myVIP telah mebuat satu kesilapan besar pada hari ini dengan mengizinkan ahkak ke Tokyo!!!!!! yayayaayayayayayaya...
Sabtu tu pakcik mungkir janji nak bawak ahkak jalan2 berlibur di hujung minggu. Untuk membalas dendam yang tak berapa nak dendam.. ahkak kata, kalau sayank sila la bagi izin ahkak ke Hong Kong. Oleh kerana rasa bersalah, dia pon kata pegila. Pedehal sebelum ni banyak kali dah ahkak goda suh bagi ahkak g sorang, dia mati2 tak kasik. Risau katanya.. so.. nak di jadikan cerita.. pagi tu subuh2 ahkak klik website air asia. Skalik.. TOKYO RM199!!!
Apa lagikk.. sampai2 opis terus roger pakcik minta tolong sebab tangan gatal nak klik. Pakcik gelak tengok perangai ahkak, minta izin ke Hongkong skalik sampai Tokyo. Dia kata beli je laa. Ahkak pon terus la konpem. Da da da.. late summer or autumn in Tokyo la ahkak next year. Choose almost the same day macam g Seoul hari tu.
Nasib pakcik bagi.. yeayyy. Minta izin bukanlah bererti ahkak kena patuh or kena kongkong dengan pakcik, tapi kenalah konsider perasaan pakcik. Dulu sorang, now dah ada dia. Pakcik pun jenis yang rasional. Dia nak ikut skali, belum ada ikatan yang sah..takut bukan2 pula jadi nanti. And dua2 pun paham.. selagi belum ada ikatan ni, selagi tu la kita bebas. Apa2 pon.. next year ahkak akan menjejak kaki ke Tokyo, SORANG!! Masih teringat lagi betapa tak terzahirnya betapa indah dan extremenya perasaan berseorangan di negara Super Junior yang sepatah pun bahasanya tidak difahami.