan pintu. Nak marah dia, bukan la salah dia pun. Dia tak suruh pun keta rosak. Tapi ahkak da sakit perut ngan pinggang tahap gaban.. pening & rasa nak muntah tahap petala langit.. + sedey la sebab kena jalan jauh. So terus menonong masuk bilik & kunci.. next, op kos la ahkak menangis mengenang nasib yang kalau dikira tadaklah malang sangat ponnn. Cam drama swasta la jugak tadi. C Chemba yang memang da sedia rasa bersalah tambah la saspen kot. Jenuh dia ketuk suh ahkak bukak pintu.. harem ahkak tak hirau sebab ahkak da termelutut kat katil tu haa sebab sakit sangat. Ketuk2, tak kena layan.. pulas2 pintu.. tak kena layan. Tak tahu macamana dia ble teringat bilik tu ada kunci, terusss dapat bukak. Hohoho..

Ahkak ni nimang cenggini. Kalau sedih or rasa cam hangin kus2 naik kepala, sepatah pun ahkak tak bercakap. Paksala camana pun, memang tak kan punya. Nak membelbel & mengomel bukan style ahkak…

Makanya tamatla kesah drama swasta ahkak laki bini hari ni tanpa sepatah kata pun dari ahkak sepanjang hari.. hohoho..

Thursday 11 April 2013

Gara-gara ahkak berjalan sampai nak pitam semalam, sudahnya hari ni ahkak terpaksa mencutikan diri sebab kaki ahkak adalah ngilu dari tapak sampai ke betis. Kalau takat jalan beberapa langkah ke toilet pon kaki ahkak sakit, apa lagi nak g opis. So, duk la ahkak dediam kat umah sambil tido2.

Umah ahkak da jadi one bedroom apartment since c Chemba hangkut tilam kitaorang yang tersangatlah berat ke ruang tamu. Da dekat 2 minggu kot kitaorang tido kat ruang tamu tu, since ahkak kena sakit belakang. Alhamdulillah now da bole tido dengan aman balik sebab sakit belakang da kurang. Thanks la pada tangan c Chemba & mesin urut ahkak yang kiut tu. Sungguh berjasa mesin itew sebab memang dia urut sampai ahkak rasa lega. Cuma sakit dada jek tak ilang2 lagi. FYI, culprit untuk sakit dada & belakang yang ahkak alami yekla gastric jek sebenarnya! Jahat gila gastric ni!!!

Hari ni c chemba buat sesi melawat ke ‘hospital’ kereta a.k.a workshop. Nak la tau apa kenanya dengan c putih yang selama ni behave, alih2 buat hal malam tadi. Mekanik kat kedai tu kata memula detect motor kipas problem. BLM ni kipas dia satu jek, share kipas radiator ngan aircond. Yang tu dalam 350++. Tengah test2 tetiba light engine chek plak menyala. Mekanik tu kata kena buka & overhaul. Kalau tukar gasket, mau2 2 raban.. kalau full overhaul dalam 5 raban++. C Chemba kata macam nak pitam dengau. Mana tidaknya.. mana nak cekau 5 raban. Elok ahkak buat downpayment beli keta baru kot! Kalau 5 ribu, lepas la payment setahun keta baru.

Last2 kitaorang decide hantar proton.. suh proton plak cek.

Wednesday 10 April 2013

Hari ini adalah hari yang SABARRRRRR JAK LA!

Satu hari da sibuk dekat pejabat. Berjalan ke hulu kehilir, turun naik ofis bekali2.. Skali petang td c Chemba kata dia ada miting, so maybe lewat sikit. Ok.. Kol 4.30 ahkak rilek, kol 5 ahkak kool lagi.. Kol 5.30 ahkak masih kool. Kol 6 da rasa gelisah sikit tapi still ok.. Tapi bila kol 6.40 pun tak nampak bayang lagi.. Ahkak da tak bole sabar dah. Da ketahuan ahkak ni memang pantang menunggu kannn.. Makanya walaupun hujan lebat & kilat sabung menyabung kat luar tu.. Ahkak gagahkan juga jalan sampai ke lrt dalam keadaan perut boyot nak masuk 33 minggu! 33 oke.. Anytime pon boleh terberanak.

Bayangkan sepanjang ahkak jalan tu ramai gila workers2 bangla construction. Tawakal je moga tak jadi apa2. Klau berbadan satu mungkin ahkak boleh la sepak terajang tapi dengan perut boyot nan sarat ni.. Apa la yang mampu ahkak buat. Pastu ada plak pokok tumbang so ahkak kena berjalan tengah jalan ngan kereta yang lalu lalang dengan laju ala tak sedar diri hari hujan. Time jalan tu juga brapa kali almost kena tempias air hujan gara2 manusia2 bawak keta yang tak bertimbang rasa langsung drive laju2 walaupun air dalam. Tu belum masuk seluruh badan menggigil & dada ngan belakang yang sakit. Kasut ngan kain dah basah lencun. Belum masuk part ahkak turun naik tangga lrt yang banyak gila. & budak dalam perut ni walaupun bila dia x gerak sangat terasa la ringan.. Tapi ahkak risau sebab dia macam kurang gerak hari ni.

Nak dijadikan cerita, sungguh malang sebab kunci rumah pula tak bawa. Kena la tunggu c Chemba yang stuck ntah kat mana. Da letih2 sampai rasa nak pitam & termuntah.. C Chemba call kata kereta breakdown tengah jalan. Ya Allah.. Time tu tak tahu nak cakap. Dengan kaki n kain yang masih lencun, hati yang masih panas, belakang yang sakit sangat, kaki ngan tangan yang mengigil.. Tak tahu la nak cakap dah. Memang la sungguh, sabar sahaja lah. Now da 8++.. Ahkak masih stuck dekat restoran dengan hati yang bengkak!

... Akhirnya kol 9 lebih baru dapat masuk rumah. Oh! Sungguh sakit hati

Tuesday 9 April 2013



Koleksi buku ahkak.. Ni baru almost half jek kot dari total buku2 preggy yang ahkak ada kat umah ni. Gara2 pegi kedai buku mamak kat depan umah la ni. Rasanya ahkak ada lebey 10 buah kot koleksi buku preggy. Sungguh2 rupanya ahkak borong time pegi Big Bad Wolf hari tu. Tapi kannn.. kalau tak preggy pom ahkak tatap jugak kot beli buku2 ni.. Hohoho. Alasan kann! Kalau da nama hantu buku cenggitu le.

Now tengah bizi nak bagi nama. Hari u macam da konfem, skalik macam nak ubah fikiran la pulak. Kalau baby boy da konfem da nak namakan apa, tapi baby gel ada kompius sikit. Banyak benor nama sampai tak taw nak letak.

Monday 8 April 2013


1.8 kg baby!!!!
Muka jadik cengini sebab dekat sgt dgn dinding perut mamme!
Little angle!
Heart rate
Carta pertumbuhan lil D
Haaa... Kalau sapa tak pernah scan 3D/4D.. Ni la dia. Walaupom ahkak laki bini aktuali pon kompius tang mana la 4D ni, tapi ini lah hasilnya. Reganya adalah RM180.. Mahal oke! Kalau nak murah kat KL ni tak taw la ada ke tak. Paling murah pon atas seratus jugak kot.

Lil D hari ni pemalu.. Pala da letak cantik kat bawah, tapi muka tanak tunjuk. Sepanjang scan tu dia asyik palingkan muka. Wah! Kecik2 da jual mahalll anak ahkak ni. Since dia sangat pemelu & letak muka dia rapat sangat dengan tempat bersemayam dia dalam perut ahkak ni, makanya tak dapat la nak shoot gambar muka yang clear. Nasib baik kali ni dia tak tunjuk tapak kaki.. Instead, dia bukak kaki dia so mamme ngan dadde ble tengok dia kakak or abang. Walaupom ahkak pon tak jelas sangat, amoi scanner tu kata baby gel. Wah! Pink la rumah ahkak nanti maria!! Apa2 pun tunggu je la masa lahir nanti.. Amoi tu cakap dia da 1.8 kg. Brat dah anak mamme ngan dadde ni rupanya. Baru berapa minggu da naik 300 gram. Moga2 kamu tak la sampai 3.5 kg ye nak ye. Apa2 pom mammme ngan dadde harap kamu kuat & bertahan ye. Lagi berapa minggu kita nak jumpa. Mamme ngan dadde da tak sabar sangat nak jumpa kamu, nak pegang kamu... Nak peluk cium kamu..

Sunday 7 April 2013

Hari ni sambung lagi haktiviti membeli barang bayi dekat ekspo. Hari ni ahkak semangat bili tungku besi, baby carrier ngan diaper mamy poko. Member2 ahkak kata Mamy Poko ni diaper paling mahal tapi kat sinin dapat la tuk 48pcs new born dalam 26 hengget jek sepek.

Nanti mamme ble hangkut baby dalam ni... yeayy
Paling suka baby carrier ni. Tak sangka kitaorang sanggup berbelanja dekat 300 henget semata2 menda alah ini.. eeeiii!! Tak paham. Ada 3 pattern, range dari RM220, 240 to 260. Kalau RM220 tu kain plain.. memandangkan ahkak tak gemor la yang vunga2 ayu, makanya amek yang plain. Yang black tinggal satu jek. Masa kitaorang nak beli tu pulak ada one customer tengah belek. Nasib baik dia out of cash.. whohooo!! Terus sambar. Semalam time penjual tu demonstrate ada guna baby insert.. ropanya rega asing2. Cheh! Tertipu ahkak laki bini. Benda alah tu jek da RM75 hengget. Tapi insert tu memang seswai tuk baby. Ble guna as changing mat or kalau nak baringkan baby kat mana2. Pastu ada bantal keras so the baby bole ditinggikan sambil2 duduk rest atas tu.

Plan beli carrier ni asalnya gara2 ahkak laki bini tak gemor ngan stroller. Cukup pantang kitaorang kalau orang tolak stroller tak mengira tempat. Time pameran sesak tu pun ramai gak mak bapak yang vangang tolak stroller. Agak-agakla kalau nak tunjuk pon kome ada stroller gabak, ahkak ni 32 taon dulu da pakai da benda alah tu oke! Silap2 time tu kome pon tak lahir lagi. Bukan la ahkak menolak penggunaan stroller ni 100%, tapi tengok2 la kat mana kome pegi. Takkan la kat tempat sempit lagi sesak pon kome nak tolak mendalah tu. Kalau takat orang berjalan da berlaga dada bertamu punggung bagai, apa lagi kalau ada stroller menyebok kat situn. Ahkak rasa memang nak sepak2 jek stroller ngan mak bapak dorang sekali. Menyusahkan orang!

Saturday 6 April 2013

Kol 10 sampai midvalley.. lepak2 mamam kat mcD dulu before g ekspo. Hari ni pegi lagi dengan harapan nak membeli barang ahkak.. bukan barang lil D oke!

Hari ni berjaya membeli Autumz nursing bra dengan banyaknya. Kalau beli kat one baby world, pas diskaun baru RM36 paling murah tapi kat booth Autumz nih ble le dapat dalam 29 hengget selai. Pastu beli bottle warmer Bean.. biasa rega kat luar dalam RM89-99 hengget.. kat sinin dapat la dalam 70 hengget. Ohohoh.. siap beli bantal moon or rasanya lebey kepada pisang gergasi dengan rega RM127. Bantal yang kununnya design for assisting pregnant mother tidur lena.. survey kat tempat lain dalam Rm179 oke.. gila.. hanya bantal jek pon ble rega itu. Tapi dekat booth yang ahkak pegi ni dia jual RM99 hengget for yang berlapikkan cotton.. Rm127 tuk yang hospital grade which kunun kalau air tumpah ke atas tu or baby muntah ke.. tak la meresap & ble lap2 jek. Siap beli buku mother2 berehga RM 40 ngan storage bottle susu Rm28/pack. Pitam T_T

I call this Pisang Gergasi!
Lil D punya barang...
Mamme punya barangsss...
Esok c Chemba ajak pegi lagi sebab cam terbekenan dengan Pognae Baby Carrier yang kununnya best seller kat Korea. Yang jual tu pon amoi Korea.. haram tak paham Malay. Nasib baik English oke.

Kalau ikut plan asal.. malas nak beli dulu barang2 baby nih. Cadangnya nak beli cukup2 tuk hari bersalin jek. Tapi bila fikir2 balik.. alang2 dapat murah time offer ni.. beli jek la. Tambah pula kalau beli pas deliver.. konfem2 si Chemba kena g sopping sendirian. Konfem2 kepala dia pening. Laki ahkak ni terrer gak bab beli barang baby sebab dia biasa belikan tuk anak2 buah dia.. cumanya ahkak tak sampai hati la pulak.


Kunun nak balik awal dari ekspo tu spaya ahkak ble rest.. skalik ahkak masih versemangat nak membeli belah. Tak dapat kat ekspo, kat One Baby World blakang umah ahkak tu pun jadiklaaaa.. rembat nursing shirt ngan tuala lil D.. pastu baru balik umah zzzzz. Malam tu kaki ahkak duk jerking sebab letey kot.

Sejak2 masuk 3rd trimester ni.. ahkak rasa badan ahkak yeklah sangat bertenaga tapi at kaki ngan perut ahkak ni tak mengizinkan ahkak berhaktiviti dengan cergas. Time bejalan2 sihat jek.. bila malam mula la picit sana.. picit sini. Adoilaaaa badan!! Lil D pon sama.. asal malam jek mula la dia tendang sana tendang sinin sampai ahkak ble terjaga dari tido. Punya hebat la dak kici ni..

Friday 5 April 2013

5th Maternity & Children expo
Alkisahnya kurang lebey kol 12, dua ibu mengandung & 1 ibu post mengandung bertolak la dari opis ke midvali. Semua ni gara-gara nak g ke 5th Maternity & Children Expo kat midvali yang berlangsung stat hari ni sampai ahad. Nasib baik dreba c Chemba yang collect ahkak kat opis tu hari tunjuk camana lalu kat jalan belakang ikut mahameru, makanya perjalanan ke midvali tak jem langsung.. sukurrr tah nakk!! Memandangkan c Chemba otstesen, makanya hari ni kitaorang mempergunakan season pass dia. No hassle on parking walaopum semua parking kononnya full. Whooo.. jimat duit sebab tak yah bayar parking juga!

Hari ni ahkak cuma beli skirt jek.. wah! Belanja berhemah kunun. Pedehal esok nak ajak c Chemba plak berangkut barang. Paling tak sangka ahkak ble Q tuk amek goodie bag. Nak munta dengan perangai sendirik! Ni semua gara2 ahkak nak kena berkepit ngan mak buyung ngan mak post buyung yang dua orang tu... takut ‘tercicir’ dari puak kunun. Kalau ahkak g sendirik, haremmm ahkak nak Q fefanjang oke! Dapatlah beg, makanan baby ngan mini shower cream.

Tengah member2 ahkak sibuk menyopping, ahkak plak sebok kat gerai makanan baby. Habis semua biskut baby ahkak terai. Ada free taster, apa lagi… hantamm la masuk mulut. Tetiba terjumpa biskut baby kegemaran ahkak yang my mom selalu belikan tuk my sis dulu.. terussss makan bersungguh2 sampai cam tanak pindah g booth lain. Miahahahaha…

Tuesday 2 April 2013

Hari ni saja nak tulis pasal sakit orang ngandung.. apakah? Hohoho

Sepanjang ngandung ni, rasanya semua jenis sakit yang sinonim dengan orang ngandung ahkak da rasa. Cuba lihat senarai penyakit jadian ahkak ni haaa..

1st Trimester
Dua-dua belah kaki sakit
Tulang punggung sakit
Pala sakit kadang2
End trimester, gastrik tahap petala langit sampai muntah tetiap hari
Kerap kencing


2nd Trimster (The most stable trimester!)
Masih gastrik tahap petala langit, tapi da getting better towards the end
Tulang punggung sakit
Tulang tapak kaki kiri sengal
Tulang peha atas kaki kiri sengal
Round ligament pain
Kerap kencing


3rd Trimester @ 7month ++
Gastrik.. tapi da cam oke sebab control makan esp yang pedas & oily
Sakit belakang tahap gaban sampai tetiap hari kena urut
Sakit dada & sesak nafas
Letih tanpa sebab & mata panda
Tulang peha atas & bawah kaki kiri sengal
Tulang tapak kaki kiri sakit
Telinga masuk air sampai pekak dekat 3 minggu
Tulang punggung sakit
Kadang2 boleh nampak star menari2 or berudu berpusing
Kerap kencing & yak2
Otot kaki kadang2 rasa cam nak cramp

See.. banyak nor la penyakit ahkak ni rupanya ye! Nasib la asben ahkak mampu bersabar dengan kerenah ahkak ni.. hoho.

Monday 1 April 2013


Water junkie!!!
Sejak preggy nih ahkak da jadik hantu air. Bayangkan kalau satu pagi ble minam air kosong 1 L.. malam 1 L.. petang ngan tengahari belum kira lagi. Tu baru air kosong.. air manis belum masuk book. Ko bayangkan betapa sendat perut ahkak ni maria!

Air! Air! Air! Sudahnya perut sebu. Memula tu risau gak awatla ahkak gila minum air compare to sebelum2 ni. Kencheng suweet keh.. Alhamdulillah dua kali minam air gual, dua2 kali paras gula ahkak normal. Kebaikan minam air banyak ni yeklah ahkak tak sembelit. Yelah, orang kata ibu mengandung ni senang sembelit tapi ahkak satu hari dua tiga kali membuang.. semuanya lembik belako. Ewwweee kann!! Jangan imagine suda la.. hohoho. Orang kata lagi ibu mengandung ni badan panas. Tapi walaupom umah ahkak tu panas gilo, esp kat bilik sebab sebla umah tu tangga & direct sunlight nan memancal2 kat dinding time siang tu menghangatkan umah yang memang da sedia hangats.. ahkak rasa masih oke la lagi. Sukurrr tah nak!

Hari tu cakap ngan c Chemba.. ahkak nak buat wasiat lah. Kot2 ahkak mati bersalin keh. Yelah… mana la tahu kan. I know I sounded like nak berdrama swasta pulak kannnn.. Walaupon rarely dah kita dengar orang mati bersalin, tapi still ada gak yang tak ditakdirkan dapat tengok baby dia langsung cam kawan pada kawan ahkak. Though the baby survived.. the mother cant make it. Kuasa tuhan takde siapa tahu..

Sunday 31 March 2013

Pagi tadi tengah baring2 tengok tv kat depan ruang tamu dengan c Chemba yang tido berdengkur.. lil D buat lawak dalam perut ahkak. Ahkak sibuk nak berehat, dak kici ni plak bizi benor dengan aktiviti menendang2. Bukan takat tendang, tendang menendang oke, banyak kali pula tu. Tataw la apa yang dia tak selsesa. Ahkak pom selak la baju nak tengok perut.. skalik nampak perut ahkak bergerak2. Macam ada benda mengetuk2 nak kuar dari dalam. Rasa bahagia bila tengok perut sendirik jadik macam tu.. dan rasa kelakar at the same time.

Tak sabar nak jumpa lil D. c Chemba kunun da plan nak didik lil D cara old skool. Tak maw dedah sangat dengan gadjet2 cam vevudak skarang. Ble bagi guna tapi ada limit time. Dia tamaw anak dia manja sangat cam anak buah dia. Miahahaha..

Ahkak?? Ahkak nimang penyayang ;P Tapi ahkak dolu2 dididik cara ala2 askar gitue! Dsiplin! Dispilin! Disiplin! Sebab bapakkk ahkak cikgu displin!! Muhahahahaha. Kitaorang dolu kena ajar bangun kena awal, tido kena awal, time managment kena at least punctual or most of the time wajib lebey awal.. kalau tak kena tinggal la ko jawabnya, pas kol 8 malam takde jenjalan rewang.. max kol 9.. selebey tu tidur time, tv ada time, main & belajar ada time, gelak or bercakap toksah nak macam setan sangat, g mana2 memang behave, especially dengan orang tua.. toksah la verangan nak minta macam2 or melalak or tarik muka hanjeng or cakap menjerit2.. konpem kena bagi “hadiah” penampar kaw2, part lembik, lemau lagi sikit2 mengadu domba toksah nak buat sangat.. konpem tak kena layan, or yang paling besa ko pula yang kena marah. Kemahiran alert lagi memikirkan apa yang kita buat perlu tak memberi kesan negative pada orang lain & kemahiran hidup cam yang cikgu KH ajar kat skola dolu contohnya bertukang, jahit menjahit & dapur mendapur plak, mandatory oke! Hasilnya, kitaorang 5 beradik suma “sopan santun dijalan raya”.. kalau mak mertua nengok konpmen berkenan.. miahahahahahahahah. Rasanya ada possibility gak la anak ahkak pon merasa cara didikan yang sama.. siyan kamu nak. Belum pom kamu sempat kuar dari perut mamme, mamme ngan dadde da atur macam2 plan.

Asben ahkak kata, dia harap ahkak pon ble didik anak ahkak cam gitue.. wah! Green light ko maria!!! Asben ahkak tu nampak jek lemah gemalai lagi bersopan santun.. tapi ahkak awal2 da taw dia ni jenis garang gak ngan budak. Belum part ceramah, sah akan menangis la ko maria dengar ceramah dia.. hahahaha. Ahkak jek tak kena ceramah sebab ahkak pandai ngelat.

Saturday 30 March 2013

Pagi tadi kol 7 lebey jaga.. Siap2 mandi nak g kelas antenatal. Skalik ahkak punya baju t-shirt xde. Smalam laki ahkak da tanya, nak basuhkan baju tak. Mati2 ahkak ingat baju ahkak tu ada tapi baju lain rupanya. Sebab pattern dia cam nak sama. Ahkak pun apalagi, terusssss bad mood. Ahkak kata kat c Chemba ahkak pakai bra jek la cenggini. C chemba pun cam xde mood dah.. Dia kata kita tak yah la pegi. Ahkak pun malas nak cakap banyak, so kitaorang tak la pegi. Burn seratus hengget!

Sudahnya duk umah tengok tv la hari ni. Pas melantak roti canai ngan nasi lemak, c chemba tido. Ahkak plak lepak nengok tv sambil2 mengurut belakang & memblow rambut. Pastu basuh baju kotor yang bertimbun tu. Cadangnya nak basuh baju lil D.. Tapi macam malas la pulak. Beg lil D da siap.. Yeayyy.. Bukan apa.. Risau kot2 terbersalin awal. Baju, selimut, tisu basah, bootie ngan mitten da selesai.. Tinggal nak beli barut ngan barang2 mamme jek lagi. Yang paling penting kena la sumbat cekelat bagai dalam tu.. Baknya lapau nanti.. Bole?? Muhuhahahaha..

Friday 29 March 2013



Oppa Free-Style!!!
Tadaaaaaaa.. Ini breast pump lebey mahal dari ipad or tablet oke. Kalau ikut rega kat midvalley Rm2,299.00.. Da ble beli dua ipad or tablet. Da nak sama rega dengan Pinky Notty ahkak oke! Nak juga beli yang free style sebab ble pump sambil jenjalan & buat kerja kunun. Ye lah tu.. pedehal bule jek beli yang biasa sebab ahkak kan ada bilik opis skarang. Saja gatal... C chemba kata dia speechless.. Muhahahah

Asalnya plan nak g beli kat Fabolous Mom.. Skalik tengok outlet dia jejauh belako. Google punya google.. Jumpa satu kedai ni, One Baby World. Walaupom kat Fabolous Mom reganya dalam RM1,888.00.. Kalau nak kira kos minyak ngan tol bagai.. Sama jek la dengn beli kat One Baby World. Sebabnyaaaaaa... Kedai ni blakang umah ahkak jek maria. Selama ni tak perasan la pulakk. Terusss kansel hajat nak g survey kat Sogo pas balik kerja & route g kedai ni. Reganya RM1,958.00.. Free nipple cream ngan breast pad. Kalau beli pakej yang RM2,299.00.. Dapat 5 pasang nursing bra, strelizer ngan bottle warmer. The best part is, warranty akan start from bersalin date.. Cool!

Rega barang2 kat kedai tu quite oke la compare tu kedai baby yang ahkak nengok kat midvalley. Sebab tu yang jadik tak berani ni masuk kedai baby. Nasib la skarang ni kat opis ahkak ramai geng mak.. Dapatla korek2 kat mana murah. So, pas ni membeli barang lil D jek la kerja ahkak gamaknya. Budget tu first baby ni kalau kira2, mau2 gak la 5 6 ribu. Tu pun sebab ahkak keja gomen & plan nak bersalin kat ospital gomen gak, So part fees bersalin tu tak la worry sangat kalau ceaser pom. Equipment dia jek da berapa.. Kalau breast pump da 2 raban, set katil seraban.. Belum masuk pakaian, travel gear dan seangkatan. Alhamdulillah jugak la time lil D nak lahir ni ahkak da memangku 44. Kalau idak, pitammmm c Chemba sorang nak tanggung. Walaupom dia tak payah risau ahkak spend on barang yang pompuan suka like handbag, baju ngan kasut bagai.. Tapi spending ahkak on books ngan gadjet jek da ble beli few designer stuff kott! Kesimpulannya ahkak ni big spender la jugak.. Eh! Spender besau?? Ewwwweeeee... Muhuhahaha

Thursday 28 March 2013

Hari ni ahkak cuti untuk vertemu sanak sedara tumpang I dari Lavuan. Aktuali family crime partner ahkak time ahkak muda2 dolu datang cuti2 malaya kat sinin. Yelah, time tu mok pok jauh kat bofot.. jadi ahkak pom selalu la g menumpang family dio. Sampai c Chemba pun nek harian. Apa taknya.. punya meriah la.. siap mok dio pon ahkak kenal. Ahkak kata, bukan takak mok dio jo.. habis satu family ahkak kenal.. termasuk lo mok ngan pok mentuo dio.. hohohoho..

Datang bawak perut jek, balik bawak macam2. Dari perut kenyang, baju kaftan, keropok, serunding.. sampai la ke reben rambut oke. Tu belum dapat urutan belakang yang nyaman dari eks boss lagi! Ko ado?!! Aku ado! Balik umah kena interview ngan c chemba sebab dia kata seronok tengok kemeriahan kitaorang. Tawla laki ahkak ni sentimental orangnya.. hohoho.

Wednesday 27 March 2013

Pagi tadi gatai nak pindah meja ngan kabinet kat opis. Tak sedar diri mengandung agaknya. Pastu mulalah kaki gigil & perut rasa cam nak pecah. Sudahnya duduk je la satu pagi. Klik punya klik, terklik la pulak website airasia. Klik2 lagi, Tokyo RM815 je pegi balikkk! Apa lagi, hello c chemba ngan ibu. C chemba bagai mengantuk disorong bantal, terus setuju. Makanya kalau dulu p Tokyo time late summer, ni kalik p time autumn in my heart pula.. Hohohohoho.. Baby tak lahir lagi da verangan mo bawa pegi Jipunnn aaa. Mentang2 la anak ahkak ni made in Japan.. Muhuhahahah

Ibu pom sama teruja.. Last2 dia kata maybe nak pegi hari ahkak balik, tapi nak kena discuss dengan en avang dia. Haha.. Kita berselisih dekat airport jek la kalau gitu ging!

Balik2 tokyo, balik2 seoul kannn ahkak ni! Tu lah.. Yang benornya plan asal nak g osaka tapi asben ahkak tu cam tak puas plak g Tokyo hari tu. Balik2 merengek kata nak g Tokyo lagi. Kalau ikut ahkak, ingat bulan november ni nak g Londong ngan Paris.. tak pun Australia. Tapi bila highlight kat c Chemba, dia kata London is old. Klau mention Australia pulak, Australia panasss la. So, next time jek la aku lawat ko Londong. Tapi kalau mengikut travel study yang ahkak da buat, probably going to Japan la yang paling hapenning so far sebab banyak tempat ble pegi.


So, nak dipendekkan cerita. Konpem da la bulan 11 ni Tokyo 4 hari 4 malam! Mana taw kot2 kitaorang dapat 2nd baby made in Japan plak lagi ke... Ahahahahahahah. Aminnnnn...

Balik kerja tadi cakap kat c chemba ahkak rasa sakit sangat kat perut ngan belakang, tapi tak berani nak bagitaw dia apa ahkak buat sampai sakit ni.. hohoho. Taw takott!! Sampai umah, tak tahan tengok dapur sepah. Da la perut rasa cam nak pecah pagi tadi tak ilang lagi, sampai mencucur2 air mata kuar time mengemas & mengemop lantai. Baby ni plak non-stop kicking. Takat bagi flying kick je ahkak tahan lagi.. Bila part dia berpusing2 macam merry go round tu yang paling ahkak tak tahan. Kerap plak tu. Bagus anak mamme ni, bertenaga. Tapi kesian la kat mamme lil D.. Sakit mamme ni. Walaupun badan rasa ok, pinggang ngan belakang mamme ni rasa cam nak patah nak oi. Nak tido pun payah..

Tuesday 26 March 2013



Tempat ngular! Ko ado?
Amacam? Lawa tak tempat bersantai ahkak? Ni la kapet 70 hengget yang ahkak bili kat Nilai 3. Aktualli ble buka besar lagi kapet ni.. Saja lipat dua spaya empuk. Idaklah sakit punggung ahkak duduk atas tu. Hohohoho

Monday 25 March 2013

Ultraman ka ultrasound?
Haaaa.. Ini apakah? Ini yekla rekod yang anak ahkak ni da buat ultrasound 3 kali.. Makanya termasuk hari ni da 4 kali buat ultrasound oke tapi satu kalik pun tak nampak jantina. Ni kali dia tunjuk tapak kaki plak. Adoiii la anakku.. Saja mo kasik mamme ngan dadde surprise aaaa...

Kalau pagi ahkak habiskan masa kat HUKM, petang plak kat KKIA.. Tak berbaloii cuti rehat... Hohoho. Result test gula ahkak kuar dah. Alhamdulillah semua oke. Fasting Blood Sugar dalam 4 mmol sementelaah Modified Glucose Tolerence Test
5.9 mmol/L. Kiranya gula ahkak still di paras normal. Pasni boe la makan eskrem banyak2! Muhuhahahahaha... Bukan nak insaf rupanya.. Miahahahaha.

Ini pula apa? HB ok, darah oke, kaki oke, jantung baby oke, uri oke.. Hanya inilah satu2 benda yang buat ahkak kena belbel misi. Sapa la misi ajar ahkak isi carta gerakan baby nih... Miahahahaha

How to kick baby... eh!

Sunday 24 March 2013

Cakap kat mok pok mentua kunun nak balik KL g kenduri kawen anak bos c chimbum, skalik kitaorang melencong ke nilai 3. Miahahahaha.., Tapi kalau g kenduri tu pun memang tak sompek sebab kitaorang bertolak agak lewat.

Kalau da kat nilai 3, op kos la beli belah. Kunun nak cari divider je.. Skalik balik dengan dua divider, kapet besor 1 ngan kapet kici 1. Hohohohorrrrr. Satu divider 70 jek.. Satu kapet pon 70 jek.. Kalau bili kat kl, mau gak seratus lebey kot divider bodo2 ni. Sukurrrrr tah nakkkk!



Wednesday 20 March 2013

Tetiba teringat conversation dengan one of my kenalan few days ago. A 29th years young girl, still single. Dia mengomel pasal belum bertemu jodoh. She said, now da 29. It took paling kurang a year or two tuk bercinta & saling mengenali, another one year bertunang. Plus minus, umur 31 or 32 la baru dapat khawin. So i told her, when you meet the right person it might not be that long. Maybe less then a year, like mine. It took only 8 months bercinta before tunang and another 4 months before nikah. 🙊

Saturday 16 March 2013


Inilah antara salah satu yang berjaya memeras dompet ahkak hari ni selain eyelashesh curler yang atkdo la curl sangat, printer & quilt cover set. Pokai ahkak oke! Nasib baik vervaloi beli sebab ada 5 in one. Macam2 gaya ble buat maria! dari mengering rambut, melurus sampaiiii la mengulung2. Punya siukkkk!! Kalau taw.. tak payah ahkak bili hair dryer tu hari. Mambajirrr!!

Thursday 14 March 2013

Time bangun nak subuh tadi.. Kaki cramp. Baru eksen semalam yang kaki ahkak ni tak cramp. Kiranya ni second time la kaki ahkak cramp. Nasib baik tak sesakit macam time kat umah hari tu. Tapi time tu ada c chimbum T_T & yang tu kes ketulahan denga laki tu ;P

So hari ni hari last bengkel... Yeayyyy. Tak sabar nak balik jumpa c chimbum. Ahkak rasala kitaorang ni kalah orang berchenta oke.. call lama2, pastu whatsapp tak putus2. Sokmo la nak citer... Hohoh

Tuesday 12 March 2013


Ini la gambar dekak chalet yang ahkak duduk. Satu umah ni ada 4 bilik, 2 kat bawah & 2 kat atas. Dont worry, dia cuma share main door jek. Separate access to bilik. Dalam ni ada dua katil queen, sofa, tv, hifi, wifi, bilik air yang besar with separate shower area ngan bath tab.

Kat resort ni ada cinema oke! Ada pool, jakuzi, spa, karaoke, sauna, tempat nak men volleyball, gym... Nak g pasar payang plak ble naik bot dari otel oke! Next time ahkak nak datang bawa mr cimbum la. A nice place to stay, except for the mahal part & makan part which is tak la nak kata hebak sangat. But I like breakfast sebab ada variety compare to dinner.

Monday 11 March 2013






Apa matcam? Ada santik? Of kos la.. 5 star otel ni, Riyaz Herritage Marina & Spa kat Pulau Duyong, Ganu. Kos semalam stat from seraban oke! Tu publish rate la tapi.. Ble je dapat murah... Miahahaha. Tuk honeymoon memang seswaiii sangats. Tapi leceh.. Nak g mana2 kena naik buggy. Tu je yang potonggggg.

Sunday 10 March 2013


Nasi goreng yang c chemba masak T_T terima kasih cimbummm... Love you sooo much

Sungguh2 laki ahkak masakkan nasi goreng udang banyak ni time ahkak tengah sedap berdengkur. Yela.. Esok kol 4.30 nak kena bangun sebab flight ahkak kol 8.15. Siyan dia, ntah kol berapa agaknya dia tdo. Uwaaaaaaaaaaaaaaa..... Next time tanak pegi dah.

Tadi pagi, before kol 8 ahkak da terpacak dekat KKIA. Hari tu time first time minam air gula, ok jek. 2nd time ni cam nak munta pun ada. Nasib laki ahkak teman.. Ada la juga penghibur sementelaah menunggu 2 jam nak kena amek darah tuk 2nd time. Paling stress sebab kena amek darah.. Eiiiiii! Lunyai tangan ahkak kiri kanan sebab amek darah ni.

Tetengah menunggu, ahkak sempat masuk kelas ceramah pasal penyusuan bayi. Laki ahkak duk eksited.. Sebok nak tahu ada model buat demo ke time ceramah tu. Overrrr ko maria!!

Saturday 9 March 2013

Hari ni g jumpa lawyer kat Kajang pasal urusan umah. Tadaknya lawyer pun.. Legal assistant je kot. Tapi tengok cam ok la. This lawyer agent yang kenalkan. Actually lebih elok kalau appoint lawyer sendiri tapi since tuan umah appoint another lawyer, makanya ok la kot. At least they act for our interest.

Dapat quotation kos guamanan.. Dua jenis yuran akan dikenakan, one for urusan jual beli and one for urusan loan. Lawyer fees memang da distandardize base on %. Bergantung pada harga umah.. The more expensive the more la kos lawyer. Kalau umah below RM150k dalam 1%, next RM150k to 800k kalau tak silap will be reduced to 0.7%.. Then the % goes on. Ini untuk urusan jual beli. Untuk urusan loan pula will be using the same rules of calculation tapi the amount will be based on loan amount yang kita cadang nak pinjam.

Itu baru fees ok. Belum masuk documentations fees & urusan berkaitan. Say for RM200k++ house, expect minima dalam RM13k untuk urusan lawyer. Ada beran? This is for the case of sub-sale which is beli umah dari orang. Kalau direct dari pemaju which is rumah baru.. Mungkin ada la kot yang offer 0% lawyer fee etc. Untuk kes subsale ni, rasanya cash dalam tangan kena ada dalam 16-20% dari harga rumah termasuk deposit & lawyer.. Apa matcam? Bikin pitam kannn

Thursday 7 March 2013

Kena minam air gula lagi?????!!! Tidakkkkkkkkkk!!!!!!

Sungguh tak patut hokey! Ini gara2 bos ahkak la ni nak jugaj ahkak p Ganu ngan perut boboyot ni. Eeeeiii!!!

Apa kes?

Tadi la.. Kunun nak g KKIA amek surat kebenaran dokter tuk fly. Misi kata elok la ahkak terus buat monthly cek cam biasa. So, first kena g buat urine test. Result, green. Green?!! Apakah? Ropanya ada gula suda. Ahlapak... Misi pun p consult dokter. Sudahnya ahkak kena minam air gula esok... Uwaaaaaaaaaaaa... Tanakkkkkkkk kooo

Monday 4 March 2013

Lately adalah sangat sensitip. Smalam tengah lepak2 ngan c Chemba.. tengok muka dia, tetiba air mata ahkak menitis. Nasib ahkak dapat laki yang pandai memujuk walaupun dia pom sure kompius apa yang terjadik, dia pujuk gak ahkak cam dia ada buat salah plak.. miahahaha. Lil D la ni punya pasal! Siyan anak mamme kena salahkan.. hehe..

Hormon mengandung ni, macam2! C Chemba kata ahkak macam da sarat sangat. Hohoho.. apa tidaknya.. asal malam jek mula la sakit ahkak datang melawat. Tak sakit belakang, sakit kaki.. tak kaki, gastric sampai muntah muntih. Tapi yang paling sakit kat peha atas kaki kiri. Cam rasa nak tercabut pun ada rasanya. Kalau angkat kaki terasa cam ada batu jek terikat. Tido da tak bole langsung mengiring ke kiri. Lil D plak da stat pandai mengeras. Bila dia mengeras jek ahkak tepuk2 perut.. terussss duk diam2. Baik anak ahkak nih...

Tadi c Chemba miting kat Kepong. Abis miting dia terus collect ahkak n bawak g midvali. Singgah Jusco, terbeli plak baju baby.. akhirnya.. hohoho. C Chemba la risau, kot2 lil D tak sabar nak tengok dunia. So, kitaorang pun decide beli la beberapa pasang as preparation. Kot2 la kannn.. how would you know. At least kalau lil D nak kuar awal, ada lah baju anak ahkak tu.

Tetengah sibuk sopping, agent umah yang kitaorang sewa call. Tanya nak bili umah tak. So malam tu buat la sesi melawat seround. Plan nak beli apartment jek. Paling lama, mungkin pas 5 or 10 years jual. Taula kerja gomen ni… anytime boleh kena transfer. Tak pasal2 jadik gajah putih plak umha kitaorang nanti kalau tak duduk. Kalau beli umah yang ble disewakan anytime.. tak la pening nak bayar kalaupun tak duduk. Bayangkan harga asal umah tu 90k jek, back at 2005 .. time ahkak stat kerja KL tu ari taun 2009, less than 150k kalau tak silap ble dapat.. now da 265k pun ada. Bukan condo pom.. da la kecik. Ingat nak beli condo lama yang ahkak duk memula, dulu range dalam 180k or 220k jek.. skarang da cecah 410k pun ada. Gilos kan!

Sunday 3 March 2013



Ini la perut ahkak ketika c kawan dalam perut ni berusia 27 minggu 3 hari. Yang tu kalau ikut clinical estimation untuk 28 hari period cycle. Kalau ikut yang ni, due date on 31st May la nampaknya. Kalau ikut 1st ultrasound scan, dia baru jek 26 minggu 4 hari, EDD on 5 Jun 2013. Lil D duk elok2 aaa dalam perut mamme. Mamme ngan dadde tak sabar ni nak jumpa lil D.. Mmmwahhhhh

Tadi ahkak bangun awal.. Kunun nak siapkan sarapan tuk c chemba. Tetengah sedap melantak bihun, alih2 perut memulas. Pas muntah seround, terussss tido sampai tengahari. Tah apa la pulak yqng ahkak salah makan. Now pun masih gak terasa memulas sikit2. Baru la nak g pameran barang baby kat KLcC kunun. Jemaat tu bebudak kat opis ajak g tapi macam2 alasan ahkak bagi.. Miahahaha. Sampai member tu cakap.. Ooo, pameran buku laju je tapi barang baby tak mo pegi. Ngeheheheh

Kunun nak g survey breastpump. Cadang nak beli Madela Freestyle. Ongkos nya lebih mahal dari ipad or tablet oke! Satu pump tu rega da dua raban. Banyak lagi pam lain tapi ahkak ni bukan la jenis yang rajin nak g surau pam susu rasanya. Kalau pakai freestyle, bebila pun bole pam. Tak pe la melabur sikit. Moga2 ahkak bole produce baaaanyak breast milk untuk lil D.

Saturday 2 March 2013

Dah bulan 3 ropanya.. pantas tol masa berlalu..

Hari ni malas gila nak buat apa.. makanya ahkak ngan c Chemba cuma guling2 atas tilam sambil feelin2. Hohoho.. jangan bayangkan yang lebey2. Ahkak laki bini ni nimang da sebati ngan aktiviti cenggini. Suka santai2 & mengenang masa lampau sambil gelakkan masing2. Ahkak percaya suami isteri kena saling memuji, berkongsi rasa & memohon maaf bebila teringat walaupun takde terasa pung ada buat salah. Kadang2 kita tak sedar yang pasangan tu memendam rasa sebab kita tersalah kata tanpa kita sedari.

Walaupun tak buat hari2, those 3 things macam dah jadi rutin rumahtangga kitaorang. I am lucky to have a husband yang punya thinking synchronize with mine. Orang kata, tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Kuat mana pom kita tepuk kalau si suami tak macam kita, there is nothing we can do actually except membebel yang buat si suami annoyed, or menyimpan rasa yang buat kita ni macam bom jangka.. anytime ble melatop! Sebab tu orang pompuan ni toksah nak over sangat aih! Laki kita ni manusia biasa.. kang dia meletop, kan payah.

Ahkak ni nasib baik dapat asben yang sentimental & lembut hati. Baknya macam ahkak, hangin memanjang. Takde warning tak de bebel, ahkak da amik action yang biasanya extreme rather than bincang dulu. Mungkin sebab ahkak ni anak sulung kot. Tapi tu dulu la.. ngan c Chemba jek ahkak pandai jadik anak bungsu.. miahahaha. C Chemba kata, nasib baik ahkak tak pandai membebel. Hahahaha.. nasib baik oke! Tapi dia kata lagi, sejak2 preggy ni ahkak da pandai da membebel sikit. Miahahahahaha.. mungkin hormone nak jadik ibu ni kot yang buatkan ahkak da ada skill tu. Pandai jek kannn.. salahkan hormone plak!

Friday 1 March 2013



Suma ni 'trophy' yang ahkak memang pas mengunjungi klinik kesihatan tadi. Susah2 tunggu dekat dua jam lebey semata2 nak jumpa dokter tapi dokter plak cam hampeh! Buang karan ahkak jek. Elok lagi g swasta.

Hari ni bukan ada appointment pun.. Terpaksa g sebab kaki kanan ahkak cam nak terchabut rasanya sampai tak ble tido satu malam. Rasa ngilu & sakit gila. Tiga sesi c chemba urut tapi tak elok2 juga. Siyan c Chemba.. Da la letey baru balik otstesen, alih2 kena urut ahkak. Ahkak pom tak paham.. Nak kata terlebey guna kaki idak la juga.