Wednesday 8 February 2017

Nenek Moden





Tengok la nenek dan Hannah yan g eksaited pegi jalan-jalan hari ni sempena mamme bercuti. Ini kali kita bawa nenek terai Dubuyo.. ahaksss. Patutnya shari ni gerak g genting tapi my mom cam hesitate kata kesian la pulak si Chemba tak dapat ikut. Banyak kali sangat dia kata kesian, kesian, kesian & cam tanak pegi je.. Makanya burn la duit booking hotel yang ahkak dah bayar semalam. Nasib baik 66 hengget je!

Si Chemba ada hal plak kat opis hari ni, dah dekat petang sangat baru balik. Ahkak actually tak kesah pun pegi sendiri.. huhu

Tuesday 7 February 2017

Terbeli Tiket Resort World Genting

Tadi masa merendek dalam internet, termasuk pula website genting. Tadaaa

Terbeli la pulak untuk sabtu ni... hahahaha

Monday 6 February 2017

The Shore Hotel & Residences, Melaka

Today nak share experience stay dekat The Shore Hotel & Residences. Hotel ni terletak berdekatan dengan Kampung Morten, dan berdepan dengan Plaza Hang Tuah. Kalau iku maklumat pembinaan, property ni mempunyai 3 Blok Kediaman 27 tingkat yang menempatkan 700 apartment dan 1 Blok Hotel 32 tingkat, Hotel Swiss Garden.


















Sunday 5 February 2017

Melaka Day 2

Program Hari Ni

Jalan-jalan ronda kawasan dalam hotel
Ronda Melaka town
Singgah makan asam pedas
Lepak main layang-layang dekat Klebang


Tangkap gambar dari keta je sebab malas nak turun jalan-jalan. Actually jenjalan cuti2 ni agak letih jugak oke! Pastu singgah lunch asam pedas dekat gerai makan depan area Menara Tamingsari. Sedap? boleh la. Mahal yes!


Before gerak balik KL.. gatei hati pulak nak bawa si Hannah g main layang-layang. Makanya singgah la kami berkelah dekat Klebang. Si Hannah punya excited sampai tak mau balik. Belum lagi layang2 dia sampai terbang ntah ke mana. Jenuh adih dia nak g cari.. hahaha





Akhirnya.. da golap baru nak gerak balik umah


Saturday 4 February 2017

Melaka Here We Come

Program
1. Singgah Freeport A'Famosa Outlet
2. Check In Hotel
3. Melaka River Cruise
4. Klebang Beach & Pasar malam
5. Warong Kopi 5

Melaka Free Port
Hello Chicken!
Famous Windmill
Relaxing!
West 57th Nasi Lemak Chicken
Hainanese Chicken Chop
First destination Freeport A'Famosa Outlet. Kiranya ini 1st time la jejak kaki kemari. Design outlet dia memang lawa dengan kincir angin yang ble kita panjat, kolam ngan air pancut dan tempat makan yang agak cozy. Cumanya yang tak best barang yang dijual kat sini sebab sama je macam kat kedai2 kat shopping complex nun. Unlike JPO yang ble la kalau nak merasa Coach 70% off.

Pusing2 beberapa kali still takde apa yang berkenan di hati. Last2 singgah makan. Food court look cozy tapi cam tak sedap so we decided to makan dekat Zang Toi Cafe. I tell u... sedap! Mahal sedikit tapi set dia agak puas hati sebab ada air & dessert sekali. Dessert agak mewah gak... dia bagi eskrem dengan kek. Cuma air dia jek sket sangat.. ahahaksss.

Dari MAF, gerak ke Melaka. Stress toll bila si waze kat mana2 pun jem! Lagi sakit hati bila kitarang ikut jalan yang waze bagi masuk sampai ke sawah padi oke! Dengan jalan sempit yang ble 1 kereta je lalu at one time, nasib baik selamat. Sampai hotel terus g check-in.. Kitaorang menginap dekat The Shore Service Apartment. Apatment 3 bilik dengan rega RM430 semalam. Oke le considering dapat 3 bilik & hotel dalam shopping complex.

Meet Optimus Prime
Swiss Garden & The Shore Service Apartment
Lepas check in, siap2 turun ke bawah nak naik reiver cruise. The best is jeti kat bawah hotel je, betul2 berdepan dengan pintu blok kitaorang. Ahaksss...

Muka pra-eksited
@Sungai Melaka
Beautiful Melaka
Memang berbaloi2 la naik river cruise. Memula bot akan mudik ke depan, area Kampun Morten. One of perkampungan lama dekat Melaka. Pastu patah balik sampai le ke area bangunan Stadhuys before patah balik ke hotel.

Habis river cruise, nak jugak jenjalan ke Klebang. Selalu dengar tapi tak pernah le sampai ke Pantai Klebang. Pantainya tak ble mandi pun, tapi adik aku kata best main layang2. Since dah gelap, tak sempat la nak g main layang2. Masa kitaorang sampai memang meriah gila. Memula ingat ada pesta ke, rupanya da pasar malam. Happening jugak la.
Klebang Beach
Pasar Malam
Gerai2 kecik pun ada
Dari Klebang, singgahShell Out sedas dekatWarong Kaki Lima, somewhere dekat Taman Kota Laksamana Jaya kata Google Map. Dekat ngan Marvellux hotel. Best tak? Best wa sakap lu!
Thorbaikkk!!
Nice environment
Tadaaa!

Friday 3 February 2017

Bata Sale

Bila ntah tu nampak iklan kat Facebook, ada Bata fair dekat Mid Valley sampai 1hb Feb. Since my mom nak beli kasut, bawaklah dia kemari. Dapat lah 2 kasut gak. Ahkak plak cuma belikan kasut dan slipper si Hannah. Kasut Polo pink nun, rasanya harga asal dia dalam RM109 kot tapi dapat dalam RM40. Oke laaa kan!

Pastu dapat plak khabar sale ni extend sampai 5hb. Makanya ahkak pun hangkut plak si Chemba p Mid Valley Khamis lepas sebab dia pun sibuk gak nak cari kasut.

Sambil tu, sempat la g makan dekat kedai ikan bakar kat Mid Valley yang satu masa dulu antara tempat yang digemari. Nak kata sedap sangat tak la, at least ada variety.




Thursday 2 February 2017

Kerabu Magi


Nampak sedapkan? Ini namanya kerabu magi, resepi siam kot. Ada jual kat mana? yang ni dekat pasar klat opis ahkak ever selasa dengan khamis ada jual. Sedap? not bad la cuma ahkak yang niaga tu dia cam slow sket. Dah tau ramai orang, pantas dan cergas la sikit. Ini tidak.. dah la slow pastu assistant dia plak time tu la baru sebok nak tukar duit change. Apsal la tak bersedia dorang ni. Dah tau kan niaga runcit, bawak le cash sehengget tu beribu2 ke supaya tak sakit pale nak carik duit kecik.

Wednesday 1 February 2017

Jalan TAR Kosong?



Inilah pemandangan dekat Jala TAR hari ni, dalam jam 1.23 petang. Kalau weekend biasa jangan harap le nak nampak lengang macam ni tapi maybe sebab cuti panjang ramai orang balik kampung. Huntunglah my mom ble shopping puas2 dengan senang hati. Tak yah bersesak2.