Thursday 24 April 2014

Seoul : Tips Merancang Itinerary

Takat nak g seoul, takyah le pakai pakage pelancongan. Tak berbaloi langsung! p sendirik la. Moh ahkak kongsi tips p melancong under sendirik punya planning. Murah lagi memudahkan sebab tak terikat dengan jadual orang & bole skip2 tempat yang kome tak gemar cam temple ke hapa ke.. kannn!! Ngeri tau tengok yang ikut pakage pelancongan tu. Before pemandu pelancong lepas kan kome dari bas tuk p merewang, siap2 da depa bagi time kol berapa nak kena kumpul balik. Ahkak kalau cam itu, cukup le idok gemar. Sukati la nak p lama mana kan! Dia ingat orang ni kambing ke hapa ke. So, ini la serba sikit tips again & again yang ahkak nak share

1. Tarikh
Ok. Mula2 op kos la kena tahu tarikh kan! Kalau mesia ni 1 musim jek, tapi ketahuan Seoul ada 4 musim. Dec-Feb musim sejok aka winter sonata, Mac-Mei musim bunga2 aka spring, Jun-Ogos panas aka summer & Sept-Nov musim luruh aka autumn in my heart.

Ahkak da merasa autumn & late winter. Ahkak g berautumn tengah bulan 9. Time tu ahkak g sorang. Kalau da namanya autumn, op kos la romatik sebab sejuk2 panas gitu. Tapi kalau g winter, umang aiii.. sojuk nak arwah. 3 lapis seluar pun still sejuk mejuk lagi padahal ahkak pegi tu pertengahan bulan Februari, almost the end of winter. Ahkak rekemen pegilah masa musim bonga or musim panas sebab waktu matahari terbit & tenggelam ala2 sama kat mesia.. somewhere around bulan 4 ke awal bulan 9. Kalau idak 5.30 or 6.30 da golap. Kalau golap apo pon xdo! So, before pegi cek2 la website macam http://www.timeanddate.com/ ka tuk tengok jadual.

P autumn pon best jugak, sejuk + dapatlah view autumn kaler yang very ceria & kalau nak pegi merasa main ais.. pon rekemended jugak. Tapi pilih le otel yang ada heated floor cam hotel yang pernah ahkak duduk http://hoegicoopresidence-seoul.h-rez.com/ Hoegi Coop Residence. Lantai panas memang la sangat membantu dan menyamankan di saat gigil!

2. Tiket Flight
Tang ni tak yah cakap banyak. P mai p mai.. naik je le AirAsia. Kalau takat RM1500++ return sekepala tiket g Korea tu kira murah la tu kalau compare airline lain. Ahkak pernah dapat yang RM600+ return & ahkak percaya ada yang pernah dapat murah lagi dari tu kot.

3. Hotel
Pilih la dari Agoda ka, Booking ka.. tak pun AirasiaGo. Yang ni ahkak biasa guna le. Kalau nak book tanak bayar dulu.. kat Agoda & Booking boleh buat cengitu. Book je banyak2.. make sure kalau x jadik nak duduk kena tekan la button cancel kat web depa before due date supaya tak kena charge. Kalau tak silap kat Booking.com you can book for free tapi kalau Agoda cam dia da siap2 cas kat kredit kad.. kiranya cam deposit la tapi kalau xjadi duduk otel tu.. depa akan kreditkan balik duit tu dalam kredit kad kita.

Ada banyak jenis otel, kalau nak ala2 rumah.. pilih le apartment yang ble masak & cuci kain. Yang ni senang idup! Pastu location.. pepandai le kome. Kalau suka area yang happening sket.. pilih le kat myeongdong ke or iteawon ke kalau nak international.. or kalau suka pasar & sopping.. area Namdaemun or Dongdaemun memang on! Tapi bole gak pilih yang jauh sket tapi easy acsess ke tempat2 yang hot yang kome da list dalam itinerary. Dan kalau p musim sojuk.. heated floor is a must. Baru ble tdo nyaman2.

Pastu, jangan main pilih suka suki jek. Ini tipis fenting ni oke! Otel depa bukan macam otel kita.. no pet allowed. Ada setengah otel depa bagi kalau nak ajak binatang peliharaan tidur bersama. So, pilih la otel yang tak ble bawak pet. At least tau le kita bilik yang kita duduk tu free from nate haram ye!

3. Pengangkutan
1st, toksah pikir2 sangat. Konfemkan je le subway a.k.a ketapi bawah tanah laju-tak-le-selaju-shinkasen adalah pengangkutan utama kalau nak melancong kat Seoul. Rasanya hampir semua tempat pelancongan ble di akses dengan subway. Orang kat seoul ni suka jalan bawah tanah oke! So, sebab itu le ahkak suh kome carik otel sebla subway kalau boleh! Apa yang penting kena belajor le baca subway map depa. Walaupun idak le se berselirat cam Tokyo.. still! kompiusing.

Tambang? No worry. Kome beli jek Oyster card.. eh! Itu kat London. Beli T-Money card. Kad ni ala2 taouch and go & rasanya kat bas pon bole guna kot. Touch2 then go go lah. Kalau duit habis, sila top-up je. Kalau kome dekut takut banyak baki kat kad tapi kome dah nak kena balik mesia.. toksah le ghisau. Nanti kome return jek kat apot dapat le balik duit bakinya. Rega? Yang ni ikut distance. Dia akan cas rega dari point A ke point B je.. so kalau kena tukar 8 kali train pun.. as long as kome follow laluan yang ada sign "transfer to line" sekian2 dia tak amek kesah. Rega tetap kena cas tambang standard antara dua point tu je. Janji jangan exit dari station or gegatai tangan swipe kad T-Money kome kat exit gate.

Kalau tanak guna T-Money? takdak sapa kesah aih! Boleh je. Kome beli la tiket kat machine tiket everytime nak travel. Macamana nak beli? 1st p belajar bahasa Inngeris dulu sebab bahasa yang satu ni depa ada as option tapi bahsa melayu tadak ye tuan puan. Rega tiket pon sama juga cam cas guna T-Money, as long kome tak kuar dari station or punch the tiket dekat exit gate untuk bertukar dari train ke train, tambang tetap banyak itu jugak & tiket yang kome beli tu valid la lagi.

Lagi skali, beware of nate haram. Kekadang ada gak depa hangkut anjing kiut2 dalam train. So.. p duduk jejauh. Tapi anjing depa ni idak le depa main lepas je. Biasanya depa ikat or letak dalam handbag cam Paris Hilton ngan anjing dia.. hahahaha. tetiba lak nama ahkak Paris naik.

4. Food
Ala. Kalau kome tak de duit berguni2 cam ahkak yang miskin comey ni.. hmm! Tak yah le p makan kat restoran. Buat susah2 aje! Beli jek nasik pre-cooked depa. 2 minit masuk microwave da ble makan. Then beli le sayur2 or buah2. Lauk pauk tu bawak le makanan tin dari mesia. Kalau kome banyak duit.. sila kan le google halal restoran kat Seoul. Banyak gak yang halal especially kat Itaewon & dekat2 area masjid kat situ.

5. Solat
Kalau nak seribu daya, tanak banyak dalih. Kat Itaewon ada masjid besar. Musollah pun ada tapi kena google la. Kalau idak, padang pon boleh. Cari le tempat2 yang diyakini bersih. Yang penting kita dengan tuhan. Kalau tak pun, balik otel je kejap.

So.. inilah contoh itinerary masa ahkak g berwinter ngan c Chemba & Hannah yang baru 5 bulan jadik lam perut ahkak.. ahaks!



Monday 21 April 2014

Almera Dan Air Pasang Kat Jalan Raya

4.30.. macam biasala ahkak nak balik rumah pas seharian di ofis. Time tu hujan lebat tapi disebabkan duk bertapa lam bilik yang tertutup makanya tak la tahu hujan tu selebat mana. Sampai2 lobi tengok lebat gila babas.. macam ada orang amik baldi siram2 kat tanah. Air hujan turun ala2 terhuyung hayang sebab angin kuat. Tengok2 air dah hampir dah nak masuk lobi. Gagah jugak la berpayung walaupun kasut boots ahkak setinggi 3 4 inci nun dah lencun. Kuar2 jek parking.. depan sket nampak 2 3 buah keta stop belah kiri. Air agak dalam. Ingat nak gamble pecut straight skalik tetiba teksi yang stop kat belah kiri jalan tu gatai nak gerak gak. Pastu keluar suka suki tak tengok kiri kanan.. hampir nak ram keta ahkak. Pulak tu bodo.. dah tau banjir keta ko semput tak yah la jalan. Tunggu je la. Ini tak.. jalan sket stop jalan sket stop. Masuk air la pulak keta aku ni nanti.. bodo piang punya orang!! See.. bila ahkak dah menyumpah!!
Tapi air memang dalam gak la.. rasanya tenggelam tayar kot. Distance xsampai pun 100m kot tapi memang scary la. Ahkak tawakal je.. doa2 moga keta tak stop kat tetangah jalan. Alhamdulillah berjaya la sampai ke rumah. Risau gak kot2 mati keta. Now risau sebab takut effect kat enjin. Nak bukak belek2 enjin tak dan plak. Susah kalau jadi cam ahkak ni.. sapa2 yang responsible menyebabkan ahkak derita 5 hari bekerja tu ahkak doakan moga2 dia pun diuji dengan kesusahan semoga kesusahan tu memberi kalau tak banyak.. sikit kesedaran pun jadikla!

Thursday 17 April 2014

Anak ku...

Si kecik yang baru berusia 10 bulan 3 hari.. Anak yang baik dan tak banyak kerenah. Seolah2 faham akan kesukaran yang mamme hadapi dalam mengurus kehidupan seharian. Cukup dengan hanya melihat kelibat mamme ada berdekatan.. pandailah dia membawa diri dan main sendiri2. Cukup dengan membuatkan susu on time, tiadalah terdengar bunyi tangisan.... Itulah Hannah mamme...

Sunday 13 April 2014

Weekend Kitchen

Breakfast
Lunch

Saturday 12 April 2014

Cerita Tentang Susu Lagi

Siyan si comey mamme ni.. pas muntah sedas kat umah tadi, bawak dia kuar p beli lunch & susu. Now dah tido dengan lenanya dalam keta. Kalau time kici2 baby dulu dia ni jenis tak mau tido lam keta.. now mungkin dah selesa kot duk kat seat dia tuh. Baiknya anak ahkak ni.. dia cam tau2 jek itulah seat dia, so dia tak la merengek nak dukung bagai lam keta. Dia duk jek diam2 kat seat dia. Mana tak duk diam kalau kat depan dia ada ipad n mainan bagai.

So now anak ahkak dah berbalik kepada susu Enfalac A+ dia. Let me recall balik history susu si anak

S26 Gold - Birth to 2 month
Tukar sebab buat najis si kecik keras dan berketul cam taik kambing. Si anak sembelit & cry2 time yak

Enfalac A+ Rumusan 1 - 2 month to 6month
Tukar sebab susu mahal! Dekut kan!! Masa consume memang kulit cantek, yak2 cantek.. baby tadak ploblem

Anmum Rumusan No2 - 6month  - 8 month
Tukar sebab after almost 2 bulan minam dia yak yak 4 5 kali sehari ala2 cirit tapi tak la pulak nangis. Tengok dia cam biasa jek. Takut dia alah pada lakosa.

Similiac Rumusan Khas laktosa free - 8 mont - 9month+
Hannah ok jek minum this susu cumanya yak ijau & taik keras. Tapi taklah sampai sembelit or crying2 time yak.. yang ni maybe sebab makanan dia kot. Cumanya kulit pipi dia jadik cam ada ruam2 sket.

Enfalac A+ Rumusan No.2 - 9month+ - now
Masih consume. Yak ketul tapi tak sembelit & kaler kunin. Si kecik suka minum.. masih tengah evaluate how it is.




Friday 11 April 2014

Bila Hari-hari Kena Puji Cantik

Emm.. poyo tak tajuk hari ni? Hahahaha.. tapi betul. Orang perempuan ni tak lari dari aktiviti memuji dan dipuji.. last2 jadik mintak puji.. hahahahaha. Cam ahkak, hari2 ada jek pujian. Contohnya.. eee... cantiknya lipstik or cantiknya tudung or or cantiknya baju or or or cantiknya kasut or or or or cantiknya handbag.. tapi tak pernahla kena puji cantiknya awak! Harharhar.. itu pujian gegel to gegel. Tapi now ada lak dak laki yang pandai memuji ahkak.. siap thumbs up kalau hari tu ahkak pakai ngam sui sket. Masuk bakul angkat sendirik kah? Aaa? Perasan? Hahahaha. Budak2 lagi.. baru early 20 kot. Anak ikan kah? Tadak kaitan oke! Hahahaha.

Apa yang ahkak cuba nak sampaikan yeklah.. orang laki zaman skarang ni pun concern gak kengkawan pompuan dorang pakai apa. Tudung lawa, kasut lawa, handbag berubah.. suma dorang perasan. Tak tau la kalau yang ni happen dekat opis ahkak je kot sebab kat opis lama memang le dak laki dia jenis alert ngan fesyen. Pondan? Harharhar.. semua engineer oke! Gatai? Mulut manis? Ka gatai2 mulut saja nak cakap sebab tadak benda dah nak cakap? Boleh jadi jugak! Apa2 pun.. yang pastinya ahkak menerima semua pujian dengan hati terbuka.. lagi skali Har! Har! Har!

Thursday 10 April 2014

Who Doesnt Like Rain?

Who doesnt like rain, right? Especially on a long hot day and i my case.. Water disruption due to low water reserve in the dam as quoted by sabas! I love rain.. It brings calm and a fresh mood yet it happened everyday now. I am not fond of it! It made me stress instead of the calming effect. I cant go and pick up my kids because we dont have shelter or covered porch in the building. So I have to wait in the car.. An hour if i must.

Tuesday 1 April 2014

Yoga Baby

Dak kecik ni tah mana tah di belajar buat pose gini. Ahkak pun sapsen tengok dia tetiba balik umah praktis yoga. Maknya yang tuha ni tak pernah mengajar oke! Tah la mana lak dia tiru ni. Nampak gaya boleh hantar kelas yoga kot dari kici. Muhuhahahaha