Saturday, 29 December 2012

Hari ni sesi jalan2 cuci baju. First time ahkak g dobi oke! Tu pun coin operated. Wash n wait. Luckily tempat laundry tu dekat ngan Old Town.. ble la singgah makan roti sambil2 minum kupi. 9 kg kena cas RM4.50, kalau 14 kg plak kena RM6. Baju ahkak muat je kat mesin yang 9kg tapi baju c chemba, 14 kg pun tak cukop. Overr kan!

Model Dobi.. c Chemba ;P
 Pas minum, c Chemba g tengok kain. Kunun nak transfer g dryer plak. Skalik coin machine dorang rosak. Alalala.. kena la jemur kat umah. Mesin tu pun demand, nak pakai duit 50 sen baru jek. Pas jemur baju n buat umah kitaorang nampak cam kedai dobi.. g la jenjalan kat Low Yat. Kalau last week motto ahkak yeklah “No ipad mini No talk” ini minggu motto sudah tukar ke “No ipad mini cover No talk”. Ahahahaha… tapi ipad mini ni memang best ah! Esp tang battery dia yang tahan lama. Tak macam c pinkynote. Stengah hari jek tahan kalau bertenet 24 jam. Hampas!

Yang paling ahkak suka yeklah semua apps lama yang ahkak da beli tuk c ped2 1 dulu ble sync g ped2 mini ahkak ni. Siyuk eh tak yah beli lagi.