Monday, 29 April 2013

Sunday, 28 April 2013

Ahkak tetiba teringin sangat nak makan a.m riser kat KFC. Kol 9.15 kitaorang da terpacak kat Jusco sambil2 terai power camera ahkak. Cuba ko tengok maria, effect lepas 21 kali zoom.. gilo clear. Gambar ni tak clear sbb upload quality oke!

Dari sini zoom 21x...........
... inilah hasilnya. Tadaaaaaa..
Pas tu, bukak jek gate Jusco, teruss serbu Jusco la.. apa lagik. Alih2 tersetop kat kedai digi, alih2 terbeli plan Galaxy Note 2 tuk c Chemba. Miahahahahahaha… terrrrr kan! Gila murah plan dia. Kalau pakai digi yang RM148 per month, bule beli phone ni dengan rega RM939 jek dari rega asal RM1899. Maknanya jimat dalam seraban oke! & plan tu plak ada 600 minit free call + 6 GB tenet sebulan. Hohoho.. apa lagi.. rembat la.

Saturday, 27 April 2013

Dari semalam ahkak rasa kat bebawah ni da stat sakit, ala2 sengal gitue. Nak jalan pom payah, siap terkang kangkang lagi. Agaknya sebab kecian tengok ahkak, tetiba c Chemba ajak g release2 kat Bukit Bintang. Makanya kitaorang pom p la dating. Skalik terlintas kat pala ahkak nak beli camera, specific --> SAMSUNG GALAXY CAMERA!

Pas mamam, teruss pecut balik umah. Kunun nak p beli kat SenHeng.. skalik tadak stok. Try plak g Samsung kat blakang nun.. tadaaaa.. adaaaa la! Memang heaven tol kalau kedai pusing keliling umah ni kannnn.. muhuhahahaha..

Time nak swipe kad, skalik kedai tu tadak mesin tuk kad maybank. Eiiiii!!! apakah?! Ahkak pom balik umah dengan kuciwa. Sampai2 umah, tetiba teringat ada kad satu lagi. Terus call kedai tanya cino tu ada tak mesin tuk that kad. ADO! Apa lagi.. g balik kat kedai. So, tadaaaaaa……. Dapatlah ahkak kamera ni dengan rega RM1699 + 2 bijik bateri ekstra + pek broadband maxis.

21 kali zoom wa sakap lu!
Sudahnya satu petang ahkak laki bini duk terkekek-kekek sambil membelek menda alah ni. Kamera nih ble function mcm ipad.. ble bertenet tapi tak ble call, even sms pom bole oke! Pas ni bule la ahkak kuarkan ayat2 poyo cam “Nanti ko tolong emel g kamera ahkak or “Nanti ahkak bukak attachment tu kat kamera ahkak ni” miahahahahahawww…

Thursday, 25 April 2013

Gara2 salah tengok date appointment HUKM, maka sio2 ahkak cuti hari ni. Patut isnen hari tu.. tah macamana ahkak ble tak perasan. So, next 2 weeks la baru ble cek lil D.

So kitaorang pom decide g melawat pegawai loan Bank Rakyat… then petang tu g Kajang plak jumpa lawyer. Makanya konfem la kitaorang akan membeli our first house yang sempit tapi lokasinya adalah sangat strategic. Kedai depan blakang umah.. dari kedai letrik, klinik2, kedai barang baby, kedai2 toys, kedai computer, kedai spek, kedai baju, farmasi, bengkel keta, pasaraya sampailah kedai makan. Pizza Hut, Dominos, Tutti Frutti, Old Town, Papa Rich semua ada. KFC pom tak jauh. Gerai makan & restoran jangan cerita la.

Pastu dekat dengan tasik. Hospital ngan stadium pom tak sampai 2 km dari umah. Kalau cakap pasal bank kome pilih la dari Maybank, RHB, Public Bank, Ambank, Argo Bank, BSN, Bank Islam sampai la ke Bank Rakyat ada kat situn. Balai polis, pejabat pos, masjid, skolah, JPJ pom ada dekat situn. Distance nak g Midvalley, Bukit Bintang, pusat bandar & KLCC lebey kurang jek + easy access ke highway. Kat situn gak ada komuter & lrt.. heaven kan! Yang penting, semua nih within jarak berjakan kaki jek.. hohohoho

The House
Hidden kedai
Taman permenan
A place tuk c Chemba eksesais

Monday, 22 April 2013

Patutnya ahkak ada kursus hari ni ngan esok tapi terpaksa burn sebab banyak benor la plak kerja. Ni semwa gara2 nak kena prepare report tuk miting pengurusan kat genting khamis ni.. which op kos la ahkak tak ble attend sebab lil D da masuk 35 weeks time tu. Tak kose la kalau ahkak terberanak atas tu.. hohoho. Nasib baik ahkak da pegi ngan c chemba pas balik dari seoul hari tu.. kalau tak maw meleleh air mata kepunan tak dapat nak g genting.

Lately belakang ahkak makin teruk. Urut banyak kali pom cam tadak maknanya. Bayangkan kalau lil D jek da 1.8 kg.. or silap2 da 2 kg.. kolam renang & tempat bersemayam dia jek maybe da dalam 1.5 kg.. adala dalam 3 or 4 kg berat kat perut jek. Kalau sebab lemak & kegemukan, weight akan distributed to the whole body so tadakla siksa bebenor nak bawak badan. Tapi kalau kes sekampit beras 5kg kome usung dengan perut siang malam, siap landing atas perut lagi time tido.. maw tak stress tulang belakang.

Sunday, 21 April 2013

40 More Days

Hari ni anak dalam peyut ahkak da berusia genap 8 bulan.. meaning ada 40 hari lagi. Lately ni ahkak makin teruk. Gastrik, mual & sakit belakang.. tu lah peneman ahkak siang malam. Kalau previously sakit belakang ble hilang pas c Chemba urut, now da pandai plak tak elok2 walaupun da urut sejam.

Paling tak paham, mual! Ada masanya termuntah jugak la. Asal pas makan jek konfem mual. Agaknya mungkin sebab 1st trimester ahkak terngelat, 3rd trimester ni dia balas dendam plak. Eiii!!

Hari ni anak fruit ahkak c Adam meow meow datang melawat. Sedar tak sedar, da besar da anak fruit ahkak ni rupanya. Lagi 40 hari adala kawan gegel ye..

Saturday, 20 April 2013

Walaupom perut da macam nak malatop, ahkak masih berselera lagi nak g berjalan2 kat jalan TAR. Kalau last week cam tak larat, ni hari ada semangat sikit semata-mata sebab nak beli dress getah kat sebla First Lady. Apa ntah orang skarang ni panggil, perplum dress kot. Yang cutting ala2 baju tahun 60an kununnya. Ahkak kan nimang sooka baju2 getah ni sebab tak do lah membuang masa nak iron. Tambah2 c Chemba pon bekenan tengok ahkak pakai sebab cutting baju dia santik. Even preggy 8 bulan pom masih ble pakai lagi.

Rasanya koleksi baju getah ahkak kat umah nun memang cukup2 la untuk dua minggu kerja.

Kekadang rindu juga dekat opis lama.. time tu ahkak ble pakai apa saja yang ahkak suka. Tadak sapa nak marah ahkak pakai jeans dengan selipar jipun pun T_T

Thursday, 18 April 2013

Memandangkan bos tadak.. makanya ahkak bertenet jek la. Sudahnya tergoogle gender predictor. Macam2 prediction yang ahkak jumpa.. ada kata boi.. ada kata gel.. tapi most kata gegel. Scan pon kata gegel.. makanya ahkak ada da la beli baju pink selai dua. Moga2 betul la gegel.. kalau boi, terpaksa la ahkak sedekahkan je baju lil D tu. Apa2 pon.. ada lagi tak sampai 2 bulan jek lagi nak tahu.. Eeeeee.. sapspen lagi tak sabar mamme nak!

It's a GIRL?
No? it's a BOY?
No? It's a girl?? Oww!! come on!!!!!

Saturday, 13 April 2013

Hari ni hari duk umah. C Chemba plak menyambung aktiviti melawat hospital keta. G la satu workshop apek ni. Memula apek tu kata motor kipas suda hangkang.. tukal baru dua latut la. Chemba minta apek tu cek wiring connection dulu kot2 itu jek ploblem dia sebab ada la member kat opis pun pernah kena. So apek tu pun terai la test connect g motor baru &, yap! Kipas still tak jalan gak.

Sudahnya orang tu cuci board & tukar soket tu kot.. barula kipas oke akhirnya. Sukurr tah nak! Kalau tak, mau melayang gak duit. Kat 1st kedai yang c Chemba pegi tu quote cecah 5k++, kat Proton SC plak kata 1k++, kat apek tu baru RM80. So tuk sesapa yang ada keta saga BMW.. ops.. BLM cam ahkak, kalau aircond tetiba ala2 gedik sejuk tak sejuk.. cecepat la g cek. Maybe bukan gas yang habis cam keta ahkak. Punyala assume gas habis sebab keta tu da nak masuk 5 tahun tak pernah isik gas lagi. Nasib baik da oke. Da oke ke? Ntah la.. harap2 oke la. As long tak mati tengah jalan, udah le...

Friday, 12 April 2013

Tadi c chemba g SC Proton. SC tu kata motor kipas nak kena tukau nih.. then radiator pun kena tukar sebab air leak dari cap. C Chemba tanyala, apsal tabley tukar cap jek. Mekanik tu cakap tak kan settle kalau takat tukar cap jek sebab head tu cam da rosak. Mau2 seraban. Fan tu ahkak ble tahan lagi.. hanya kerana radiator cap yang seciput tu jek kena tukar the whole radiator?!! Rasa nak marah pulak ahkak dengar. Nasib ahkak tengah preggy. Dulu keta Hyundai sonata buroq ahkak yang da bebelas taun kat jalan raya tu pun ada prob leak kat cap gak.. tukar cap 3 hengget terussss oke! Hampeh! Lemau sangat keta mesia ni ye?!!

So.. kitaorang decide nak servis jek dulu. Kitaorang ni memang sungguh la menyahut seruan “sokongla barangan buatan Malaysia” Eery servis jek mesti hantar proton walaupun warranty tadak, op kos la walaupun memang tahu sangat yang rega servis dia mahal compare to kat luar. Tadi jek kena dalam RM268.. servis plus tukar cap bodo 30 hengget. Cap pon 30 hengget.. kalau beli kat luar 5 hengget kotttt paling mahal.

So, sambung citer. Ingat da oke la keta.. skalik temperature naik time c Chemba da dekat2 nak sampai area umah. Sudahnya ahkak kena la berjalan kaki lagi hari ni. Rasanya jauh ahkak jalan dari opis ke umah tak kurang gak 1km. Turun naik tangga belum kira lagi.. rasanya lebih 200 anak tangga kot. Kalau single tak pe.. da nama berduet dengan anak lam perut, ada gak la rasa nak pitam berapa kali sepanjang jalan tu. Hangin sepoi2 bahasa gak la ngan c Chemba. Abang dia offer keta dia kata takyah.. adik ahkak offer keta pun dia kata tak payah. Yang kena jalan ngan perut buncit bukan dia.. tapi ahkak ni! Takat kaki sakit & nguilu tu ble la tahan.. part pening berpusing & rasa cam nak pitam tu yang ahkak seriau. Baknya ahkak black-out, sapa nak tolong hah?! Kalau kena jalan jek tak pe.. part memanjat tangga yang banyak gila tu yang ahkak tak ble blah.

Sampai2 umah.. c Chemba dengan muka bersalah bukakan pintu. Nak marah dia, bukan la salah dia pun. Dia tak suruh pun keta rosak. Tapi ahkak da sakit perut ngan pinggang tahap gaban.. pening & rasa nak muntah tahap petala langit.. + sedey la sebab kena jalan jauh. So terus menonong masuk bilik & kunci.. next, op kos la ahkak menangis mengenang nasib yang kalau dikira tadaklah malang sangat ponnn. Cam drama swasta la jugak tadi. C Chemba yang memang da sedia rasa bersalah tambah la saspen kot. Jenuh dia ketuk suh ahkak bukak pintu.. harem ahkak tak hirau sebab ahkak da termelutut kat katil tu haa sebab sakit sangat. Ketuk2, tak kena layan.. pulas2 pintu.. tak kena layan. Tak tahu macamana dia ble teringat bilik tu ada kunci, terusss dapat bukak. Hohoho..

Ahkak ni nimang cenggini. Kalau sedih or rasa cam hangin kus2 naik kepala, sepatah pun ahkak tak bercakap. Paksala camana pun, memang tak kan punya. Nak membelbel & mengomel bukan style ahkak…

Makanya tamatla kesah drama swasta ahkak laki bini hari ni tanpa sepatah kata pun dari ahkak sepanjang hari.. hohoho..

Thursday, 11 April 2013

Gara-gara ahkak berjalan sampai nak pitam semalam, sudahnya hari ni ahkak terpaksa mencutikan diri sebab kaki ahkak adalah ngilu dari tapak sampai ke betis. Kalau takat jalan beberapa langkah ke toilet pon kaki ahkak sakit, apa lagi nak g opis. So, duk la ahkak dediam kat umah sambil tido2.

Umah ahkak da jadi one bedroom apartment since c Chemba hangkut tilam kitaorang yang tersangatlah berat ke ruang tamu. Da dekat 2 minggu kot kitaorang tido kat ruang tamu tu, since ahkak kena sakit belakang. Alhamdulillah now da bole tido dengan aman balik sebab sakit belakang da kurang. Thanks la pada tangan c Chemba & mesin urut ahkak yang kiut tu. Sungguh berjasa mesin itew sebab memang dia urut sampai ahkak rasa lega. Cuma sakit dada jek tak ilang2 lagi. FYI, culprit untuk sakit dada & belakang yang ahkak alami yekla gastric jek sebenarnya! Jahat gila gastric ni!!!

Hari ni c chemba buat sesi melawat ke ‘hospital’ kereta a.k.a workshop. Nak la tau apa kenanya dengan c putih yang selama ni behave, alih2 buat hal malam tadi. Mekanik kat kedai tu kata memula detect motor kipas problem. BLM ni kipas dia satu jek, share kipas radiator ngan aircond. Yang tu dalam 350++. Tengah test2 tetiba light engine chek plak menyala. Mekanik tu kata kena buka & overhaul. Kalau tukar gasket, mau2 2 raban.. kalau full overhaul dalam 5 raban++. C Chemba kata macam nak pitam dengau. Mana tidaknya.. mana nak cekau 5 raban. Elok ahkak buat downpayment beli keta baru kot! Kalau 5 ribu, lepas la payment setahun keta baru.

Last2 kitaorang decide hantar proton.. suh proton plak cek.

Wednesday, 10 April 2013

Hari ini adalah hari yang SABARRRRRR JAK LA!

Satu hari da sibuk dekat pejabat. Berjalan ke hulu kehilir, turun naik ofis bekali2.. Skali petang td c Chemba kata dia ada miting, so maybe lewat sikit. Ok.. Kol 4.30 ahkak rilek, kol 5 ahkak kool lagi.. Kol 5.30 ahkak masih kool. Kol 6 da rasa gelisah sikit tapi still ok.. Tapi bila kol 6.40 pun tak nampak bayang lagi.. Ahkak da tak bole sabar dah. Da ketahuan ahkak ni memang pantang menunggu kannn.. Makanya walaupun hujan lebat & kilat sabung menyabung kat luar tu.. Ahkak gagahkan juga jalan sampai ke lrt dalam keadaan perut boyot nak masuk 33 minggu! 33 oke.. Anytime pon boleh terberanak.

Bayangkan sepanjang ahkak jalan tu ramai gila workers2 bangla construction. Tawakal je moga tak jadi apa2. Klau berbadan satu mungkin ahkak boleh la sepak terajang tapi dengan perut boyot nan sarat ni.. Apa la yang mampu ahkak buat. Pastu ada plak pokok tumbang so ahkak kena berjalan tengah jalan ngan kereta yang lalu lalang dengan laju ala tak sedar diri hari hujan. Time jalan tu juga brapa kali almost kena tempias air hujan gara2 manusia2 bawak keta yang tak bertimbang rasa langsung drive laju2 walaupun air dalam. Tu belum masuk seluruh badan menggigil & dada ngan belakang yang sakit. Kasut ngan kain dah basah lencun. Belum masuk part ahkak turun naik tangga lrt yang banyak gila. & budak dalam perut ni walaupun bila dia x gerak sangat terasa la ringan.. Tapi ahkak risau sebab dia macam kurang gerak hari ni.

Nak dijadikan cerita, sungguh malang sebab kunci rumah pula tak bawa. Kena la tunggu c Chemba yang stuck ntah kat mana. Da letih2 sampai rasa nak pitam & termuntah.. C Chemba call kata kereta breakdown tengah jalan. Ya Allah.. Time tu tak tahu nak cakap. Dengan kaki n kain yang masih lencun, hati yang masih panas, belakang yang sakit sangat, kaki ngan tangan yang mengigil.. Tak tahu la nak cakap dah. Memang la sungguh, sabar sahaja lah. Now da 8++.. Ahkak masih stuck dekat restoran dengan hati yang bengkak!

... Akhirnya kol 9 lebih baru dapat masuk rumah. Oh! Sungguh sakit hati

Tuesday, 9 April 2013



Koleksi buku ahkak.. Ni baru almost half jek kot dari total buku2 preggy yang ahkak ada kat umah ni. Gara2 pegi kedai buku mamak kat depan umah la ni. Rasanya ahkak ada lebey 10 buah kot koleksi buku preggy. Sungguh2 rupanya ahkak borong time pegi Big Bad Wolf hari tu. Tapi kannn.. kalau tak preggy pom ahkak tatap jugak kot beli buku2 ni.. Hohoho. Alasan kann! Kalau da nama hantu buku cenggitu le.

Now tengah bizi nak bagi nama. Hari u macam da konfem, skalik macam nak ubah fikiran la pulak. Kalau baby boy da konfem da nak namakan apa, tapi baby gel ada kompius sikit. Banyak benor nama sampai tak taw nak letak.

Monday, 8 April 2013


1.8 kg baby!!!!
Muka jadik cengini sebab dekat sgt dgn dinding perut mamme!
Little angle!
Heart rate
Carta pertumbuhan lil D
Haaa... Kalau sapa tak pernah scan 3D/4D.. Ni la dia. Walaupom ahkak laki bini aktuali pon kompius tang mana la 4D ni, tapi ini lah hasilnya. Reganya adalah RM180.. Mahal oke! Kalau nak murah kat KL ni tak taw la ada ke tak. Paling murah pon atas seratus jugak kot.

Lil D hari ni pemalu.. Pala da letak cantik kat bawah, tapi muka tanak tunjuk. Sepanjang scan tu dia asyik palingkan muka. Wah! Kecik2 da jual mahalll anak ahkak ni. Since dia sangat pemelu & letak muka dia rapat sangat dengan tempat bersemayam dia dalam perut ahkak ni, makanya tak dapat la nak shoot gambar muka yang clear. Nasib baik kali ni dia tak tunjuk tapak kaki.. Instead, dia bukak kaki dia so mamme ngan dadde ble tengok dia kakak or abang. Walaupom ahkak pon tak jelas sangat, amoi scanner tu kata baby gel. Wah! Pink la rumah ahkak nanti maria!! Apa2 pun tunggu je la masa lahir nanti.. Amoi tu cakap dia da 1.8 kg. Brat dah anak mamme ngan dadde ni rupanya. Baru berapa minggu da naik 300 gram. Moga2 kamu tak la sampai 3.5 kg ye nak ye. Apa2 pom mammme ngan dadde harap kamu kuat & bertahan ye. Lagi berapa minggu kita nak jumpa. Mamme ngan dadde da tak sabar sangat nak jumpa kamu, nak pegang kamu... Nak peluk cium kamu..

Sunday, 7 April 2013

Hari ni sambung lagi haktiviti membeli barang bayi dekat ekspo. Hari ni ahkak semangat bili tungku besi, baby carrier ngan diaper mamy poko. Member2 ahkak kata Mamy Poko ni diaper paling mahal tapi kat sinin dapat la tuk 48pcs new born dalam 26 hengget jek sepek.

Nanti mamme ble hangkut baby dalam ni... yeayy
Paling suka baby carrier ni. Tak sangka kitaorang sanggup berbelanja dekat 300 henget semata2 menda alah ini.. eeeiii!! Tak paham. Ada 3 pattern, range dari RM220, 240 to 260. Kalau RM220 tu kain plain.. memandangkan ahkak tak gemor la yang vunga2 ayu, makanya amek yang plain. Yang black tinggal satu jek. Masa kitaorang nak beli tu pulak ada one customer tengah belek. Nasib baik dia out of cash.. whohooo!! Terus sambar. Semalam time penjual tu demonstrate ada guna baby insert.. ropanya rega asing2. Cheh! Tertipu ahkak laki bini. Benda alah tu jek da RM75 hengget. Tapi insert tu memang seswai tuk baby. Ble guna as changing mat or kalau nak baringkan baby kat mana2. Pastu ada bantal keras so the baby bole ditinggikan sambil2 duduk rest atas tu.

Plan beli carrier ni asalnya gara2 ahkak laki bini tak gemor ngan stroller. Cukup pantang kitaorang kalau orang tolak stroller tak mengira tempat. Time pameran sesak tu pun ramai gak mak bapak yang vangang tolak stroller. Agak-agakla kalau nak tunjuk pon kome ada stroller gabak, ahkak ni 32 taon dulu da pakai da benda alah tu oke! Silap2 time tu kome pon tak lahir lagi. Bukan la ahkak menolak penggunaan stroller ni 100%, tapi tengok2 la kat mana kome pegi. Takkan la kat tempat sempit lagi sesak pon kome nak tolak mendalah tu. Kalau takat orang berjalan da berlaga dada bertamu punggung bagai, apa lagi kalau ada stroller menyebok kat situn. Ahkak rasa memang nak sepak2 jek stroller ngan mak bapak dorang sekali. Menyusahkan orang!

Saturday, 6 April 2013

Kol 10 sampai midvalley.. lepak2 mamam kat mcD dulu before g ekspo. Hari ni pegi lagi dengan harapan nak membeli barang ahkak.. bukan barang lil D oke!

Hari ni berjaya membeli Autumz nursing bra dengan banyaknya. Kalau beli kat one baby world, pas diskaun baru RM36 paling murah tapi kat booth Autumz nih ble le dapat dalam 29 hengget selai. Pastu beli bottle warmer Bean.. biasa rega kat luar dalam RM89-99 hengget.. kat sinin dapat la dalam 70 hengget. Ohohoh.. siap beli bantal moon or rasanya lebey kepada pisang gergasi dengan rega RM127. Bantal yang kununnya design for assisting pregnant mother tidur lena.. survey kat tempat lain dalam Rm179 oke.. gila.. hanya bantal jek pon ble rega itu. Tapi dekat booth yang ahkak pegi ni dia jual RM99 hengget for yang berlapikkan cotton.. Rm127 tuk yang hospital grade which kunun kalau air tumpah ke atas tu or baby muntah ke.. tak la meresap & ble lap2 jek. Siap beli buku mother2 berehga RM 40 ngan storage bottle susu Rm28/pack. Pitam T_T

I call this Pisang Gergasi!
Lil D punya barang...
Mamme punya barangsss...
Esok c Chemba ajak pegi lagi sebab cam terbekenan dengan Pognae Baby Carrier yang kununnya best seller kat Korea. Yang jual tu pon amoi Korea.. haram tak paham Malay. Nasib baik English oke.

Kalau ikut plan asal.. malas nak beli dulu barang2 baby nih. Cadangnya nak beli cukup2 tuk hari bersalin jek. Tapi bila fikir2 balik.. alang2 dapat murah time offer ni.. beli jek la. Tambah pula kalau beli pas deliver.. konfem2 si Chemba kena g sopping sendirian. Konfem2 kepala dia pening. Laki ahkak ni terrer gak bab beli barang baby sebab dia biasa belikan tuk anak2 buah dia.. cumanya ahkak tak sampai hati la pulak.


Kunun nak balik awal dari ekspo tu spaya ahkak ble rest.. skalik ahkak masih versemangat nak membeli belah. Tak dapat kat ekspo, kat One Baby World blakang umah ahkak tu pun jadiklaaaa.. rembat nursing shirt ngan tuala lil D.. pastu baru balik umah zzzzz. Malam tu kaki ahkak duk jerking sebab letey kot.

Sejak2 masuk 3rd trimester ni.. ahkak rasa badan ahkak yeklah sangat bertenaga tapi at kaki ngan perut ahkak ni tak mengizinkan ahkak berhaktiviti dengan cergas. Time bejalan2 sihat jek.. bila malam mula la picit sana.. picit sini. Adoilaaaa badan!! Lil D pon sama.. asal malam jek mula la dia tendang sana tendang sinin sampai ahkak ble terjaga dari tido. Punya hebat la dak kici ni..

Friday, 5 April 2013

5th Maternity & Children expo
Alkisahnya kurang lebey kol 12, dua ibu mengandung & 1 ibu post mengandung bertolak la dari opis ke midvali. Semua ni gara-gara nak g ke 5th Maternity & Children Expo kat midvali yang berlangsung stat hari ni sampai ahad. Nasib baik dreba c Chemba yang collect ahkak kat opis tu hari tunjuk camana lalu kat jalan belakang ikut mahameru, makanya perjalanan ke midvali tak jem langsung.. sukurrr tah nakk!! Memandangkan c Chemba otstesen, makanya hari ni kitaorang mempergunakan season pass dia. No hassle on parking walaopum semua parking kononnya full. Whooo.. jimat duit sebab tak yah bayar parking juga!

Hari ni ahkak cuma beli skirt jek.. wah! Belanja berhemah kunun. Pedehal esok nak ajak c Chemba plak berangkut barang. Paling tak sangka ahkak ble Q tuk amek goodie bag. Nak munta dengan perangai sendirik! Ni semua gara2 ahkak nak kena berkepit ngan mak buyung ngan mak post buyung yang dua orang tu... takut ‘tercicir’ dari puak kunun. Kalau ahkak g sendirik, haremmm ahkak nak Q fefanjang oke! Dapatlah beg, makanan baby ngan mini shower cream.

Tengah member2 ahkak sibuk menyopping, ahkak plak sebok kat gerai makanan baby. Habis semua biskut baby ahkak terai. Ada free taster, apa lagi… hantamm la masuk mulut. Tetiba terjumpa biskut baby kegemaran ahkak yang my mom selalu belikan tuk my sis dulu.. terussss makan bersungguh2 sampai cam tanak pindah g booth lain. Miahahahaha…

Tuesday, 2 April 2013

Hari ni saja nak tulis pasal sakit orang ngandung.. apakah? Hohoho

Sepanjang ngandung ni, rasanya semua jenis sakit yang sinonim dengan orang ngandung ahkak da rasa. Cuba lihat senarai penyakit jadian ahkak ni haaa..

1st Trimester
Dua-dua belah kaki sakit
Tulang punggung sakit
Pala sakit kadang2
End trimester, gastrik tahap petala langit sampai muntah tetiap hari
Kerap kencing


2nd Trimster (The most stable trimester!)
Masih gastrik tahap petala langit, tapi da getting better towards the end
Tulang punggung sakit
Tulang tapak kaki kiri sengal
Tulang peha atas kaki kiri sengal
Round ligament pain
Kerap kencing


3rd Trimester @ 7month ++
Gastrik.. tapi da cam oke sebab control makan esp yang pedas & oily
Sakit belakang tahap gaban sampai tetiap hari kena urut
Sakit dada & sesak nafas
Letih tanpa sebab & mata panda
Tulang peha atas & bawah kaki kiri sengal
Tulang tapak kaki kiri sakit
Telinga masuk air sampai pekak dekat 3 minggu
Tulang punggung sakit
Kadang2 boleh nampak star menari2 or berudu berpusing
Kerap kencing & yak2
Otot kaki kadang2 rasa cam nak cramp

See.. banyak nor la penyakit ahkak ni rupanya ye! Nasib la asben ahkak mampu bersabar dengan kerenah ahkak ni.. hoho.

Monday, 1 April 2013


Water junkie!!!
Sejak preggy nih ahkak da jadik hantu air. Bayangkan kalau satu pagi ble minam air kosong 1 L.. malam 1 L.. petang ngan tengahari belum kira lagi. Tu baru air kosong.. air manis belum masuk book. Ko bayangkan betapa sendat perut ahkak ni maria!

Air! Air! Air! Sudahnya perut sebu. Memula tu risau gak awatla ahkak gila minum air compare to sebelum2 ni. Kencheng suweet keh.. Alhamdulillah dua kali minam air gual, dua2 kali paras gula ahkak normal. Kebaikan minam air banyak ni yeklah ahkak tak sembelit. Yelah, orang kata ibu mengandung ni senang sembelit tapi ahkak satu hari dua tiga kali membuang.. semuanya lembik belako. Ewwweee kann!! Jangan imagine suda la.. hohoho. Orang kata lagi ibu mengandung ni badan panas. Tapi walaupom umah ahkak tu panas gilo, esp kat bilik sebab sebla umah tu tangga & direct sunlight nan memancal2 kat dinding time siang tu menghangatkan umah yang memang da sedia hangats.. ahkak rasa masih oke la lagi. Sukurrr tah nak!

Hari tu cakap ngan c Chemba.. ahkak nak buat wasiat lah. Kot2 ahkak mati bersalin keh. Yelah… mana la tahu kan. I know I sounded like nak berdrama swasta pulak kannnn.. Walaupon rarely dah kita dengar orang mati bersalin, tapi still ada gak yang tak ditakdirkan dapat tengok baby dia langsung cam kawan pada kawan ahkak. Though the baby survived.. the mother cant make it. Kuasa tuhan takde siapa tahu..