Wednesday 21 November 2018

Mari Jual Phone


Iphone 7 gue udah bersedia untuk dijual. Hopefully ada la orang yang sudi menjaga kamu ya. Banyak jasa kamu sang telefon, especially tang kamera cumanya bateri kamu menyakitkan hati maka pergilah, aku sudi melepaskan kamu 😩

Tuesday 20 November 2018

Swimming Atas Berjaya Times Square



Inilah tujuan kami bercuti di BTS ni, bawak si kecik swimming. Swiming pool dia yang terletak dekat level 15 ni memang besar, stretch dari wing residen ke wing hotel. Bangunan tinggi kat depan tu wing hotel. Both ada direct acess ke BTS mall. 

Monday 19 November 2018

Staycation @ Berjaya Times Square Apartment



Hari ni kami bercuti 8km je dari rumah.. ahakssss. Kami memilih untuk ke Berjaya Times Square. Dekat BTS mall ni ada hotel dan ada residen. Since hotel mahal, kami bercuti ala Air BnB di salah sebuah residen dekat sini book through Agoda dengan harga RM151 semalam. Masa nak check in kena jumpa orang dekat lobi then dia akan bawa naik ke bilik dan kena bayar deposit RM200. 

Ok ke tidak? Tak ok la pada aku, cuma view memang cantik sebab kami dapat yang menghadap masjid. Biliknya tak terjaga dan tv pun masih tv gemuk gedempol. Tak lalu nak tengok πŸ˜› Dalam bilik ni ada 2 katil, 1 queen dan 1 lagi single. 


Saturday 17 November 2018

Kami Engineer

Hari ni aku ngan my sis bawak anak-anak kami ke Petrosains. Actually ini kali kedua aku pegi tapi kalau pegi ramai-ramai meriah la sikit. Yang paling happy op kos la budak dua orang tu.. hohoiii. Walaupun dua-dua budak ni mak pak dorang mechanical engineer tapi tak yah la korang jadi engineer.. ahahahaha


Saturday 27 October 2018

Wednesday 24 October 2018

How To Put Picture Side By Side

 Command yang paling easy aku jumpa tuk Blogger is this..

<table style="width: 0%;"><tbody>
<tr> <td>insert picture</td> <td>insert picture</td> <td>insert picture</td> </tr>
</tbody></table>


Kalau blog from iphone dulu I used to have apps yang ble manually arrange my picture di mana2 pun aku suka tapi blogging from android & website 1 line 1 picture jak la. Or maybe aku jak yang x tahu.. hahaha

Sunday 21 October 2018

Anak Beranak-anak


Ini semua anak-anak si kecik. Tapi ini sebahagian je.. ada banyak lagi yang bersimpan. Masa aku pregnant aku suka sangat patung ijau penyu tu sebab mata hitam besar... comey sangat. Sanggup aku beli kat kedai kat MV tu walaupun mahal. Tak tahu la kenen ke apa.. mata itam si kecik pun besar macam mata patung ni. 

Saturday 20 October 2018

Makan Time

Ini hari makan day dengan geng. Kami pilih ke Sushi King.

Friday 19 October 2018

VIP Patient

Hari ni aku ada meeting dekat putrajaya. Since meeting habis time lunch aku pun pegi la meronda-ronda ke IOI Mall. Kalau kemari aku suka makan dekat foodcourt. Dari hujung ke hujung aku explore, da bosan baru aku gerak keluar dari IOI. Petang tu lepas kerja aku singgah ke PPUKM untuk ambik ubat. Thank god farmasi utama buka sampai jam 6.30.

So ini la keadaan dekat farmasi PPUKM masa aku datang tadi. Kira rare juga la pemandangan kosong ni sebab kalau biasanya memang penuh orang dan it took > setengah jam untuk amik ubat saja. Thank god orang tak ramai!

Wednesday 3 October 2018

Sunday 23 September 2018

Dorset KL Day 2


Lepas cek it out tadi kami melepak di Pavilion. Kalau ke mari op kos la kena naik ke level pevret si kecik yang ada Tokyo Street ni. Actually bukan si kecik yang suka, mak si kecik je lebih. Konon kalau rindukan Jipun boleh la kemari πŸ‘»

Saturday 22 September 2018

Staycation @ Dorsett Hotel KL

Si Chemba pegi cuti-cuti Indonesia ngan mak & adik dia sempena nak mengurus hal konvo adiknya, aku dengan di kecik pula cuti-cuti Malaysia. Kali ni aku memilih Dorsett Hotel, KL.. miahahahahah. Last time ke Dorsett Putrajaya kami ada good experience so hopefully sama la kali ni. Dorset KL ni letaknya dekat area belakang Starhill Gallery. So senang la nak ke Fahrenheit or Pavilion Mall. Bilik hotel ok la since 5 star kan katanya. Pool dia nak saiznya just nice tuk dewasa dan budak. 

Friday 21 September 2018

Monday 17 September 2018

Tuesday 11 September 2018

Jalan-Jalan Cari Pony



Hari ni jalan-jalan Mid Valley, lalu depan Toys'R'Us ada pulak geng-geng si kecik ni aka My Littpe Pony. Happy la si kecik dapat tangkap gambar dengan haiwan kesayangan dia.

Wednesday 5 September 2018

Budak Berbotol Susu


Ya.. dak kecik ni dah 5 tahun lebih tapi masih lagi berbotol susu. Harap-harap tahun depan bila da mula sekolah da takde la lagi botol susu ni.