Tengah aku melepak-lepak senang hati depan tv, aku tertonton cerita yang berkisar tentang kehidupan lelaki dan perempuan. Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik, begitu juga lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.. itu yang biasa aku dengar. Tapi sekarang ni rasanya lebih ramai golongan yang tak baik ni, yang liar dan dah tak punya kesopanan dan kesusilaan macam yang tertulis dalam rukun negara.. ya, aku tahu memang tak berkaitan dengan rukun negara. Belum jenis yang lupa nak cermin diri sendiri dan mecam-macam jenis...
Tapi yang paling aku alergik ialah golongan kaki. Tuhan bagi manusia kaki untuk berjalan tapi dalam zaman sekarang ni, wujud pula golongan yang dipanggil "golongan kaki" ni. Golongan ini terdiri daripada kaki pukul, kaki minum, kaki judi, kaki perempuan, kaki kikis, kaki dadah, kaki dera dan pelbagai jenis kaki lagi...
Walaubagaimana pun, yang paling aku nak highlight pasal story kaki ni adalah pasal kaki aku yang dah bermuscle kot sebab hari-hari berjalan turun naik tangga yang banyak gila dekat lrt stesen tuh... hahahaha